Tuesday, 29 March 2016

Heavenly Milo & Oreo Jelly



    Assalamualaikum.... Sungguh panas sekarang ni kan... Tambah-tambah kat perlis ni... Sampai sekolah pun kena tutup... Disebabkan musim panas ni memang nak makan yag sejuk-sejuk saja... So aku pun buat la agar-agar ni... Memang sedap bila dapat layan masa musim panas ni... Meh kita layan resepinya...

  




Heavenly Milo & Oreo Jelly
C&P : Along Roz
Loyang bulat 8'' 

BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...