Selamat petang semua. Hari ni aku nak kongsi satu rsepi yang first time aku buat. Resepi ni pun aku copy kat DTS. Resepi untuk roti tu aku kekalkan, cuma tukar tang inti. Kalau nak tengok resepi asal klik kat sini. Meh kita pakat cuba....
Bahan-Bahan
-50gm gula
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar susu tepung
-1/4 sudu teh bread improver
-1/4 sudu teh bread softerner
-30gm telur [ pecah, kacau dan timbang ]
-6gm instant yeast
-20gm shortening
-125ml air suam
Bahan Taburan
-1 1/2 sudu besar mentega dicairkan
-3 sudu besar gula perang
-1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan coklat chip
Bahan Hiasan
-badam hancur
Cara-Cara
- Untuk doh, larutkan yis dalam air suam. Biar berbuih. Satukan semua bahan kecuali shortening. Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan shortening dan terus menguli sehingga mendapat doh yang kenyal dan anjal. Bulatkan doh dan letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih selama 45 minit.
- Selepas 45 minit, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Tekan dan canai sehingga menjadi empat segi ( tabur tepung jika melekat ). Sapu dengan mentega cair dan tabur gula perang diikuti kismis dan coklat chip. Gulung seperti swiss roll. Gulung ketat-ketat. Potong dengan pisau tajam.
- Isi potongan dalam paper cup 4 inci. Tekan sedikit, biar leper. Peram selama 45 minit lagi. Sapu telur ( baki 30gm ) dan tabur dengan badam hancur. Bakar pada 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven, sapu dengan mentega cair. Biar sejuk, sedia dihidangkan.
nampak hangit sikit, tapi tak pa, sedappp....!!
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...