Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Friday, 31 March 2017

Kerabu Maggie Thai




     Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Lamanya tak bersiaran. Harini terajin pulak nak update blog ni... Bukan apa, mulut ni terasa nak makan benda yang pedas-pedas dan masam jaa... Maklum la, tengah selsema... Walaupun selsema, kena rajin jugak sebab lapar punya pasal. Nak makan nasi macam tak best jaa... Ni pun teringat kerabu maggie yang pernah beli dulu... Masa tu makan memang pedas betol... Tapi yang aku buat ni kurang pedas... Untuk buat kerabu ni boleh guna maggie yag ada jual kat thailand tu... Ni aku jumpa masa pi padang besar.. Ramai jugak orang dok borong. Aku cuma beli serba sikit ja... Nak cuba dulu... Ada empat jenis yang merah tu yang biasa. Yang ni la yang aku buat kerabu maggie ni. Yang pek kuning nak oren tu rasa dia berkrim. Yang pek hijau rasa dia pedas. Tak la pedas sangat pun... Aku yang tak berapa suka pedas pun boleh layan. Yang last sekali tu pek biru. Yang ni jenis bihun... Aku tak sempat rasa la... Tak tau rasa macam mana... Rasanya kat pasaraya biasa pun ada jual kot... Try pi tengok. Kat bawah tu ada contoh... Untuk kerabu ni aku tambah bunga kantan dan serai. Sebab aku beli dulu memang dia ada letak... Sedap beb... Kalau tak suka, tak payah letak... Untuk bahan lauknya boleh letak macam-macam. Nak letak fish cake dan fish ball pun ok... Sebab tak ada stok, aku tak letak laa... Hihiii... Selamat mencuba.... 








Kerabu Maggie Thai
Sumber : Cik Wan

Bahan-bahannya;
3 bungkus Maggie Thai/Siam (dalam gambar)
1 biji buah tomato-hiris ( xletak )
1/2 labu bawang besar
Sejengkal batang celery ( ganti bunga kantan & serai. ambil bhgn lembt potong nipis )
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan-jika suka ( x letak )
1 sudu air asam limau-jika suka
2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi
tak dipakai).

*kenapa Cik Wan kata jika suka untuk sos ikan dan air asam
limau?..kerana sos maggie siam ni dah masin, masam dan pedas.

Bahan Lauknya:
Sotong
Udang
Crab stick


Cara-caranya:
  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk 1. dan mee segera. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  2. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza. 
  3. Keluarkan seafood.
  4. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.
  5. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!



Langkah seterusnya..
  1. Masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk mee.
  2. Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta 1 peket rempah mee siam tadi.
  3. Gaul rata. Siap!!!





Sunday, 10 March 2013

Kerabu Vegeroni Spirals


   Selamat hujung minggu dan selamat tengahari.... Hari ni kita makan kerabu vegeroni spirals... Selalunya aku kalau masak vegeroni spirals cuma buat goreng la. Macam goreng mee tu. Sedap la jugak. Tapi resepinya aku belom letak dalam blog lagi... Kalau ada masa nanti aku share kat blog ni. La ni kita layan kerabu vegeroni spirla. Boleh tahan jugak la resepi eksperiment aku ni. Ada rasa pedas-pedas, masam-masam & manis-manis. Macam kerabu biasa. Mak aku pun cakap boleh buat makan dengan nasi... Fulamak... Dasyat tuu... Tapi aku lebih suka ratah macam tu ja... Lagi sesuai... Buat macam salad... Tu pendapat aku la... Kalau ada sapa-sapa yang nak try, boleh la cuba....

Bahan-bahan

-1 cawan vegeroni spirals
-6-8 ekor udang
-ikan bilis
-1 batang serai
-1 batang bunga kantan
-1 biji bawang besar
-sos ikan
-sedikit lada hitam [ ditumbuk ]
-3 biji cili padi [ sapa yang suka pedas lebihkan ]
-kacang tanah goreng [ ditumbuk ]
-sos ikan secukup rasa
-sedikit gula
-sedikit cuka masakan / jus limau nipis

Cara-Cara
  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci. Rebus seketika sehingga udang bertukar warna merah. Angkat dan tos. Rebus vegeroni spirals dan tos. Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Potong bunga kantan dan serai nipis-nipis. Ambil bahagian lembut sahaja. Bawang besar didadu.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan. Gaul rata. Jika kurang masin boleh tambah sedikit sos ikan.
  4. Siap dan boleh makan...



Thursday, 1 November 2012

Kerabu Daging

  

 Selamat petang semua... Hari ni aku nak kongsi resepi masa makan tengahari tadi. Menu hari ni besa-besa saja. Ikan merah goreng, kerabu daging dan ulam pucuk gajus. Menu yang nak dikongsi hari ni ialah kerabu daging. Aku guna daging pemberian orang masa raya haji tu. Ada baki sikit lagi. So, boleh la buat kerabu. Jom tengok cara nak buatnya....


Bahan- Bahan

-200gm daging
-100gm taugeh
-1 biji pelam sala [ sederhana besar ]
-1 biji bawang besar
-1 sudu teh garam
-serbuk perasa
-250ml santan [ 1 biji kelapa yg sederhana. kalau nak sihat, guna 1/2 biji ]
-1/4 biji limau nipis [ kalu nak masam lebihkan ]
-1 inci lengkuas*
-2 batang serai*
-10 biji lada hitam*
-1 sudu teh belacan*
-4 biji cili padi*[ ditumbuk ]
-2 sudu besar kerisik


Cara-Cara

  1. Potong daging nipis-nipas dan rebus. Celur taugah dan masak santan seketika.
  2. Lengkuas dan serai ditumbuk bersama bahan bertanda [*]
  3. Potong bawang besar nipis-nipis dan sagat pelam.
  4. Dalam mangkuk besar, satukan santan, kerisik, taugeh, bawang besar, daging dan bahan yang ditumbuk. Gau rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Untuk rasa masam, masukkan jus limau nipis.
  5. Sedia dinikmati.



NOTA : Santan dimasak seketika adalah untuk mengelak daripada cepat basi.





makan saja pun sedap...




ni asal resepi mak aku... TERIMA KASIH MAK..