Saturday, 2 August 2025

Banana Pudding

Banana Pudding

 
       Assalamualaikum & selamat pagi semua... Pagi ni aku nak share resepi banana pudding. Asyik dok lalu kat fyp tiktok aku ja. Buat je laa.. Hahaaa... Untuk banana pudding ni testur dia lembik. Bukan macam pudding biasa tu. Kalau nak keras aku rasa lepas ni tambah adunan gelatin kalau nak bagi pejal sikit. Resepi ni aku amek kat tiktok Mr.Ali. Ni resepi tahun 2023 kalau tak silap. Untuk resepi yang terbaru dia ada letak mascarpone cheese. Aku tak buat yang tu sebab makan modai... 😂😂😂😂😂 Kita buat yang biasa la dulu. Biskut pun tak guna biskut telur tu. Guna biskut tiger susu. Kalau ikut resepi mat saleh dia guna biskut nila ka apa tah. Sapa yang nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee... 
 
 
Banana Pudding

 
Banana Pudding
C&P : TikTok Mr.Ali
 
Bahan-bahan
 
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan air
3 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan setengah cawan air
3 biji telur kuning gred B
1/2 cawan gula
Sedikit garam & esen vanilla
350gm dairy whipping cream
1 sudu makan susu pekat
7-8 biji pisang
Biskut secukupnya ( guna biskut tiger susu ) 
 
Cara-cara
  1. Masukkan susu segar, gula & air dalam kuali. Sebatikan baru hidupkan api perlahan.
  2. Sebatikan kastard yang sudah dibancuh bersama-sama telur kuning & masukkan perlahan lahan di dalam kuali.
  3. Kacau sebati. Jangan berhenti kacau sampai adunan mendidih. Anggaran kacau selama 15-20 minit pada api perlahan.
  4. Matikan api & pindahkan kedalam bowl. Bagi suam dulu & sejukkan kastard ni selama 3 jam.
  5. Pukul dairy whipping cream & susu pekat hingga kental. Sebatikan kedalam kastard yang kita dah sejukkan tadi.
  6. Boleh mula susun pudding. Mula-mula letak kastard - biskut yang dihancurkan - pisang - kastard. Ulang 2 - 3 kali mengikut citarasa masing-masing.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. 
 
 
Banana Pudding

 
 
Banana Pudding

Friday, 25 July 2025

Loaded Potato Bowl ala KFC

Loaded Potato Bowl ala KFC


      Assalamualaikum semua. Petang ni aku nak share resepi loaded potato bowl. Dok lalu kat fyp tiktok orang dok tayang aku pun teringin la nak rasa. Bahan pun tak banyak mana. Yang kat KFC pun aku tak pernah beli rasanya seingat aku la. Sebab aku tak ingat rasa dia macam mana. Bila dah buat tu sedap rupanya rasa dia. Aku cuma tak letak banyak sos cheese tu sebab sos cheese yang aku guna tu rasa agak masin. Sapa-sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
Loaded Potato Bowl ala KFC

 
 
LOADED POTATO BOWL ALA KFC
C&P : Tyra Manan ( MAHN )

BAHAN MASHED POTATO

Kentang - 1kg
Butter - 100g (potong dadu)
Whipping cream - 100ml
Air - 50ml (ni bukan untuk rebus kentang tau)
Black pepper
Garam secukup rasa 

CARA-CARA :

  1. Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Lepastu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair.

BAHAN AYAM 

Ayam dada - Potong dadu
Tepung bestari

CARA-CARA 

  1. Bancuh tepung dengan air lepastu goreng la dalam minyak panas.

BAHAN TOPPING

Jagung rebus
Cheese yang dibancuh dengan air panas
Mayonis

*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit. 

 
CARA NAK LETAK DALAM BOWL
  1. Memula letak mashed potato tu pastu letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato & ulang step tadi ikut korang nak berapa layer.
  2. Last sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis. Ok settle dah boleh makan!
 
 
Loaded Potato Bowl ala KFC


 
Loaded Potato Bowl ala KFC

Monday, 21 July 2025

Nangka Cheesecake


Nangka Cheesecake


      Assalamualaikum semua.... Hari ni nak share resepi cheesecake pulak. Kali ni aku guna buah nangka. Sedap jugak bila nangka ni buat cheesecake. Nak sedap guna nangka yang baru masak. Nanti dia tak lembik sangat. Guna yang crunchy lagi best. Bila gigit dapat rasa texture nangka tu. Kalau guna yang masak ranum takut dia nak masam. Kecuali hangpa boleh habiskan dalam masa sehari cheesecake tu. Ni aku guna nangka kat rumah aku. Baru belajaq buah. Mak aku bela dia dari anak biji sebab dia tumbuh sendiri. Tak sangka nak berbuah walaupun anak biji. Selalu beli pokok anak kawin. Buah dia tak besar mana pun. Nak bagi kat jiran pun tak cukup. Sebab tu aku test buat cheesecake ni. Untuk base cheesecake ni aku tak guna biskut, aku guna kek span. Resepi ni aku gabung dari resepi dari blog² lain. Guna apa yang ada... Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
 
 

Nangka Cheesecake


Nangka Cheesecake
By : Syapex Kitchen
 
Untuk Base ( aku ganti kek span )
100g biskut merie or digestive
50g butter - cairkan
 
 Cara-Cara
  1.  Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform atau cake ring 6 inci.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.

 

Nangka Cheesecake

 
Cheesecake
 
250g cream cheese
200ml whipping cream
90g gula
8g gelatin + 30ml air panas
sedikit potongan nangka

Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Ketepikan. Pukul whipping cream hingga kental. Satukan dengan adunan cream cheese. Sebatikan.
  2. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Gunakan spatula, masukkan buah nangka yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.

   

Nangka Cheesecake


Jelly Nangka
 
100gm nangka + 100ml air ( kisar jadi paste )
Nangka di dadu kecil secukupnya
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula

 
Cara-cara
  1. Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
  2. Satukan nangka yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana.
  3. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  4. Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah masukkan nangka yang didadu kecil dan gaul rata.
  5. Tuangkan jelly ni atas kek.
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.
  7. Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan.
  8. Kek ni sangat enak di makan dingin.

 

Nangka Cheesecake


Biscoff Cake

Biscoff Cake
 
 
     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek biscoff pulak. Aku buat kek biscoff ni pun sebab nak habiskan biscoff spread yang aku guna buat kek lapis masa raya haji har tu. Guna sikit ja. Mula-mula ingat nak buat coklat kunafa biscoff. Macam tak sedap pulak. So cari la resepi. Jumpa kat you tube. Tapi aku olah sikit. Kat cream tu aku tak guna biscoff spread, aku ganti dengan serbuk biscoff yang dah kisar hancur. Bagi aku kek ni agak manis sebab aku guna banyak biscoff spread. Guna banyak pun sebab nak habiskan. Malas nak simpan...😅😅😅😅 Sapa suka biscoff sila la cuba...
 
 
Biscoff Cake

 
Biscoff Cake
C&P : You Tube Mintea Cake
 
4 biji telur gred A
100gm gula perang
120gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder
30ml susu segar
30 ml minyak jagung
30gm biskut biscoff ( hancur lumat )
 
 
Cara-Cara
  1. Satukan telur dan gula perang. Pukul hingga kembang selama 5 minit menggunakan speed perlahan dan naikkan speed kuat.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik sehingga habis.
  3. Satukan minyak dan susu. Kemudian ambil sedikit adunan tepung tadi dan gaul rata. Kemudian tuang adunan tersebut dalam adunan tepung tadi. Kaup balik sehingga sebati. Kemudian masukkan biscoff yang dihancurkan dan ratakan
  4. Bahagi adunan sama banyak kepada 4 bahagian dan tuang dalam loyang saiz 6 inci.
  5. Bakar pada suhu165C° selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Biscoff Cake

 
Biscoff Cream
 
300 ml fresh cream
70gm biskut biscoff ( hancurkan hingga halus ) 
 
Cara-Cara
  1. Pukul fresh cream hingga kental.
  2. Masukkan serbuk biscoff dan ratakan.
  3. Masukkan dalam piping bag dan sedia digunakan
 
 
Biscoff Cake

 
Cara melapis kek
 
Biscoff spread secukupnya
Biskut biscoff secukupnya
Fresh cream secukupnya


Cara-Cara
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Ratakan biscoff spread. Paipkan biscoff cream dan ratakan. Letak sekeping kek atas biscoff cream.
  2. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Salut seluruh kek dengan baki biscoff cream.
  4. Boleh salute keliling kek dengan biskut biscoff yang dihancur kasar. Tuang biscoff spread yang telah dicairkan atas kek. Paipkan fresh cream keliling kek dan susun biskut biscoff.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 
 
 
Biscoff Cake

 
 
Biscoff Cake