Sunday, 23 March 2025

Kek Lapis Bubblegum Cheese

Kek Lapis Bubblegum Cheese

 
      Assalamualaikum semua... Lewat malam ni baru sempat nak update resepi kek lapis kedua untuk tahun ni. Nama dia kek lapis bubblegum cheese. Bau bubblegum dekat kek ni tak la bau kuat sangat. Sebab masa bau dari botol bubblegum tu ada bau macam ubat batuk tau. Nanti orang ingat aku letak perisa ubat batuk pulak... 😅😅😅😅 Bila dah bakar tu bau dia tak menyengat sangat. Perisa bubblegum ni boleh cari kat shopi. Kalau cari kat kedai bakery rasanya tak ada. Tapi tak tau la kat tempat hangpa ada. Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
 
Kek Lapis Bubblegum Cheese

 
 
Kek Lapis Bubblegum Cheese
C&P : FB Dapur Kitak

500 gram butter
30 gram ovalet
50 gula kastor
10 biji telur gred A
250 gram cream cheese
350 gram susu pekat
1 sudu teh esen vanila
50 gram horlicks
100 gram creamer
50 gram tepung aiskrim vanila
350 gram tepung pau
100 ml dairy whipping cream
warna putih 80 ml
warna biru
warna kuning
warna pink
1 sudu besar perisa bubblegum

Cara-cara
  1. Satukan butter,  cream cheese, gula, susu pekat, esen vanila dan ovalet dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang.
  2. Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung aiskrim vanila, creamer dan horlicks. Sebatikan.
  4. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit sehingga habis.
  5. Masukkan whipping cream. Sebatikan.
  6. Ambil sedikit adunan dan masukkan perisa bubblegum. Sebatikan. Bahagi lagi kepada 3 bahagian. Setiap bahagian letak warna kuning, pink & biru. Adunan selebihnyah letak warna putih.
  7. Lapik loyang 8×8×4 dengan baking paper. Panaskan oven 180C. Tuang 1 bahagian warna biru dan ratakan. Bakar lapisan pertama api atas dan bawah.
  8. Lapisan kedua hingga terakhir guna api atas sahaja. Tuang 1 bahagian warna pink. Ratakan dan bakar. Bila lapisan pink dah masak, sambung lapisan warna kuning pula.
  9. Sambung melapis dengan lapisan warna putih. Buat sehingga habis adunan putih.
  10. Lapis pula baki adunan warna kuning, pink & biru.
 
 
 
Kek Lapis Bubblegum Cheese

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...