Friday 6 March 2015

Chocolate Lasagna



     Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Pagi-pagi ni saja nak tayang satu dessert yang sangat menggoda iman semua... Aku pun terus tergoda dengan benda alah ni... Aduhhh... Boleh lupa diri bila makan chocolate lasagna. Dah lama aku dok tengok resepi ni merebak kat facebook. Siap buat jualan bagai. Tapi letak dalam plastic container yang kecik-kecik tu. Mudah nak makan. Tapi aku pulak buat dalam bekas loose tin saix 8x8x3. Terima kasih kepada kak diana sebab dah tunjuk cara nak buat dessert yang best ni... Selamat mencuba...









Chocolate Lasagna
C&P : Diana
Loose tin 8x8x3


Bahan-Bahan A

36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali ) ( aku guna perisa vanila dan coklat )
6 sudu besar butter dicairkan


Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.





Bahan-Bahan B

200 gm cream cheese ( aku letak 250 gm )
1 cawan Non-dairy whipping cream
100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) ( aku letak 50gm )
2 sudu besar susu segar


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.






Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE COCONUT PUDDING )
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 tsp garam
3 cawan susu = Aku buat 1 cwn susu segar + 1 cwn susu cair + 1  cwn santan pekat
185 gm dark chocolate _ dicincang
1 tsp esen vanilla
1 tbsp serbuk koko _ Diana tambah


Cara-Cara
  1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit ).* Diana guna hand whisk .
  2. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.
  3. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  4. Sejukkan dan ketepikan.


** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.






Cara Melapis
  1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya.
  3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan.
  4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
  5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.









8 comments:

  1. Salam Syafiq,


    Whoa! Choc juga ada lasagna kan? Tak pernah dengar lagi. Nak buat jauh sekali sebab memang lah sangat tak rajin. I wish I am your neighbour hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa... kreatipp org skrg nii...
      kompem bdn naik bla berjiran...
      hahaaa...

      Delete
  2. waduhhhh mabelesnya.. terus terliur dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. syapex ni kalau buat apa mesti....aduhhhh....cantik terpikat jek org tengok.

    ReplyDelete
  4. Nyaman je lalu kat tekak....ngancam betul cok lasagna itew...

    ReplyDelete
  5. Coklat lapis-lapis keju. Fuh!

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya..ni buat dalam bekas apa.loyang yg boleh dibuka ke.dan kalau kita keluarkan dia x lembik ke.sbb sy nak buat sebagai kek harijadi.tapi risau akan lembik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bt dlm loyang 4segi yang bontot dia boleh keluarkn... sy bt xlmbik sgt... sbb bila kita potong dia xsememeh pn...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...