Friday, 31 March 2023

Agar-agar Sagu Bunga Telang

Agar-agar Sagu Bunga Telang


        Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni hari ke 9 kita berpuasa. Macam mana cuaca kat tempat hangpa...? Kat sini macam biasa la, panas lit-lit... Panas-panas pun masih boleh bertahan lagi... Panas-panas ni aku nak share resepi agar-agar la... Boleh buat hilang rasa panas tu... Resepi ni guna bunga telang untuk warnakan biji sagu tu... Kalau letak banyak bunga telang tu rasanya lagi terang. Kat rumah aku ni bunga telang tak berapa kembang... Aku bubuh banyak mana yang ada laa... Kalau nak mencuba resepi ni boleh tengok kat bawah tu... Byeee...
 
 

Agar-agar Sagu Bunga Telang



Agar-agar Sagu Bunga Telang
C&P : FB Faiz Faizal

1 pek serbuk agar-agar cap burung yang plain
200ml santan kotak
300ml susu cair
400ml air
6 sudu besar gula pasir
secubit garam
50gm sagu
800ml air
10 kuntum bunga telang ( aku letak lebih )


Cara-cara
  1. Didihkan air 800ml bersama bunga telang. Buang bunga telang.
  2. Masukkan sagu, kacau selama sepuluh minit. Matikan api. Tutup periuk. Biar 15 minit atau hingga sagu jernih. Sejat.
  3. Lalukan dibawah air paip. Ketepikan.
  4. Masak agar-agar dengan 400ml air hingga larut. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
  5. Tuangkan susu dan santan. Kacau sebati dengan api sederhana.
  6. Tutup api. Masukkan sagu dan kacau sebentar. Tuang dalam loyang. Biarkan sejuk sebelum simpan dalam peti sejuk.


Agar-agar Sagu Bunga Telang

Wednesday, 29 March 2023

Bingka Pandan

Bingka Pandan



      Assalamualaikum dan selamat petang semua..... Masak apa petang ni untuk berbuka.... Mesti masak yang best-best kannn.... Tapi bagi aku waktu berbuka puasa ni nampak air ja.... Nak-nak sekarang ni cuaca panas sangat. Hari ni pun panas terik kat perlis ni.... Petang ni ada jugak nampak mendung kat langit tu... Guruh pun ada bunyi jugak. Harap-harap turun la hujin hari ni. Walaupun sikit. Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share resepi bingka pandan pulak... Lama tak buat bingka pandan ni. Nak buat bukan payah pun. Adun semua bahan, pastu bakar... Siap... Nak sedap, bahagian atas tu bakar lama sikit... Baru la umpphhh... Selamat mencuba... Byee...

Bingka Pandan


Bingka Pandan
C&P : Aznie Khasri ( cookpad )

2 biji telur ( A )
1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan air perahan pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit bijan putih
sedikit bijan hitam


Cara-cara
  1. Blenkan semua bahan-bahan atau sebatikan sahaja semua guna whisk. Kemudian tapis.
  2. Tuang kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  3. Taburkan bijan diatasnya.
  4. Bakar pada suhu 180C selama satu jam atau sehingga masak.


Bingka Pandan

 

Monday, 27 March 2023

Agar-agar Ribena Laici

Agar-agar Ribena Laici

         Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni hari ke 5 kita berpuasa.... Kami kat perlis ni dugaan panas yang agak terik la kalau nak di bandingkan dengan hari-hari sebelum ni.... Sangat mencabar berpuasa kali ni... Cuaca kat sini tengah panas kering. Tapi nasib baik la ada jugak angin yang dok bertiup... Kalau tak berasa berkuap juga laaa.... Untuk nak hilangkan rasa panas tu apa kata cuba resepi agar-agar ni... Sedap tau ada rasa ribena & laici. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...


Agar-agar Ribena Laici


Agar-agar Ribena Laici
C&P : Sesimple Loralin ( cookpad )

10gm serbuk agar-agar
1/4 cawan gula
1 tin laici dalam tin ( asingkan air dan buahnya )
100ml kordial Ribena
air ( air kosong ditambah bersama air buah laici + kordial ribena menjadi total 700 - 800 ml )


Cara-cara
  1. Larutkan serbuk agar-agar bersama gula, air dan air buah.
  2. Masak agar-agar sehingga mendidih.
  3. Ratakan buah laici dalam bekas / acuan. Tuangkan larutan agar-agar. Sejukkan ke suhu bilik, barulah disejukkan dalam peti.


Agar-agar Ribena Laici

 Agar-agar Ribena LaiciAgar-agar Ribena Laici

Saturday, 25 March 2023

Puding Sedut

Puding Sedut


    Assalamualaaikum dan selamat petang.... Masak apa untuk berbuka nanti.... Hari ke 3 berpuasa ni aku nak share resepi puding sedut pulak.... Sangat sedap hirup puding sedut ni di kala panas-panas ni.... Sabar-sabar.... Kejap ja lagi nak berbuka.... Puding ni aku pernah buat dah dulu tapi aku tak post kat blog. Aku cuma buat satu warna ja... Saja nak test... Sangat sedap. Rasa dia macam dadih lembut yang lalu kat tekak tu.... Kalau nak buat versi berlapis kena ada kesabaran sikit. Ni aku buat kurang kesabaran. Sebab tu ada nampak warna dia bercampur. Boleh la kalau tengok hasil kejadian dia... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee... Selamat berbuka puasa semua.....

Puding Sedut


Puding Sedut
 
 1 sudu kecil serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
1 cawan susu cair
1 cawan creamer / coffeemate / susu tepung
pewarna dan perisa yan di sukai


Cara-cara
  1. Satukan serbuk agar-agar, air, gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
  2. Masukkan susu cair dan creamer, kacau sehingga mendidih.
  3. Tambahkan pewarna dan perisa yang di sukai.
  4. Untuk membuat puding berlapis, asingkan kepada 2-3 mangkuk dan masukkan pewarna dan perisa yang di sukai. Biarkan agar-agar suam terlebih dahulu sebelum dilapis. Jika beku, panaskan semula di dalam microwave atau panaskan di atas dapur.
  5. Untuk menikmatinya, kocok puding dan sedut dengan straw.

Puding Sedut

Thursday, 23 March 2023

Soda Herb

Soda Herb


    Assalamualaikum semua.... Macam mana hari pertama puasa....? Aku kat sini sebelum pukul 12 tu agak panas jugak. Pastu dia mai mendung. Hilang sikit hangat tu walaupun hujan turun sikit. Kalau tak sebelom ni panas lit-lit orang perlis kata. Walaupun cuaca tak berapa panas, aku nak share resepi yang sangat sedap dan best untuk buat berbuka nanti. Air ni dah lama viral. Cuma aku ja lambat buat. Bagi aku rasa dia sangat sedap. Ada rasa masin-masin asam boi. Ada bau lemon tapi tak rasa masam sebab kita tak perah buah tu. Pastu ada bau daun pudina yang segar tu. Serai tu tak bau sangat pun.. Mmmmm... Dapnya... Aku buat air ni pun sebab kat rumah aku ada daun pudina. Jarang guna. Serai pun ada. Boleh la buat. Cuma lemon ja tak tanan. Kalau tak boleh guna lemon sendiri. Jangan marah aku share resepi air waktu ni.... Apa-apa pun selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia... Byeee...


Soda Herb


Soda Herb
 
 
1 botol air ice cream soda - botol besar
1 tin laici - ambil buahnya sahaja
2 batang serai - di titik
daun pudina - terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon - di hiriis nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya


Cara-cara
  1. Cuci semua bahan dengan bersih.
  2. Hiris lemon nipis-nipis.
  3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
  4. Letakkan daun pudina secukupnya.
  5. Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris nipis.
  6. Masukkan asam boi putih
  7. Kemudian masukkan buah laici.
  8. Tuangkan air ice cream soda secukupnya.
  9. Letakkan ketulan ais jika suka.
  10. Akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya.
  11. Sedia dinikmati.


Soda HerbSoda Herb