Assalamualaikum... Selamat pagi semua.... Hari ni gigih aku update resepi awal-awal pagi.... Huhuhuu... Ni adalah kek lapis yang ketiga untuk raya nanti... Dan yang last sekali. Kalau ikutkan ada satu lagi kek lapis yang aku buat... Disebabkan tak berapa nak jadi, aku pun tak jadi nak share la kat sini... Berbalik pada resepi kek lapis ni, bila tengok-tengok rupa dia macam kek lapis idola yang aku buat tahun lepas. Yang bezanya kat bahagian tengah tu ja... Lapis idola tu letak milo, tapi yang ni letak serbuk oreo... Sedap ooo... Mesti cuba tau... Sempat lagi sebelum nak raya nii....
By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8.5"/9" persegi
BAHAN2 A:
10 bj Telur
16oz Mentega
1 gelas Gula Kastor (I'll add more next time)
1/2 gelas (60g) Tepung Hongkong#1
1 cwn Susu Pekat
1 cwn Sekaya
200g Horlicks
1 sb Ovalet
BAHAN B:
1/2 gelas (60g) Tepung Hongkong#2
BAHAN2 C:
1 gelas Tepung Biskut Oreo (ketepikan krim, blend biskut sehingga halus sukat)
50g Cocoa Powder
100g Coklat - cairkan
CARA2
- Putar kesemua bahan2 A, kecuali mentega, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang 2x ganda. Masukkan mentega & putar lagi sehingga sebati.
- Asingkan 6 cwn kecil, campurkan bahan B sehingga sebati. Bahagikan kepada dua bahagian.
- Adunan selebihnya di campur dgn bahan2 C sehingga sebati.
- Ratakan 1 cwn kecil bahagian tidak berwarna & grill dgn api atas sahaja sehingga perang. Lakukan sehingga tiga lapisan.
- Ratakan 1 cwn kecil adunan Oreo & grill dgn api atas sahaja sehingga masak. Ulangi sehingga habis kesemua adunan Oreo.
- Ratakan 1 cwn kecil bahagian tidak berwarna & grill dgn api atas sahaja sehingga perang. Lakukan sehingga tiga lapisan.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...