Thursday, 29 October 2026

Strawberry Matcha Cake


     Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni nak share resepi dari ChatGPT jugak. Resepi ok, cuma bahagian bawah kek tu macam nak ada bantat sikit. Mungkin masa mix minyak tak sebati kot. Sebelom ni aku dah buat matcha strawberry cake. Resepi boleh tengok kat sini. Kali ni buat kek perisa strawberry pulak. Yang versi ni strawberry dia lebih banyak rasa. Leleh-leheh kat tepi kek pun aku letak strawberry filling. Sesuai la nama strawberry matcha cake. Sapa nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee...
 


Strawberry Matcha Cake
C&P : ChatGPT
 
Kek Span Strawberry
 
3 biji telur gred A
75gm gula kastor
1 1/2 sk ovalette
75gm tepung kek
15gm tepung jagung
1/2 sk baking powder 
45gm minyak
25gm susu cair
1/2 sb strawberry emulco 
1/2 sk esen vanilla
 
Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovalette menggunakan mixer sehingga gebu, putih dan pekat.
  2. Masukkan tepung kek, tepung jagung & baking powder yang telah diayak. Kaup balik perlahan.
  3. Campurkan minyak, susu, strawberry emulco dan esen vanilla. Ambil sedikit adunan kek dan campurkan ke dalam campuran minyak tadi. Kacau sebati. Tuang balik ke dalam adunan utama dan kaup balik sampai sebati.
  4. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang ke dalam 3 biji loyang bersaiz 6 inci. Bakar pada suhu 160°C lebih kurang 16-18 minit atau sehingga kek masak.
  5. Bila kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan di atas redai. 



Matcha Cream Cheese Whipped Cream
 
125gm cream cheese
400ml double cream
100gm gula aising
12gm matcha powder ( boleh kurangkn sbb rasa pahit sikit )
1 sk esen vanilla
 
Cara-cara
  1. Pukul double cream hingga kental. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese, gula aising, esen vanilla dan matcha powder sehingga sebati.
  3. Masukkan double cream dan sebatikan.
  4. Sedia digunakan. 







Cara Melapis Kek
 
100gm strawberry filling ( ambil yg ada buah, hancurkan )
Buah strawberry secukupnya ( potong kecil )
 
 Cara-cara
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream. Ratakan. Paipkan filling strawberry dan ratakan. Susun buah strawberry. Paipkan cream dan ratakan. Ulang langkah yang sama untuk lapisan kek yang seterusnya.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream. 
  3. Paipkan tepi kek dengan strawberry filling ( guna yg tak ada buah ).
  4. Paipkan keliling kek dengan menggunakan nozzle star. Susun buah strawberry.
  5. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong. 


Tuesday, 27 October 2026

Tiramisu Cake


          Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak share resepi tiramisu cake. Ni first time aku soh ChatGPT buat resepi. Tapi dia bagi kadang-kadang tetinggal bahan. Jenuh aku peringat balik dia. Hahahaaa.... OK laa... Aku ada la ejas-ejas sikit. Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...



Tiramisu Cake
C&P : ChatGPT
 
Kek span kopi
 
1 biji telur gred A
25gm gula kastor
1 sk ovalette
25gm tepung gandum
5gm tepung jagung
1/8 sk baking powder
10gm susu cair
10gm minyak masak
1 sk coffee emulco
 
Cara-cara
  1.  Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang, putih dan pekat.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang diayak. Kaup balik.
  3. Campur susu, minyak dan coffee paste, kemudian masukkan dan kaup balik sampai sebati.
  4. Tuang dalam loyang 6 inci yang dialas baking paper.
  5. Bakar 160°C lebih kurang 18 minit atau sehingga kek masak.
  6. Apabila masak, keluarkan kek dan sejukkan diatas redai. 
 


Filling
 
300gm double cream ( nk rendah letak 250gm )
125gm cream cheese
40gm gula aising
1 sk esen vanilla
1 1/2 sk serbuk gelatin
25gm air panas
 
Cara-cara
  1. Larutkan gelatin bersama air panas. Biarkan 5-10 minit sampai kembang. Boleh guna kaedah double boiler.
  2. Pukul double cream sampai kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan larutan gelatin. Sebatikan.
  4. Satukan adunan cheese dan double cream. Kaup balik sehingga sebati.
  5. Sedia digunakan. 







Sirap kopi
 
100gm air panas
2 sk instant coffee
20gm gula
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau sehingga semua bahan larut. Sedia digunakan.



Cara melapis kek
 
Biskut lady finger secukupnya 
  1. Sediakan cake ring saiz 6 inci. Masukkan plastik mika dan kemaskan. Masukkan kek span kopi. Renjis sedikit atas kek dengan sirap kopi. Paipkan 1/3 adunan filling dan ratakan.
  2. Celup biskut lady finger dalam sirap kopi dan susun sehingga penuh. Paipkan 1/3 adunan filling dan ratakan. Ulang langkah yang sama untuk lapisan seterusnya.
  3. Simpan semalaman dalam peti sejuk supaya tiramisu betul-betul set.
  4. Keluarkan tiramisu dari peti sejuk dan buka plastik mika. Kemaskan tepi-tepi tiramisu supaya nampak rapi.
  5. Ayak serbuk koko diatas permukaan tiramisu.
  6. Sedia dipotong. 


Saturday, 10 October 2026

Carrot Cake


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni aku nak share resepi kek carrot. Aku pernah buat dah resepi kek carrot ni. Tapi kali ni aku guna 3 jenis kekacang dalam kek tu. Aku guna pistachio, walnut & pecan. Pistachio ni aku tak pernah guna lagi & tak pernah rasa dari mana² kedai. Selalunya kacang walnut la sebab tu antara yang murah. Kekacang lain agak mahal laaa.. Bila ada banyak jenis kekacang ni dia rasa sedap. Untuk serbuk kulit kayu manis aku tak letak. Kalau letak nanti budak² tak mau makan. Kalau tau ada carrot pun ada yang tak mau makan tauuu... Takut sungguh dengan sayoqq... 😂😂😂😂 Kismis tu aku guna kismis biasa. So, dia kurang sedap. Sebelum ni aku guna kismis hitam. Yang tu sedap. Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Tapi kalau nak tengok resepi sebelum ni boleh tengok kat sini. Byeeee....


Carrot Cake
C&P : Cookpad Sesimple Loralin
 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis ( tak letak )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1/2 cawan carrot (disagat) 
1 cawan walnut (dicincang) - ( aku guna campuran kekacang walnut, pistachio & pecan )
1 cawan kismis (dicincang)
1/2 cawan nenas dalam tin (didadu) 
2 biji telur 
1 1/4 cawan gula halus / gula kastor ( aku guna gula perang )
1/2 cawan minyak jagung 
 
Cara-cara
  1. Cincang / kisar kasar kacang walnut, pecan dan pistachio yang telah dipanggang. Ketepikan.
  2. Cincang kismis dan nenas dalam tin dipotong dadu kecil. Sagat carrot, separuh disagat halus, separuh lagi disagat kasar. Ketepikan. 
  3. Ayak tepung bersama baking soda, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan. 
  4. Pukul telur sehingga kuning dan putih telur sebati sahaja, tak perlu sampai kembang. Masukkan gula dan pukul sebati sehingga gula larut. 
  5. Masukkan nenas dan carrot. Kacau rata. 
  6. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. 
  7. Masukkan kismis dan kekacang yang dicincang. 
  8. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati adunan. 
  9. Tuangkan adunan kek ke dalam 4 loyang sama banyak. Loyang saiz 6 inci.
  10. Bakar kek pada suhu 170c selama 30 minit atau sampai masak. Keluarkan kek dan sejukkan ke suhu bilik sebelum dilepa dengan cream.
 



Cream Cheese Frosting
 
250 g cream cheese
350 g butter ( aku letak 380gm unsalted butter )
80 g gula aising 
 
Cara-cara
  1. Campurkan cream cheese, butter dan gula aising dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga sebati dan licin.
  2. Sedia digunakan 
 
 

Cara Melapis Kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang langkah yang sama sehingga lapisan kek yang terakhir.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese frosting.
  3. Hias ikut kreativiti masang-masing. Boleh salut keliling kek dengan kacang pistachio, walnut & pecan yang dipotong kasar. Jika ada lebihan cream cheese, boleh paipkan bentuk lobak merah pada kek.
  4. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.