Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak share satu lagi resepi dari FB Mr. Ali. Sebelum ni aku buat kek batik biscoff. Kali ni aku buat cheesecake pulak. Kalau nak buat cheesecake ni agak mencabar jugak sebab tak guna gelatin. So, kena biarkan betul-betul set baru boleh potong. Memang kena biar semalaman atau satu hari jugak la... Aku biar semalaman pun agak lembik bila biar dok dalam suhu bilik ni... Lepas ni kalau nak buat aku rasa kena tambah larutan gelatin untuk bagi dia kukuh... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
Cheesecake Chocolate Indulgence
C&P : Mr. Ali
OREO CRUST
100 g oreo crust ( satu packet oreo buangkan krim dulu. Nk hancur dengan krim sekali pun boleh tapi manis sikit )
40 g butter yg dicairkan
Cara-cara
- Hancurkan oreo halus2 lepas tu campurkan dengan butter yg dicairkan. Gaul2 masukkan dalam loyang bulat 7 inci. Ratakan. ( nk tebalkan lapisan oreo tambah lagi oreo n butter ok)
- Dah ratakan letak dalam peti sejuk 30 minit
LAPISAN CHEESECAKE CHOCOLATE
125 g dark chocolate
250 g cream cheese
125 g whipping cream
33 gram gula kastor
1 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil vanila essence
Cara-cara
- Cairkan dark chocolate dengan kaedah double boiler. Dah cair biar sejuk kejap.
- Pukul
cream cheese. Dah agak2 seminit dua, masukkan gula kastor, susu pekat manis, dan vanila essence. Pukul
sampai sebati
- Lepas
tu masukkan dark chocolate yg dicairkan tadi dalam adunan cream cheese
tu.. Gaul pakai spatula pun xpe. Gaul sampai sebati.
- Kemudian pukul pula whipping cream sampai kental.
- Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi dengan adunan cream cheese + coklat tadi.
Gaul sampai sebati dan tuangkan keatas lapisan oreo crust tadi. Sejukkan dalam 30 minit lagi.
CREAM CHEESE ( INDULGENCE)
250 g cream cheese
125 g whipping cream
33 gram gula kastor
satu sudu kecil essen vanila
Cara-cara
- Satukan cream cheese, gula dan esen vanila dan pukul dalam 3 minit.
- Kemudian masukkan whipping cream.
- Gaul sampai sebati.
- Tuangkan keatas lapisan cheesecake chocolate tadi.
- biarkan sejuk dalam 30 minit
CHOCOLATE GANACHE
125 g dark chocolate
125 g whipping cream
1 sudu mentega
Cara-cara
- Satukan dark chocolate dan whipping cream. Cairkan menggunakan kaedah double boiler.
- Masukkan mentega dan kacau pelan2 atas api yg perlahan.
- Dah agak2 pekat dan texture nampak creamy n berkilat boleh tutup api
- Biarkan dalam 10 minit baru tuang keatas lapisan indulgence tadi.
- Sejukkan semalaman ( sbb ni non-bake wajib semalaman)
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...