Assalamualikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi ke 2 kek lapis yang aku buat untuk tahun ni... Resepi asal kek ni dia bakar bahagian coklat tu bagi habis baru bakar bahagian vanila. Ikut la nak ikut versi asal atau varsi aku. Mana-mana pun boleh. Janji siap kek tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
Kek Lapis Walnut
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang :7x7x3 atau 8x8x3 500gm mentega
300gm gula halus
10 biji telur gred A atau AA
250gm tepung gandum ( diayak )
90gm aiskrim coklat
50gm serbuk koko
60gm walnut ( disangai & ditumbuk kasar )
pewarna coklat
90gm aiskrim vanila
2 sudu teh esen vanila
Cara-cara
- Dengan kelajuan tinggi, putar mentega dan gula hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
- Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
- Perlahankan mixer. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
- Timbang adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan 1 : masukkan aiskrim coklat, serbuk koko, pewarna coklat dan walnut. Kacau rata. Adunan 2 : masukka aiskrim vanila dan esen vanila. Kacau rata. Kemudian bahagi lagi kepada dua bahagian untuk bahagian atas dan bawah.
- Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
- Ratakan anggaran 7 sudu makan adunan vanila. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan vanila. Bakar berlapis-lapis sehingga habis satu bahagian vanila.
- Ratakan pula 7 sudu makan adunan bewarna coklat. Bakar hingga adunan kental. Ulang langkah melapis ini sehingga adunan berwarna coklat habis. Sambung lagi melapis untuk adunan vanila. Buat sehingga habis.
- Potong ketika kek sudah sejuk sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...