Tuesday, 25 March 2025

Kek Lapis Meruan Sayau

 
Kek Lapis Meruan Sayau

 
 
     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke4 pulak... Kek ni berperisa keladi. Sedap tapi dia macam manis sikit. Kalau sapa yang kurang suka manis, sila kurangkan gula tu... Masa bakar pun bau sedap ja bahagian keladi tu... Wangi jaa... Tapi yang masalahnya kek aku nk macam terlebih warna ungu... Dah nampak macam kaler hitam pulakk.. 😅😅😅 Masa dok adun tu masih nampak purple terang, tapi bila dah bakar tu terus jadi purple gelap... Gelap sangat-sangat dah ni.. Sebelum ni ada jumpa resepi kek lapis keladi yang guna filling keladi. Aku cari tak jumpa buat versi ni la dula... Bila dah jumpa filling keladi baru aku buat... Kalau sapa-sapa nak mencuba buleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...
 
 
 
Kek Lapis Meruan Sayau

 
 
Kek Lapis Meruan Sayau
C&P : Ween Maureen ( RMK )

500 gm butter
10 biji telur gred A
200 gm gula halus ( boleh kurangkan kalau xsuka manis )
300 gm cream cheese
200 gm horlicks
250 gm susu pekat manis
300 gm tepung hong kong
100 gm tepung aiskrim yam
20 gm yam paste
170 gm seri kaya
1 sb ovalet
1 sb esen vanilla

 
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula, ovalet dan esen vanilla sehingga kembang ( 7-8 minit )
  2. Masukkan telur satu per satu dengan speed perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat manis dan seri kaya. Pukul sebati.
  4. Masukkan horlicks dan  tepung hong kong.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Bahagian putih - adunan asal dan cream cheese ( pukul cream cheese bersama adunan ). Bahagian ungu - adunan asal + tepung ice cream yam + yam paste.
  6. Bakar atau kukus berlapis-lapis. Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Suhu oven 150C. Bergantung kepada suhu oven masing-masing.
 
 
 
Kek Lapis Meruan Sayau


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...