Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Pizza Muffin



       Assalamualaikum semua... Tak sangka petang tadi hujan turun... Lega sikit panas tu... Kalau tak berpeluh-peluh... Walaupun hujan tak lebat dan lama, sekurang-kurangnya boleh la rasa sejuk sikit... Yang paling bestnya boleh layan pizza muffin ni time hujan... Apa nak kata, layan habis.... Rasa pizza muffin ni memang rasa pizza la... Cuma dia macam mampat sikit, ala-ala muffin kalau nak senang cerita. Dah pun nama pizza muffin, rasa macam pizza muffin laaa... Hahahaa... Lagi satu, resepi asal tak letak mix veggis, tapi aku letak sikit sebab nak bagi meriah... Kalau nak sedap makan masa cheese tu tengah cair.... Sedap baq hanggg... Ok la, jom tengok resepinya...







Pizza Muffin
C&P : Hana


Bahanbahan
1 sudu besar minyak zaitun - hana guna butter
2 sdt bawang putih cincang
100g bawang bombay cincang
50g lada capsicum hijau dan merah cincang
75g daging cincang boleh tuka udang,sosej,ayam etc hana gune crabstick
75g keju parmesan parut hana campur mozarella dlm adunan
50g sos pizza hana guna sos pizza mushroom
1/2 sdt serbuk cili
1 sk gula
secubit garam
3 biji telur size M pukul sekejap
50ml minyak zaitun
50ml susu segar @ susu cair
250g tepung gandum
2 sdm susu tepung
11/2 sk baking powder
75g keju mozarella utk tabur


Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 200. Sediakan mangkuk@cup dalam muffin tray.
  2. Satukan tepung gandum, susu tepung, baking powder dan secubit garam. (jgn buh byk garam sbb bhn2 lain dah masin). Ketepikan.
  3. Panaskn butter@minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang. Kacau hingga bertukar warna dan sejukkan. (Jika menggunakan crabstick tak perlu masak.Gorengkan bawang sahaja)
  4. Dalam mangkuk besar, satukan keju parmesan, sos pizza, serbuk cili, lada capsicum, dan gula. Kacau rata menggunakan spatula.
  5. Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Kacau. Juga masukkan minyak zaitun dan juga susu segar@susu cair.
  6. Kemudian masukkan tepung tadi. Kacau sebati. Masukkan pula daging yang telah dimasak dan gaul rata. (jika crabstick masukkan time ni)
  7. Tuang ke dalam muffin cup. Isi 3/4 penuh. Bakar selama 2025min. Keluarkan dari oven dan taburkan keju mozarella. Bakar semula sehingga keju cair dalam 5 min.
  8. Biarkan sebentar 5 minit dalam loyang. baru keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  9. Hidangkan panas semasa keju tgh melting.





Thursday, 27 November 2014

Seafood Pizza



    Assalamualaikum semua... Agak lama aku tak timbul kat blog ni... Hampir tiga minggu lebih rasanya... Biasa la agak sibuk sikit.. BW pun sekadar kejap-kejap ja... Komen pun tak sempat nak tinggalkan... Yang buat aku sibuk tak sempat nak update blog ni sebabnya dalam bulan ni aku ada amek tempahan kek. Tak banyak mana pun. Cuma orang terdekat ja.. Nak rasa jugak macam mana bila amek oder ni... Memang penat rupanya... Nak layan kerenah pelanggan lagi... Ada nak kek murah dan sedap, tapi nak harga murah... Pening jugak la... Lepas ni kalau nak buat open oder kena pikir dua tiga kali la dulu...Lepas tu berlaku banjir pulak kat kampung aku ni... Rumah aku pun air naik jugak... Tak teruk sangat la, cuma penat nak mencuci ja... Hihiii... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat seafood pizza... Pizza ni yang dua minggu lepas... Hihiii... Memang dah habis la... Resepi asal topping dia letak daging. Tapi aku buat letak seafood. Letak isi udang dan sotong. Selain tu aku letak juga jejari ketam, bebola udang dan sotong... Lagi mewah rasanya tau. Untu base piza ni aku dah cuba kedua-duanya dan aku lebih suka base II. Base I pun ok jugak... 




Seafood Pizza


Pizza base I :
-2 cawan tepung gandum
-2 sudu kecil yis segera mauripan
-2 sudu besar susu tepung
-160 ml air suam
-1 sudu besar gula halus
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
-1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair


Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih).
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


Pizza base II :
-2 cawan tepung roti
-2 sk yis mauripan
-90 ml air suam
-70 ml susu segar suam
-1 sk garam halus
-2 sb gula
-1 sb marjerin
-1 sb susu tepung


Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata.
  2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
  5. Untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. 
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.





Topping/Filling : (2 large pizza)
-400 g daging cincang (dicincang/minced) ( ganti dgn udang & sotong )
-3 ulas bawang putih (dicincang)
-1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
-1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
-sedikit garam dan gula
-3 sudu besar mentega


untuk hiasan :
-sedikit oregano kering
-cendawan shitake
-hirisan nenas ( x letak )
-hirisan kapsikum
-hirisan bawang besar
-keju parut
-lain-lain ikut suka


Cara-cara : 
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang.
  2. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya.
  3. Kacau hingga pekat/kering.





( aku x buat )
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam


Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat

Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambahtambah. Enak bangat!!







Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul dan pizza tertunggak..


   Salam Maulidur Rasul kepada semua warga blog dan seluruh umat islam di dunia... Hari ni aku nak cuci-cuci draft. Nak publish resepi tertunggak yang tahun lepas... Ni resepi yang besa aku dok buat. Klik sini kalau nak tengok. Tapi untuk resepi ni aku guna water roux. Tak sangka jadi jugak. Piza ni aku buat masa aku pi selangor bulan 12 tahun lepas. Aku buat dua biji. Satu aku bagi kat kak aku yang kat rawang, satu lagi aku bagi yang kat klang. Aku buat ni pun sebelum aku balik kampung. Kalau tak buat, nanti kempunan pulak kakak-kakak aku nak merasa. Heheheee... Meh tengok resepinya...

Bahan Doh

-200gm tepung roti
-1 sudu makan susu tepung
-10gm gula
-6gm yis basah + lebih kurang 20gm air suam
-50-60gm air sejuk
-1/2 sudu makan mentega
-2 sudu makan water roux [ resepi water roux kat sini ]



Bahan Inti

-3 batang sosej ayam
-8 ekor udang sederhana besar
-4 ekor sotong
-bebola ikan
-bebola ketam
-jejari ketam



Bahan sos

-2 sudu besar minyak masak
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-sayur campur
-lada benggala merah dan kuning
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh mix herbs
-parutan keju cheddar keju parmesan




Cara-Cara
  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam, bebola ketam, ikan dan jejari ketam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula, water roux dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Selepas direhatkan, tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada dua bahagian sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan " [ aku guna tudung periuk je ]  dan ikut bentuk acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala dan cendawan butang. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti mix herbs dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.



nampak ada dua kale...?
yang merah ada cili untuk orang dewasa...
yang plain tu untuk kanak-kanak...

Thursday, 27 December 2012

pizza tudung periuk


  Salam semua... Haaaa.... Kelia [ Sempoi ] tak tajuk pizza aku hari ni... Hehehehee... Pizza tudung periuk [ N3 4 5 hari yang lepas ]... Ni bukan apa, pizza pan tak ada. Ganti tudung periuk je la. Tak kisah la, tudung periuk pun tudung periuk la. Janji pizza aku jadi dengan elok dan sedap. Pizza ni aku buat masa anak buah aku balik kampung. Yang sorang tu cerewet sikit. Tapi yang dua orang tu, hmmmm.... Masak apa pun makan. Tu yang best bila depa balik kampung. Seronok nak masak bagi makan... Untuk kanak-kanak aku letak sosej ayam dan sedikit sos serta sayur-sayuran. Yang sorang tu kalau nampak banyak warna hijau dan merah takut nak makan. Untuk adunan ni aku buat dalam tiga biji sebab tudung periuk tak besar. Satu biji untuk kanak-kanak, dua biji untuk tak berapa kanak-kanak. Jom tengok resepinya....



Bahan Doh

-300gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-30gm gula
-9gm yis basah + 40gm air suam
-160gm air sejuk
-40gm mentega
-1/2 sudu teh bread improver
-1/2 sudu teh bread softener


Bahan Inti

-5 batang sosej ayam
-10-12 ekor udang sederhana besar
-6-8 ekor sotong


Bahan sos

-2 sudu besar minyak zaiton
-sos spaghetti [ aku guna cap prego ]
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-sayur campur
-nenas
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu bawang besar dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada tiga bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " tudung periuk " dan letak diatas acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos spaghetti.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala, nenas dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.





Yang ni belum masak....
Pizza ni kena boh banyak keju..
Baru la lemak-lemak...
Memang sedap dan berbahaya....
Heheheheee...


Sunday, 18 November 2012

Mini Pizza Seafood




    Salam semua...Tengah buat apa tu..? Masak ke...? Tegahari ni aku makan free sebab ada kenduri kat kampung aku. Kenduri berkhatan atau orang kampung panggil sunat atau masuk jawi. Hari ni kenduri memang dasyat, macam kenduri orang nak kawin. Lauk dua tiga jenis. Tak macam dulu, buat bihun goreng jaa... Sekarang ni dah sama taraf dengan kenduri orang kawin la pulak. Hmmmmm.... Mungkin buat kenduri kesyukuran sama kot.. Haaaa... Kemari ada nampak CMG ada buat pizza, nampak terliur la pulak. So, aku pun buat jugak. Ni resepi untuk makan malam kemarin punya. Cuba klik sini tengok resepi CMG.  Sekarang tengok resepi aku pulokk...



Bahan Doh
-150gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-15gm gula
-5gm yis basah + 20gm air suam
-80gm air sejuk
-20gm mentega
-1/4 sudu teh bread improver
-1/4 sudu teh bread softener


Bahan Inti
-6 ekor udang sederhana besar
-3 ekor sotong


Bahan sos
-2 sudu besar minyak zaiton
-sos tomato
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-lobak merah
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sutong dan potong nipis-nipis.
  2. Potong dadu bawang besar, lobak merah dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 20 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda.
  7. Bahigi doh kepada dua bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan ". Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos tomato.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak lobak merah, lada benggala dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak






potong kecik-kecik, senang nak ngap...