Saturday, 14 March 2015

Melty Hershey



     Assalamualaikum... Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua... Nampaknya cuti sekolah dah mula hari ni...  Mesti seronok bebudak sekolah sebab boleh bangun lewat kan... Huhuuu... Dulu-dulu aku pun macam tu jugak laa....Hahahaaa... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat melty hershey. Kalau ikutkan orang lain dah lama buat. Aku ni baru ja nak mencuba... Sangat ketinggalan zaman aku ni... Orang lain siap buat meniaga lagi... Tak pa la, lambat pun aku tetap nak mencuba juga kesedapan melty hershey ni... Bila tengok resepi kat google, ada macam-macam kaedah nak buatnya. Tapi aku ambik resepi ni kat kak ita dan olah sikit... Sikit ja, bukan banyak pun. Untuk melty hershey ni aku buat dua perisa. Satu blueberry dan satu chocolat... Sedap gilerrr... Nak-nak makan time musim panas ni... Mo kalau ada yang tergoda, boleh la cuba buat sendiri.... Bye... Selamat bercuti sekolah...






MELTY HERSHEY
Sumber : Kak Ita


Dasar Blueberry Melty Hershey

80g biskut marie
30g almond flakes - ramas kasar
50g mentega ~ cairkan

Cara-Cara
  1. Biskut marie di hancurkan
  2. Gaulkan bersama almond flakes dan mentega cair.
  3. Letakkan dalam bekas sebagai dasar




Dasar Chocolate Melty Hershey

150 gm biskut oreo
30 gm  cornflakes ~ ramas kasar
90 gm mentega ~ dicairkan 

Cara-Cara
  1. Campurkan biskut dan cornflakes
  2. Tambahkan mentega dan gaul rata
  3. Letakkan dalam bekas sebagai dasar






Ganache Coklat

150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
  4. Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
  5. Kacau hingga adunan licin dan berkilat
  6. Biarkan sejuk
  7. Sedia di gunakan





Resepi Cheese

250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
  2. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
  3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  4. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
  5. Pastikan krim keju pada suhu bilik.Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  6. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  7. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  8. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  9. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
  10. Kaup balik adunan hingga rata
  11. Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
  12. Masukan adunan kedalam piping beg





Kaedah Penyediaan

Blueberry Melty Hershey
-blueberry filling secukupnya
-cream cheese ( resepi di atas )

Chocolate Melty Hershey
-chocolate ganache ( resepi di atas )
-cream cheese ( resepi di atas )


  1. Untuk blueberry melty hershey, masukkan bahan dasar ke dalam bekas-bekas kecil dan ratakan. Picit adunan cheese. Kmudian masukkan blueberry filling dan picit sekali lagi adunan cheese. Hias dengan coklat parut dan buah strawberry
  2. Untuk chocolate melty hershey pun guna kaedah yang sama. Cuma ganti blueberry filling dengan chocolate ganache. Hias dengan biskut oreo, chocolate chip dan chocolate rice.
  3. Siampan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan








5 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...