Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ni kek lapis last untuk raya nanti. Bila dah siap semua boleh la rehat² sikit. Kek lapis ni elok buat awai. Dia tahan lama. Balut dengan cling wrap, pastu simpan dalam peti sejuk. Biskut pun aku dah siap dah cuma tak rajin nak amek gambar & post kat sini. Biskut ni aku tak buat awai sangat la. Kalau awai takut lesap dalam mulut 😂😂😂😂 Sebabnya biskut dok kat luar. Tak macam kek lapis duuduk dalam peti sejuk. Lambat sikit kalau nak makan... Sapa² nak cuba buat kek lapis aiskrim pelangi cheese ni boleh tengok resepi kat bawah tu...
Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese
C&P : AliciaAyung@MrsUvang
500gm mentega
150gm gula kastor
1 tbsp ovalette
10 biji telur
1 tbsp esen vanila
250gm susu pekat manis
250gm cream cheese
300gm tepung gandum
200gm aiskrim powder vanilla
100gm Horlicks
Warna putih
Warna pelangi ( merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu )
Cara-cara
Cara-cara
- Putar mentega, gula kastor & ovalette sampai kembang.
- Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila, susu pekat & cream cheese. Putar lagi sampai sebati.
- Masukkan tepung gandum, Horlicks, aiskrim powder. Putar sebati dgn speed perlahan.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna putih sebanyak 5 lapis. Bahagian ke-2 bahagi kepada 6 bahagian iaitu warna pelangi. Setiap warna sebanyak 2 lapis.
- Bakar berlapis sampai habis mengikut turutan warna pelangi berselang-seli dgn warna putih. (corak lapisan bergantung kpd kreativiti masing2)
- Guna loyang 9"x9" untuk kek yang sederhana tinggi. Guna loyang 8"x8" untuk yang suka hasil kek tinggi.
- Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
- Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...