Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali dengan kek birthday yang ke 36 tahun... Selamat hari tua la kannn... Hahahaaa... Kek ni aku buat seminggu sebelum birthday aku. Saja buat awal, tak kalut. Kalau ikutkan banyak dah aku google resepi tapi tak banyak yang kongsi. Kalau ikutkan aku nak buat yang versi ketuk-ketuk bahagian coklat tu. Tapi tak jadi buat sebab yang tu sesuai dalam bekas kecik-kecik. Macam dalam bekas tiramisu yang aku buat sebelum ni. Kalau buat versi ketuk-ketuk tu nanti payah nak potong. So, aku buat versi coklat ganache. Nanti bila rajin aku nak buat juga versi ketuk-ketuk tu. Macam best pulak... Untuk pistachio cheese tu dia rasa masam sikit. Mungkin sebab aku kurangkan whipping cream kot. Nanti nak try yang tak letak cheese. Cuma fresh cream & pistachio spread jaa... Untuk bahagian kunafa tu jangan tekan kuat sangat. Bila tekan kuat, adunan tu jadi mampat. Nak potong pun susah. Jadi macam aku. Susah nak potong. Pastu kek jadi comot. Kalau ada yang nak mencuba sila tengok resepi Kat bawah tu... Apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY TO ME.... Terasa tua di sini... Hahaaa... Byeee...
Kek Coklat Kunafa Pistachio
By Syapex Kitchen
Kek Coklat
Bahan A
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak jagung
Bahan B
1/3 cawan + 1 sudu besar tepung kek*
1/3 sudu kecil baking powder*
1/3 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]
Bahan C
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
- Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
- Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
- Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci. Ketepikan dan sediakan kunafa pistachio pula.
Kunafa Pistachio
100gm doh kunafa
25gm mentega
25gm kacang pistachio ( bakar & hancurkan )
150gm pistachio spread
Cara-cara
- Potong doh kunafa pendek-pendek supaya mudah goreng.
- Cairkan mentega dan goreng doh kunafa hingga keperangan dengan api kecil.
- Setelah doh kunafa keperangan, ketepikan dan biarkan sejuk.
- Satukan kunafa tadi dengan pistachio spread dan kacang pistachio. Sebatikan.
- Tuang atas adunan kek coklat. Tekan sedikit supaya padat. Ketepikan.
Pistachio Cheese
250gm cream cheese
4 sudu besar gula aising
100ml whipping cream ( pukul kental )
150 pistachio spread
1/2 sudu besar serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas ( cairkan )
1/2 sudu besar pistachio paste
Cara-cara
- Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
- Masukkan pistachio spread & pistachio paste. Putar sebat.
- Masukkan larutan gelatin dan putar.
- Masukkan whipping cream dan gaul rata.
- Tuang atas adunan kunafa pistachio.
- Sejukkan hingga adunan betul-betul set.
Chocolate ganache
200gm dark chocolate
100ml whipping cream
Cara-cara
- Satukan dark Coklat dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.
- Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas pistachio cheese.
- Sejukkan semalaman kek sebelum dipotong.
- Jika ada lebihah chocolate ganache, simpan dalam peti sejuk sehingga ganache keras. Kemudian paipkan keliling kek dengan coklat ganache menggunakan nozzle yang sesuai.
- Tabur keliling kek dengan kacang pistachio & coklat flakes...
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...