Friday 23 September 2022

Lotus Biscoff Brownies

Lotus Biscoff Brownies



        Assalamualaikum semua.... Buat apa petang-petang ni. Kalau tak buat  apa boleh la cuba buat biscoff brownies ni. Brownies ni aku buat dua minggu lepas. Kalau tanya ada lagi ka...? Memang dah lincin laa... Rasa brownis ni sedap jugak. Yang penting guna cip coklat semi sweet. Kalau tak nanti brownis ni rasa manis sangat... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.... 

Lotus Biscoff Brownies


Lotus Biscoff Brownies


200 gm dark chocolate
1/2  cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
3 biji telur
1/4 sudu teh garam ( xperlu kalau guna salted butter )
1 sudu teh vanila
1/2 cawan tepung naik sendiri ( diayak )
1/4 cawan serbuk koko ( diayak )
150gm cip coklat ( semi sweet untuk kurangkan manis )
100gm lotus biscoff
Biscoff spread secukupnya


Cara-Cara
  1. Double boil dark chocolate dengan butter. Sejukkan.
  2. Campur gula kastor, gula perang dan telur. Pukul hingga kembang menggunakan whisk ( tak perlu guna mixer )
  3. Bila campuran gula dan telur kembang, masukkan coklat cair tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko yang telah diayak. Kaup balik hingga sebati.
  5. Masukkan cip coklat dan biscoff. Gaul sebati ( sekejap sahaja ).
  6. Sediakan loyang saiz 8x8. Sapu loyang dengan butter. Alas dengan baking paper. Masukkan adunan brownies dan ratakan dengan cara menghentakkan loyang dua kali.
  7. Letakkan beberapa tompok sapuan biscoff dan lorek untuk mendapatkan corak.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit atau sehingga masak. Tunggu brownies sejuk sebelum diterbalikkan dan sedia untuk dipotong dan dihidang.

Lotus Biscoff Brownies

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...