Friday, 6 June 2025

Kek Lapis Pinklava

Kek Lapis Pinklava
 
 
      Assalamualaikum & selamat pagi... Ni Kek lapis last untuk raya haji ni... Pasni nak jumpa resepi kek lapis pun raya puasa tahun depan laaa.... Untuk kek lapis ni aku guna butter La Belle D'andaine. Sedap gak butter ni. Bau pun best.. Wangi... Tapi bagi aku tak leh lawan butter golden churn laa... Hahaaa... Tu memang dah trademark kek lapis. Tahun ni aku test 2 jenis butter. Satu lagi butter farm fresh. Yang tu kurang tang bau laa... Bau dia macam tak menyengat... Kalau sapa-sapa rajin nak buat kek lapis boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye... Selamat hari raya semua....
 
 
Kek Lapis Pinklava

 
 Kek Lapis Pinklava
 C&P : Dapur Kitak

500 gram butter ( aku guna butter La Belle D'andaine )
100 gram gula
30 gram ovalet
500 gram cream cheese
10 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
400 gram susu pekat
100 gram coffeemate
100 gram tepung aiskrim mix plain
320 gram tepung pau
250 gram cheddar cheese
4 bungkus nabati pink lava(sebungkus berat 39 gram) - hancurkan
1 bungkus nabati cheese - hancurkan
100 gram coklat flake
75 ml warna putih
100 gram dairy whipping cream
1 sudu besar esen strawberry
warna pink secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul butter, gula kastor & ovalet sampai kembang. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga kembang.
  3. Satukan cream cheese dengan adunan butter tadi.
  4. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  5. Masukkan susu pekat & esen vanilla. Sebatikan.
  6. Masukkan coffee mate & tepung aiskrim. Sebatikan.
  7. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit sehingga habis. Sebatikan.
  8. Masukkan whipping cream. Sebatikan.
  9. Masukkan esen strawberry. Sebatikan.
  10. Masukkan warna putih. Sebatikan.
  11. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian 1800gm & 1 lagi 900gm. Bahagian 900gm letak warna pink secukupnya.
  12. Sapu bawah loyang 9×9×4 dengan marjerin & alas guna baking paper.
  13. Adunan warna putih 180gm setiap lapisan & letak 2 sudu makan wafel pink lava. Tabur cheddar cheese.
  14. Panaskan oven suhu 180C. Lapisan pertama bakar guna api atas & bawah. Bakar selama 8 minit.
  15. Lapisan kedua sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selama 8 minit suhu 150C.
  16. Lapisan warna pink 180gm setiap lapisan & letak 2 sudu makan wafel nabati cheese. Tabur chocolate flake pada setiap lapisan pink.
  17. Buat 2 lapisan putih, 1 lapisan pink, 2 lapisan putih, 1 lapisan pink. Buat sampai habis adunan.
 
 
Kek Lapis Pinklava

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...