Thursday, 14 June 2018

Kek Lapis Hati Tertarik



      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ni adalah kek lapis versi bakar yang terakhir untuk raya ni... Kek ni boleh tahan jugak rasa dia... Ala-ala makan teh tarik tau... Bukan minum teh tarik, tapi makan teh tarik... Bau pun agak wangi... Menusuk kalbu... Sapa-sapa yang minat dengan teh tarik patut cuba resepi ni.... Selamat mencuba...




Kek Lapis Hati Tertarik
C&P : FB RMK

16 oz mentega
10 biji telur
2 gelas tepung hong kong
1 gelas gula halus
5 sudu makan susu manis
1 sudu makan ovelatte
1 sudu teh baking powder
50 gm tepung susu
50 gm coffee mate
5 bungkus teh tarik pekat
800 ml air panas
8 sudu makan teh serbuk lipton

*bancuh teh serbuk dengan air panas. Jadikan sebanyak 400 ml air teh pekat. Biarkansejuk...

Cara-Cara
  1. Pukul telur dengan gula sampai putih dan pekat. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul mentega, ovelatte dan susu sampi putih
  3. Bila dah putih, masukkan bancuhan telur tadi. Gaul rata. Kemudian masukkan tepung, baking powder, coffee mate, tepung susu dan serbuk teh pekat. Gaul rata.
  4. Masukkan air teh. Gaul rata dan sebati
  5. Jika suka boleh dibahagi dan diwarnakan ikut citarasa masing-masing
  6. Bakar selapis-selapis. Kepanasan 150C.




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...