Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni awal pulak aku update blog ni... Jarang la nak update awal-awal ni.... Hahaaa... Hari ni aku muncul dengan resepi tiramisu. Tiramisu ni antara dessert yang paling senang nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau modal lebih guna mascarpone cheese macam resepi ni. Kalau modal kurang guna cream cheese ja... Tapi bagi aku baik guna mascarpone cheese sebab dia tak rasa madam macam cream cheese. Mascarpone cheese & biskut ladyfingers ni pun susah jugak nak jumpa hari tu sebab ramai pakat dok buat tiramisu ni. Kalau sapa yang nak join buat tiramisu ni buleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...
Tiramisu
C&P : QLKitchen
4 biji kuning telur
100 g gula kastor
400 g keju mascarpone (pada tahap suhu bilik)
250 ml krim ‘heavy whipping’ or krim ‘double’
20 -24 ketul ‘ladyfingers’/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)
1 – 1 ½ cawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk
Serbuk koko untuk diayak
Cara-cara
- Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air mendidih.
- Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit sehingga campuran memekat dan licin.
- Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.
- Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacau dengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.
- Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar. Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusan yang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke dalam peti beku selama 10 – 20 minit sebelum memukul)
- Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.
- Untuk menyediakan Tiramisu, isikan dalam bekas yang bersesuaian dengan campuran krim mascarpone sehingga 1/3 penuh. Patahkan span berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akan menjadi telalu basah berkembang.
- Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
- Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.
NOTA TAMBAHAN
Jika anda lebih suka Tiramisu yang lebih tegar, larutkan 2 sudu besar
serbuk gelatin dengan 2 sudu besar air. Campurkan masuk bersama keju
mascarpone dan campuran kuning telur-gula.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...