Friday, 24 April 2015

Kek Pandan Kelapa



   Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku nak update satu resepi kek yang sangat mudah... Kalau tengok memang macam kek orang dulu-dulu... Ye la, bahan yang guna pun senang nak dapat... Rasa pun sedap. Lemak-lemak kelapa pandan gitu... Kek ni sebenarnya aku buat bulan lepas lagi... Hari ni baru sempat nak tayang kat sini... Ok la, meh kita tengok resepinya...





Kek Pandan Kelapa

Bahan-bahan
125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering


Cara-Cara
  1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
  3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
  4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
  5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
  6. Selamat Mencuba! :)






3 comments:

  1. hijau betul kek tu... menarik perhatian

    ReplyDelete
  2. Salam dik. Sedap ni...nampak gebu sangat. K.Fiza suka kek style ni. Bahan-bahan pun mudah nk dapat .

    ReplyDelete
  3. hamboii.. hijo memikat betul ..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...