Monday, 17 April 2023

Kek Lapis Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese

Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese




    Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 5 untuk raya ni... Rasa kek ni penuh dengan kelemakkan cheddar cheese. Lepastu tambah pula kelemakkan dari kekacang. Ada pula rasa coklat dari coklat cadbury dan chipsmore. Memang penuh dengan rasa kek ni. Bagi aku ni antara kek lapis yang sedap untuk tahun ni. Wajib cuba tau... Walaupun bahan dia banyak, tapi berbaloi sebab sedap. Resepi ni dia bagi adunan kecik. Kalau nak buat versi besar sila gandakan adunan dan guna loyang 8x8x3. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....

Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese



Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese
C&P : Hellena Gangan ( Resepi Mama Kent )
Loyang 6x6x3


Bahan A
250gm butter
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A
3 sudu kecil gula
150gm cream cheese
125gm susu pekat
175gm tepung pau
50gm tepung ice cream vanilla
50gm whipping cream ( optional )
pewarna putih secukupnya


Bahan B ( untuk ditabur disetiap lapisan 1,2,3,5,6,7... )
Setengah bungkus biskut chipsmore ( dihancurkan )
cheddar cheese ( diparut halus )
sebungkus kecil cashew nut mix ditumbuk halus
sebungkus kecil pistachio ditumbuk halus


Bahan C
20 biji coklat cadbury ( susun di lapisan ke 4, tabur chipsmore sikit )


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula, cream cheese dan esen vanila hingga kembang dan licin ( cream cheese tidak berketul )
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan whipping cream, susu pekat dan tepung ice cream vanilla. Putar sehingga adunan sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  6.  Ratakan adunan kek ke dalam loyang yang sudah dialas dan digris. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Tabur chipsmore, cashew nut mix, pistachio dan parutan cheddar cheese. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental. Buat sehingga lapisan ke 3.
  7. Lapisan ke 4, ratakan adunan kek kemudian susun coklat cadbury dan bakar.
  8. Untuk lapisan seterusnya ulang langkah 6 sehingga lapisan terakhir.


Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese

 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...