Monday, 7 June 2021

Harumanis Cheesecake

 

   Assalamualaikum & apa khabar semua... Apa macam...? Ok ka...? Ye la, kita kan tengah berkurung... Kalau yang duduk kat kampung macam aku ni ok la sikit walaupun tak boleh nak pi melilau merata tempat. Sekurang-kurangnya boleh jugak la melilau keliling rumah... Apa-apa pun stay strong yaa... Berbalik untuk resepi hari ni, aku nak share resepi cheesecake yang sangat sedap...  Cheesecake ni guna harumanis tau... Tapi kalau takada harumanis boleh ja ganti magga lain. Tapi kalau guna harumanis lagi la sedap... Sekarang ni dah hujung-hujung dah musim harumanis. Ni aku dapat dari sepupu aku.. Yang kat rumah ni ada, tapi tak berbuah lebat sangat. Takat boleh makan ja... Orang selalu tanya, pasai apa harga harumanis ni mahai... Ni nak habaq, dia mahal sebba nak jaga dia renyah, nak boh racun la, vitamin la macam-macam lagi la... Kalau mangga lain takat boh baja besa pun buah lebat. Sebab tu harumanis kat rumah aku ni buah tak pernah banyak. Ayah aku cuma boh baja gitu-gitu ja... Vitamin langsung takda. Tapi takpa la sebab kami bukan nak jual. Cuma nak makan jaa... Untuk resepi ni aku guna harumanis saiz kecik ja... Lagipun kek ni pun kecik. Kalau boleh, bila guna harumanis tu jangann guna yang ranum. Guna yang isi dia keras-keras sikit. Nanti tak la lembik isi dia masa potong tu.... Kalau ada yang nak  mencuba, boleh tengok resepi bawah tu... Byee....





Harumanis Cheesecake


Base atau Lapisan dasar

80 gm biskut Oreo + biskut Digestive
25 gm cornflakes ~ ramas-ramas sikit
50 gm butter ~ di cairkan


  1. Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
  2. Tuangkan butter cair dan gaul rata
  3. Tuangkan dalam ring pan saiz 6 inci yang di lapik alas kek
  4. Ratakan dan padatkan
  5. Sejukkan di dalam peti ais hingga keras




Harumanis Cheese
 
1/2 biji harumanis ( potong dadu )
250 gm cream cheese
1/2 sudu teh esen vanilla
90 gm coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
150 gm wipping cream ~ non dary
6 gm gelatin
30 ml air
2 sudu besar harumanis yang di kisar


Cara-Cara
  1. Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
  2. Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan
  3. Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
  4. Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata
  5. Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
  6. Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan. Ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese. Kaup balik rata. Ulang proses hingga habis semua
  7. Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
  8. Susun potongan harumanis tadi. Ulang proses yang sama. Tuangkan baki adunan dan ratakan
  9. Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam
  10. Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga





Jelly Mangga
 
1/2 biji harumanis yang di kisar ( ketepikan 2 sudu untuk letak dalam adunan cheese )
1/2 biji harumanis di dadu kecil
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula
sedikit perahan lemon


  1. Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
  2. Satukan harumanis yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana
  3. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  4. Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah masukkan harumanis yang didadu. Masukkan juga sedikit perahan lemon dan gaul rata.
  5. Tuangkan jelly kita ni atas kek.
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.
  7. Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
  8. Kek ni sangat enak di makan dingin.




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...