Monday, 8 February 2016

Tart Nenas Rosalinda Dan Selamat Tahun Baru Cina



     Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Hmmmm... Macam mana nak mula ye.. Ntah la... Sekarang ni mood nak update blog selalu hilang... Yang ada penyakit MALAS jer.... Pening-pening... Apa-apa pun aku gagah juga... Kita lawan penyakit malas tu... Maka jadila biskut ni... Nampak cun tak...? Ok la kan... Tangan ni bukannya berseni sangat... Nak menghadap biskut ni pun jemu...Nak lukis satu-satu... Nasib baik aku buat separuh adunan... Dulu pernah buat sekali masa hari raya... Kali ni sempena Tahun Baru Cina gigih la aku buat... Konon-konon satu Malaysia... Huhuu... Kalau nk tengok versi satu lagi, klik kat sini. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya...




Tart Nenas Rosalinda
C&P : Kak Wan


Bahan-bahan
250gm mentega
40 gm gula kaster
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
Jem Nenas Siapguna boleh di beli di pasaraya gentel bulat



Cara-cara
  1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang diayak. uli hingga adunan tidak melekat di jari.
  3. Canai antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang di sukai. Letak jem nenas di tengahnya.
  4. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 1520 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
  5. Untuk menghias, picit royal aising putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit bentuk bunga kecil, picit royal aising hijau untuk daun.



Royal Aising

1 biji putih telur
1 cawan gula aising ayak
1 sudu teh jus lemon
pewarna hijau & merah
Nozzle daun, nozzke no1 utk bunga dan piping bag


Cara-cara
  1. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula aising dan jus lemon, putar hingga sebati dan kental.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang diingini, satu warna asal dan 2 bahagian lagi untuk daun dan bunga. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di picit dengan nozzle.






2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...