Saturday 15 April 2023

Kek Lapis Coklat Andes

Kek Lapis Coklat Andes



       Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 3 aku buat untuk raya ni... Untuk kek ni sesuai kepada yang minat coklat yang ada perisa mint. Bagi aku sangat sedap bila rasa mint dan coklat tu bergabung. Selalu kita dok buat versi coklat cadbury, kali ni cuba buat versi yang ada perisa mint ni... Sedap ooo... Bila tengok kat gambar tu, coklat tu nampak cair kan... Ni disebabkan cuaca yang sangat panas kat perlis ni... Ni masa raya aku tak tau la cuaca lagu mana... Kalau panas macam ni boleh patah kek ni... Hihihihiiii.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....


Kek Lapis Coklat Andes



Kek Lapis Coklat Andes
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3

454gm mentega
1 sudu besar ovellet
180gm gula halus
250gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
200ml emborg dessert whip
150gm susu pekat
200gm horlicks*
350gm tepung gandum* ( satukan & ayak )
2 kotak ( 56 keping ) coklat Andes ( Andes Creme de  Menthe Thins )
pewarna turqouise dan putih


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula, cream cheese dan esen vanila hingga kembang dan licin ( cream cheese tidak berketul )
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan dessert whip dan susu pekat. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan 1 : Masukkan pewarna turquoise. Kacau rata, bahagi 6. Adunan 2 : Masukkan pewarna putih. Kacau rata, bahagi 6.
  6. Panaskan oven pada suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan berwarna turquoise. Hentakkan loyang untuk meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ).
  8. Ulang langkah nombor 7sehingga cukup 3 lapisan turquoise.
  9. Lapis pula dengan satu bahagian adunan bagi lapisan putih. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ).
  10. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan putih. Susun coklat andes. Bakar.
  11. Ulang langkah melapis nombor 9 hingga 10 sehingga semua adunan putih habis. Susun coklat andes pada selang dua lapisan.
  12. Bakar berlapis-lapis baki adunan berwarna turquoise sehingga habis

 

 Kek Lapis Coklat Andes


 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...