Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

bubur durian


   Salam dan selamat pagi semua. Pagi-pagi ni kita layan bubur durian lah. Sekarang  ni kan tengah sibuk dengan musim durian, So, aku pun buat jugak la resepi berasaskan durian walaupun tak berapa suka sangat durian ni. Setakat rasa tu boleh laaa... Tapi kalau jadikan bubur ni memang makan tu bertambah-tambah la nampak gayanya. Hehehe... Orang yang bukan pengemar durian pun kompem suka kalau durian ni buat bubur. Tambah sikit dah la. Buat syarat katakan.... Resepi ni asalnya dari resepi bubur jagung lemak manis, cuma tambah durian dan bahan lain sikit... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-1/2 cawan isi durian [ kalau suka banyak, tambah lagi ]
-2 cawan isi jagung manis
-1 cawan kacang hijau - direndam
-3 cawan air
-3 cawan santan fresh
-1/2 cawan gula pasir
-gula melaka [ iku kemanisan yang anda suka ]
-2 helai daun pandan - disimpulkan
-secubit garam


Cara-Cara

  1. Rebus kacang hijau dengan tiga cawan air hingga kembang, masukkan jagung dan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka dan isi durian. Masak hingga mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan santan dan garam. Masak seketika. Jika kelihatan pekat, masukkan sedikit air.
  4. Tutup api dan sedia dinikmati.






Cicah dengan roti pun sedap...
Selamat mencuba...

Saturday, 15 December 2012

BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS




   Salam.... Hari ni masih pasal jagung lagi. Jangan muntah pulak asyik dok tengok resepi pasal jagung ja. Hehehe.... Petang-petang gini dengan cuaca mendung nak hujan memang sedap pekena bubur jagung. Aku amek resepi ni kat blog secubit garam. kalau nak tengok resepi dia klik sini. Untuk resepi ni, aku lebihkan santan. Maka, jadilah bubur jagung lemak manis... Sekali-sekala makan yang lemak-lemak ni memang sedap. Tapi jangan lupa nak bersenam pulak lepas ni, nanti tambah pula berat badan tu. Hehehe... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-3 cawan isi jagung manis [ aku guna 4 tongkol jagung fresh ]
-5 - 6 cawan air [ aku guna 3 cawan ]
-1 cawan santan fresh [ aku guna 3 cawan ]
-1/2 cawan sagu ~ direndam
-3 sudu gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai [ aku guna 1/2 cawan ]
-sedikit gula nisan/gula melaka [ tak letak ]
-1/2 biji telur ~ dikocok [ tak letak ]
-2 helai daun pandan ~ disimpulkan
-secubit garam


Cara-Cara
  1. Masak isi jagung, daun pandan dan air hingga mendidih.
  2. Sementara itu basuh sagu dan toskan.
  3. Bila dah mendidih masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan santan.
  4. Masak dgn api sederhana dan hendaklah dikacau supaya tidak naik kepala.
  5. Bila bubur mendidih masukkan sagu dan telur. Kacau supaya telur tidak berketul.
  6. Masak sehingga sagu bertukar warna jernih.
  7. Angkat dan hidangkan.