Monday 28 June 2021

Korean Cream Cheese Garlic Bun


    Assalamualaikum & selamat petang semua. Petang ni aku nak share resepi roti pulak... Dah bertahun-tahun aku tak menguli roti ni... Lenguh jugak tangan ni... Kalau ada BM cepat sikit kerja. Ni buat cara manual memang slow la sikit... Aku tengok ramai jugak yang dok jual roti ni. Aku pun teringin nak merasa tu yang terajin sikit buat roti ni... Bagi aku rasa roti ni ok la sebab aku tak berapa suka krim dia tu... Nasib baik aku tak letak tebal dalam roti tu. Kalau tak mesti rasa muak. Tapi bila dah ada bawang putih tu jadi sedap pulak... Untuk resepi ni aku buat separuh aduna kat bawah tu... Separuh adunan pun dapat 6 biji... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...


 
 
Korean Cream Cheese Garlic Bun
 
Bahan2 for the buns

500gram high protein flour
220ml cold milk
2 eggs
8gram yeast
1 tsp salt
60gram sugar
60 gram soft salted butter

 
Cara2
  1. Mix milk, sugar and yeast in a mixing bowl. Add salt, eggs and flour. Stir until there is no moisture visible. Cover and let it rest for 15 minutes.
  2. Attached the dough hook to mixer. Add butter to the dough. Knead using mixer for 15minutes or so until the dough passes the window pane test.
  3. Cover the dough with a cling wrap. Let it proof until double in size.
  4. Divide the dough into 12 pieces of 80gram. Round it, let it double in size.
  5. Bake for 15-25 minutes at 170 degree Celsius.
  6. Cool the buns.



The butter dip

150gram salted butter
2 tbs parsley
1tsp mixed herbs
60gram condensed milk
1/2 tsp salt
2 eggs
20-25 pieces well minced garlic cloves
  1. Melt the butter, mix other ingredients until combined. Set aside.
 
 
The cream cheese
 
500 gram of cream cheese at room temperature
2 tbs of icing sugar
6 tbs of cream

  1. Mix everything until smooth. Put it in a piping bag.
  2. Once the buns are cooled, sliced the top to 6/8 sections. Pipe the cream cheese mixture into each section.
  3. Dip the bun into the butter dip, make sure that it's well coated. Sprinkled more herbs.
  4. Baked for another 10-15 minutes at 170degree celcius until the top is crisp and done to your liking. Voila!



Friday 25 June 2021

Durian Cheese Cake

 


     Assalamualaikum & selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak share resepi durian cheese cake pulak... Maklum la, la ni kan tengah musim durian. Kalau tak buat macam rugi la pulak. Ni aku guna durian yang kat rumah punya. Tapi yang dah frozen la. Ingat simpan nak bagi kakak-kakak aku balik kampung makan. Tapi dah tak leh balik, aku buat cheese cake la. Nanti luruh yang baru pulak ambik simpan buat frozen lain. Yang dalam gambar tu ayah aku beli kat sepupu aku. Sekilo RM10. Ok la, harga durian kampung. Tapi durian kampung ni masalah dia biji besar. Isi pulak sikit. Kalau durian kawin pulak biji kecik, isi banyak. Kalau durian kampung ni hang nak buat cheese cake kurang-kurang dekat 2 bijik jugak la... Saiz pun bukan besar mana. Comel-comel jaa... Untuk cheese cake ni aku sarankan hangpa buat dalam cake ring saiz 7 atau 8 inci sebab aku buat saiz 6 inci. Adunan cheese ada lebih. Terpaksa la aku boh dalam bekas lain. Kalau tengak kat blog kak ita dia buat dalam bekas aluminium so tak yah guna gelatin. Kalau ada yang nak cuba buat macam dia, boleh pi tengok kat sana... Cheeese cake durian ni memang sedap makan sejuk-sejuk. Macam makan ais krim durian.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Lagi satu, topping tu aku buat separuh adunan yaaa... Ok la, byeee....


Durian Cheese Cake
 
Base

150 gm biskut Oreo ( kisar hancur )
30 gm Cornflakes ( ramas kasar )
90 gm butter

  1. Letak cake ring atas papan kek ( sila guna yang 7 inci atau 8 inci, aku guna 6 inci ada lebihan cheescake terpaksa letak dlm bekas lain )
  2. Satukan Oreo dan cornflakes
  3. Dalam periuk, cairkan butter. Tuangkan butter yang telah cair dan masih panas dalam campuran oreo dan cornflakes dan gaul rata
  4. Tuangkan dalam cake ring dan ratakan padat-padat. Kemudian simpan dalam peti ais hingga ia keras.

 
 
PASTE DURIAN

6 ulas durian ( kalau nak lebih pun boleh)
3 sudu besar gula ( sukatan gula bergantung pada kemanisan durian )

Cara-cara
  1. Masak isi durian dan gula hingga menjadi paste
  2. Angkat dan biarkan sejuk




CHEESE DURIAN

250 gm Cheese
400 gm UHT Whipping Cream
20 gm butter
Paste durian ( paste durian yang kita masak tadi bahagi 3 bahagian. 2 bahagian untuk cheese dan 1 bahagian untuk topping nanti )
3 sudu besar susu pekat ( kalau kurang manis sila tambah )
sedikit esen durian atau esen vanilla
12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cheese , butter, susu pekat, dan paste durian dalam mixer. Putar hingga adunan sebati dan lembut
  2. Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan putar lagi.
  3. Tuangkan UHT Whipping Cream dan pukul sampai kental. Jangan terlebih pukul, UTH Whipping cream akan mencair bila terlebih di pukul
  4. Keluarkan base bawah dari peti ais dan tuangkan cheese durian di atasnya.
  5. Simpan semula dalam peti dan sambung buat topping durian.

 



TOPPING DURIAN ( aku buat separuh adunan )

100 gm badam slice ~ di bakar sebentar ( suhu 160C 5 minit sahaja ) ( aku letak sikit saja )
150 ml susu segar
10 gm gula
Paste durian ( 1 bahagian dari pada paste durian yang kita sediakan tadi )

40 gm susu segar
16 gm tepung kastard
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen durian atau esen vanilla
sedikit pewarna kuning
12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil


Cara-cara
  1. Satukan susu, gula dan paste durian, kacau rata dan masak atas dapur sebentar
  2. Setelah didih masukkan 2 biji kuning telur yang telah di kocok dahulu.
  3. Satukan 40 gm susu segar dan tepung kastard dan masukkan dalam adunan tadi masak lagi hingga sedikit pekat
  4. Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan kacau.
  5. Tutup api, letakkan pewarna kuning, esen vanilla dan susu pekat manis ( manis tu bergantung pada paste durian, jika kurang manis lebihkan susu pekat )
  6. Sejukkan
  7. Keluarkan kek kita tadi dan letakkan topping durian
  8. Taburkan badam slice yang telah di bakar di atasnya.
  9. Simpan dalam peti ais semula hingga dingin


Tuesday 22 June 2021

Banana Cake


     Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali dengan resepi kek pisang pulak... Kek ni memang mudah nak buat. Tak payah guna mixer pun. Cuma guna blender. Tapi kalau nak guna blender tu kena cuci bagi elok-elok sikit. Bukan apa, takut satgi ada rasa cabai ka, lengkuas ka... Tak pasai-pasai jadi resepi baru... Hahahaaa... Aku memang rekemen hangpa buat sebab memang sedap... Tak tipu ahh... Atas kek tu aku tabur sikit almond slice. Sedap juga sebab ada rasa lemak-lemak kacang. Kalau orang yang baru nak belajar buat kek pun mesti menjadi punya... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



BANANA CAKE

Bahan A
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
4 biji telur, gred A
3/4 cawan gula putih / perang
Secubit garam
1 sb jus limau / lemon

Bahan B
1 cawan pisang, dilenyek

Bahan C (diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk)


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sediakan loaf pan atau loyang bersaiz 7@8 inci. Lanserkan loyang dengan sedikit minyak & taburkan tepung dalam loyang. Boleh juga gunakan kertas minyak. Ketepikan dulu sebentar.
  2. Satukan bahan2 A mengikut urutan kedalam blender. Blend hingga sebati & gebu.
  3. Masukkan bahan B & blend lagi sebentar. Tuang adunan kedalam bahan C yang telah diayak. Gaul sebati.
  4. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan & bakar selama 50 minit atau hingga kek masak pada suhu 170 darjah celcius.

 


Monday 7 June 2021

Harumanis Cheesecake

 

   Assalamualaikum & apa khabar semua... Apa macam...? Ok ka...? Ye la, kita kan tengah berkurung... Kalau yang duduk kat kampung macam aku ni ok la sikit walaupun tak boleh nak pi melilau merata tempat. Sekurang-kurangnya boleh jugak la melilau keliling rumah... Apa-apa pun stay strong yaa... Berbalik untuk resepi hari ni, aku nak share resepi cheesecake yang sangat sedap...  Cheesecake ni guna harumanis tau... Tapi kalau takada harumanis boleh ja ganti magga lain. Tapi kalau guna harumanis lagi la sedap... Sekarang ni dah hujung-hujung dah musim harumanis. Ni aku dapat dari sepupu aku.. Yang kat rumah ni ada, tapi tak berbuah lebat sangat. Takat boleh makan ja... Orang selalu tanya, pasai apa harga harumanis ni mahai... Ni nak habaq, dia mahal sebba nak jaga dia renyah, nak boh racun la, vitamin la macam-macam lagi la... Kalau mangga lain takat boh baja besa pun buah lebat. Sebab tu harumanis kat rumah aku ni buah tak pernah banyak. Ayah aku cuma boh baja gitu-gitu ja... Vitamin langsung takda. Tapi takpa la sebab kami bukan nak jual. Cuma nak makan jaa... Untuk resepi ni aku guna harumanis saiz kecik ja... Lagipun kek ni pun kecik. Kalau boleh, bila guna harumanis tu jangann guna yang ranum. Guna yang isi dia keras-keras sikit. Nanti tak la lembik isi dia masa potong tu.... Kalau ada yang nak  mencuba, boleh tengok resepi bawah tu... Byee....





Harumanis Cheesecake


Base atau Lapisan dasar

80 gm biskut Oreo + biskut Digestive
25 gm cornflakes ~ ramas-ramas sikit
50 gm butter ~ di cairkan


  1. Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
  2. Tuangkan butter cair dan gaul rata
  3. Tuangkan dalam ring pan saiz 6 inci yang di lapik alas kek
  4. Ratakan dan padatkan
  5. Sejukkan di dalam peti ais hingga keras




Harumanis Cheese
 
1/2 biji harumanis ( potong dadu )
250 gm cream cheese
1/2 sudu teh esen vanilla
90 gm coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
150 gm wipping cream ~ non dary
6 gm gelatin
30 ml air
2 sudu besar harumanis yang di kisar


Cara-Cara
  1. Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
  2. Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan
  3. Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
  4. Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata
  5. Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
  6. Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan. Ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese. Kaup balik rata. Ulang proses hingga habis semua
  7. Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
  8. Susun potongan harumanis tadi. Ulang proses yang sama. Tuangkan baki adunan dan ratakan
  9. Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam
  10. Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga





Jelly Mangga
 
1/2 biji harumanis yang di kisar ( ketepikan 2 sudu untuk letak dalam adunan cheese )
1/2 biji harumanis di dadu kecil
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula
sedikit perahan lemon


  1. Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
  2. Satukan harumanis yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana
  3. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  4. Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah masukkan harumanis yang didadu. Masukkan juga sedikit perahan lemon dan gaul rata.
  5. Tuangkan jelly kita ni atas kek.
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.
  7. Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
  8. Kek ni sangat enak di makan dingin.