Tuesday, 16 December 2014

Apam Susu



     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak update n3 yang tertunggak dekat dua minggu dah... Lamakan... Hihiii... Tap pa la, janji aku sempat update... Untuk n3 kali ni aku nak share satu  resepi yang menjadi fenomena kat facebook sebelom ni. Ramai yang dok cerita pasal kesedapan dan kegebuan apam susu ni... Memang betol apa yang depa dok kata tu. Memang gebu dan sedap. Makan waktu petang ditemani dengan secawan teh O memang mengasyikkan... Boleh makan berkeping-keping okkk... Apam aku ni ada problem sikit. Jadi banyak rongga udara. Besar-besar pulak tu. Heran jugak. Padahal sebelom aku kukus aku dah hentak-hentak sikit loyang tu untuk buang udara dalam adunan... Jadi tak berapa lawa bila potong sebab nampak lubang-lubang kosong.. Tapi seb baik rasa sedap... Untuk rasa apam ni aku letak coklat dan pandan emulco. Nak letak rasa apa-apa pun boleh... Ikut rasa tekak anda... Terima kasih kepada penyumbang resepi niii... Ok la, sampai sini dulu... Byee...






APAM SUSU
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy
C&P : Kak Ita

-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-4 biji telur
-1 cawan gula halus
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar ovellete
-4 sudu besar susu pekat manis
-4 sudu besar minyak jagung
-Pewarna yang di sukai
-Perasa


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  4. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata
  6. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  7. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit ( tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam )
  8. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk




Thursday, 11 December 2014

Terima Kasih AROMA



     Assalamualaikum semua... Sihat ke...? Lama tak jenguk blog ni... Hari ni curi masa sikit nak letak satu N3 yang sangan mengejutkan lagi memeranjatkan... Hihiii... Tak sangka plak blog aku ni boleh keluar dalam majalah AROMA... Syukur sangat. Ye la, kalau ikutkan blog aku baru ja masuk dua tahun... Mana boleh lawan bloger-bloger otai yang lain... Kalau tanya perasaan aku, haaa... Mesti la syok habisss.... Glemer jap satu kampung... Hihihiii.... Terima kasih ye team AROMA terutama En. Faris & Siti Dimiati. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh la dapatkan majalah AROMA ni dekat kedai buku berdekatan isu bulan disember... Oh ya, tahniah juga kepada bloger yang lain terutama ABM ( alif iskandar ) dengan menu roti yang sangat menarik...
huhuuu... Byee...




Wednesday, 3 December 2014

Carrot Cupcake




     Assalamualaikum.... Malam ni bersiaran dengan carrot cupcake yang sangat sedap lagi moist gitu... Carrot cupcake ni aku buat untuk menu minum petang tadi. Resepi ni aku copy dari mat gebu. Kalau ikut dia buat dalam bentuk kek, tapi aku terderhaka la pulak buat dalam bentuk cupcake... Hihihii... Senang sikit nak makan. Bila buat dalam bentuk capcake ni dapat la dalam 20 biji. Aku buat dalam bekas saiz 2.5 oz. Kalau nak letak krim banyak-banyak macam aku letak atas cupcake tu kena gandakan adunan. Kalau tak memang tak cukup la... Kalau sapu ala kadar rasanya cukup-cukup la... Ok la, sampai takat sini dulu... Byeee....






Carrot Cupcake


Bahan-Bahan
-1 cawan tepung gandum*
-1 camca teh baking powder*
-1/2 camca teh soda bicarbonate*
-1/2 camca teh garam halus*
-1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
-2 biji telur gred "A"
-3/4 cawan minyak jagung
-1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
-1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
-1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
-1/2 cawan kelapa kering
-1/2 cawan kacang walnut, cincang


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan bekas cupcake secukupnya. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Sudukan adunan ke dalam bekas cupcake dan bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...






Bahan Cream Cheese Toping
-70 g mentega tanpa garam
-125 g cream cheese
-1 camca teh esen vanilla
-1 1/2 camca besar gula aising, diayak


Cara-Cara
  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas cupcake tadi dan hias ikut suka.