Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, hari ni baru sempat aku nak share resepi kek lapis untuk raya tahun ni... Tahun ni aku buat 6 jenis.... Tiap-tiap tahun aku akan buat kek lapis untuk hari raya. Macam kebiasaan pulak. Aku start buat kek lapis ni bila mula buat blog pasal kek. Bila jumpa orang share resepi kek lapis memang teruja sangat-sangat. Masa zaman aku start dulu susah jugak nak jumpa resepi kek lapis ni. Bila dah banyak laman sosial ni mudah sungguh nak dapatkan resepi. Buku resepi kek lapis pun ada. Untuk resepi ni aku cuba dari Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak ). Aku cuba 3 resepi dari buku tu. Nanti aku share kat sini. Sapa-sapa nak cuba buat kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah... Byee....
Kek Lapis Jerudong Park
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3 500gm mentega
180gm gula halus
1 sudu besar ovellet
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
392gm susu pekat ( 1 tin rendah )
300gm tepung gandum ( diayak )
200ml emborg dessert whip cream atau 1 tin nestle cream
200gm horlicks
60gm milo
pewarna coklat
pewarna kuning
pewarna hijau
esen pisang
pes strawberi
Cara-cara
- Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, gula, ovellet dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
- Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
- Masukkan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
- Perlahankan mixer. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer.
- Timbang adunan dan bahagi kepada 4 bahagian.
- Adunan 1 masukkan pewarna kuning, emborg dessert whip dan esen pisang. Bahagi empat.
- Adunan 2 masukkan pes strawberi. Bahagi empat.
- Adunan 3 masukkan horlicks, pewarna hijau dan esen pisang. Bahagi empat.
- Adunan 4 masukkan milo dan pewarna coklat. Bahagi empat.
- Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
- Ratakan satu bahagian adunan bewarna coklat ke dalam loyang yang sudah dialas dan digris. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental.
- Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan coklat. Bakar. Ulangi langkah melapis sehingga adunan coklat habis ( 4 lapisan coklat ).
- Ulang langkah melapis pada nombor 6 hingga 8 untuk baki adunan bagi mendapatkan 4 lapisan hijau, 4 lapisan merah dan 4 lapisan kuning.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...