Wednesday, 16 October 2024

No Bake Cream O Cheese Cake

No Bake Cream O Cheese Cake



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak update resepi no bake cream O cheese cake. Rasa dia lebih kurang macam Oreo cheese cake ja... Tapi bagi aku macam cream O ni lagi sedap dari Oreo tu. Ye la dah bertahun dok hadap Oreo, lama-lama buleh jemu jugak.. Di sebabkan kita masih ingat sedara seislam dengan kita kat Palestine tu, boleh la kita beralih ke biskut cream O ni.... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi ni boleh tengok kat bawah tu....


No Bake Cream O Cheese Cake



No Bake Cream O Cheese Cake

Lapisan bawah

12 biji biskut cream O
2 sudu besar butter


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut cream O bersama dengan intinya. Ketepikan.
  2. Cairkan butter kemudian tuang kedalam biskut cream O yang telah dihancurkan. Gaul rata.
  3. Tuang adunan cream O kedalam cake ring atau loyang springform bersaiz 6 inci.
  4. Ratakan dan tekan dengan sudu.
  5. Simpan dalam peti sejuk.



No Bake Cream O Cheese Cake



Cream O cheese cake

250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 sudu besar gelatin ( cairkan dengan 2-3 sudu besar air panas )
200ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanila
6 biji biskut cream O ( dipatahkan )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama susu pekat dan esen vanila sehingga sebati menggunakan mixer.
  2. Kemudian masukan adunan gelatin yang telah cair tadi. Mix sekejap.
  3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul dengan kental. Kacau sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
  4. Masukkan cream O yang telah dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sekejap sahaja.
  5. Tuang adunan kedalam loyang yang disejukkan dalam peti ais tadi. Ratakan kemudian simpan semula dalam peti sejuk supaya beku.
  6. Bila kek dah beku keluarkan dari loyang. Boleh paipkan fresh cream atas kek dan susun biskut cream O keliling kek.
     



Sunday, 13 October 2024

Carrot Cake

Carrot Cake



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak update resepi carrot cake pulak. Ni adalah kek yang aku paling suka selain kek coklat & red velvet. Kalau buat carrot cake aku tak suka letak serbuk buah pala atau serbuk kulit kayu manis. Tapi kalau yang beli aku tak kisah sangat tapi jangan bau dia terlampau kuat... Memang lambat habis la kek tu.... Bila dah buat sendiri tak yah la bubuh... Lagi satu aku suka carrot cake ni sebab ada rasa lemak-lemak kekacang tu... Uhhah... Sedapnya... Untuk resepi ni aku ada tambah nenas dalam tin. Kalau sapa-sapa tak suka nenas tu tak yah la bubuh... Sapa-sapa yang nak mencuba buleh tengok resepi kat bawah tuu...


Carrot Cake



Carrot Cake

Bahan-bahan
1 1/4 cawan parutan carrot
2 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran ( aku guna minyak masak )
1/2 + 1/4 cawan gula putih ( aku guna gula perang )
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis ( aku xletak )
1/2 sudu teh serbuk buah pala [ nutmeg ] ( aku xletak )
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
1/2 cawan nenas tin [ potong kecil ] ( aku tambah )
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot, nenas tin dan kacang pecan. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek.
  6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak. Untuk buat 3 lapisan kek boleh bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang dalam 3 loyang bersaiz 6 inci dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
     


Carrot Cake



Cream Cheese Frosting

125 gm krim keju, pada suhu bilik
125 gm keju Mascarpone, pada suhu bilik ( boleh diganti dengan krim keju )
1/2 tsp asen vanilla
1/2 cawan gula aising, diayak
200 ml whipping cream
 
Cara-cara
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Siap.
     

 

Carrot Cake



Cara melapis kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting dan ratakan.
  2. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga kek yang ketiga.
  3. Ratakan seluruk kek dengan baki cream cheese frosting.
  4. Boleh lekatkan tepi kek dengan kacang pecan yang telah dicincang kasar.
  5. Paipkan keliling kek dengan lebihan cream cheese frosting menggunakan nozzle kesukaan anda. Tabur nenas tin yang dipotong kasar dan dilap dengan tisu supaya tidak berair disekeliling kek.
  6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.


Carrot CakeCarrot Cake

Thursday, 10 October 2024

Russian Black & White Chocolate Cake

Russian Black & White Chocolate Cake


    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi kek yang tertangguh masa cuti sekolah bulan 9 hari tu. Ni baru sempat nak update. Russian Black & White Chocolate Cake fames masa awai-awai aku buat blog dulu. Aku pernah buat dah dulu tapi versi empat segi. Resepi boleh tengok kat sini. Yang versi bulat ni aku buat separuh adunan guna loyang 6 inci. Pastu kek tu aku tak kukus, aku bakar. Bila aku buat separuh aduan, cream aku buat separuh jugak... Tak cukup baq hianggg... Kena tambah sikit lagi. Tak cukup sebab aku buat 4 lapis rasanya. Kalau 3 lapis mesti cukup punya... Resepi kat bawah ni resepi full tau. Kalau nak buat separuh adunan macam aku sila separuhkan adunan yerrr..... Lagi satu tolong doakan kami kat sini banjir cepat surut nahhh... Walaupun rumah aku banjir, tapi kawasan kami tak sampi sehari pun dah surut. Setengah tempat ada yang 3 hari dah... Ada tempat yang banjir teruk sangat. Harap-harap hujan tak turun lagi... Kesian mangsa banjir...


Russian Black & White Chocolate Cake



Russian Black & White Chocolate Cake

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus - hana letak 210 jer
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
  1. Ayak bahan yang bertanda *.
  2. Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  5. Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  6. Sejukkan.
     
NOTA TAMBAHAN
  1. Kek ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat atas tu. Kek ni aku tak kukus, bakar. Guna 4 biji loyang 6 inci dan bakar lebih kurang 35 minit atau sehingga masak.

Russian Black & White Chocolate Cake




COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos
2 sudu besar butter


Cara-cara
  1. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  2. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  3. Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 
NOTA TAMBAHAN
  1. Sebab kek aku buat separuh adunan, coklat ganache pun aku buat separuh adunan. Pastu kena tambah sikit lagi sebab tak cukup.

Russian Black & White Chocolate Cake



 
COFFEE CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)


Cara-cara
  1. Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

NOTA TAMBAHAN
  1. Sebab kek aku buat separuh adunan, coffee cream cheese pun aku buat separuh adunan. Pastu kena tambah sikit lagi sebab tak cukup.

Russian Black & White Chocolate Cake




CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  1. Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan ( sebab aku dah bakar kek secara berasingan 4 biji, tak payah dah potong )
  2. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk linkaran secara berselang seli.
  3. Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Simpan sekejap dalam peti sejuk supaya cream cheese keras.
  4. Akhir sekali salut seluruh kek dengan baki coklat ganache.
  5. Hias kek memgikut kesesuai anda.
  6. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.



Russian Black & White Chocolate Cake

Tuesday, 8 October 2024

Marble Butter Cheese Cake

Marble Butter Cheese Cake



    Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Malam ni aku nak update resepi kek marble pulak... Sepatutnya aku share resepi lain, tapi sebab dok tangguh banyak hari, aku update resepi ni dulu laaa... Yang dok bertangguh tu sebab la ni dok kalut pasai banjir. Dah berapa minggu kampung aku ni nak banjir. Akhirnya hari ni masuk jugak banjir tu... Bulan lepas dua kali dah nak masuk banjir tapi Allah tak bagi lagi. Hari ni masuk jugak air banjir tu... Kalau ikutkan tak teruk mana pun sebab aku dah prepare awai-awai. Depa dok habaq kata ni musim banjir. So, kami simpan siap-siap la barang-barang yang penting. Tadi air masuk sat ja dalam rumah. Masuk dalam 5 pagi lebih. Pastu betul-betul surut dekat pukul 11 lebih. Nak cuci pun tak teruk sangat sbab bukan air lumpur... Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share resepi kek marble yang ada cheese... Sedap tau... Ikutkan aku malas nak buat kek marble ni sebab kalau aku buat selalunya kek tu akan merekah. Tak tau pasai apa....  Untuk resepi ni aku buat separuh adunan ja sebab bahan mentah pun ada sikit. Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuuu.... Nanti bila aku rajin aku share la resepi yang aku dok tangguh tuuu... Byeee....
 

Marble Butter Cheese Cake



Marble Butter Cheese Cake 
C&P : Norashikin Rahmat ( cookpad )
 
Bahan A
125 g pure butter
50 g cream cheese
1/2 sudu besar ovalet
115 g gula castor
Secubit garam
 
Bahan B
3 biji telur gred A
125 g tepung naik sendiri - diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko
 
 
Cara-cara
  1. Putar bahan A sampai gebu ( lebih kurang 10 minit )
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil putar. Putar sampai betul-betul kembang.
  3. Masukkan esen vanilla, tepung dan garam berselang seli sambil teruskan memutar adunan sampai sebati dengan speed perlahan.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian plain satu lagi campurkan dengan serbuk koko dan gaul sebati.
  5. Isikan sesenduk adunan plain kemudian letak pula sesenduk adunan koko diatasnya. Ulang langkah ni berselang seli sampai semua adunan habis.
  6. Hentakkan loyang 2,3 kali untuk menghilangkan gelembung udara. Masukkan kedalam oven. Bakar suhu 160c - 170c selama 45minit - 1 jam ikut kesesuaian oven masing-masing. Setelah kek masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan diatas redai sebelum dipotong.


Marble Butter Cheese Cake