Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi terakhir kek lapis raya ni. Kek lapis gula apong cheese. Tahun lepas pernah buat tapi bukan versi ada cheese... Yang ni dah upgrade letak cheese. Rasa dia unik dengan gabungan rasa pandan. Terasa manis jugak kek ni. Kalau nak kurangkan manis rasanya tak payah letak gula la. Gula pun dia tak letak banyak. Sapa-sapa nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Nanti sambung lagi resepi kek lapis masa raya haji pulak... Byeee...
Kek Lapis Gula Apong Cheese
C&P : Dapur Kitak
500 gram butter
50 gram gula
1 sudu besar ovalette
260 gram susu pekat
100 gram kaya
10 biji telur gred A
100 gram horlicks
300 gram tepung hong kong/pau
250 gram gula apong
100 gram santan serbuk
2 sudu besar browning sugar ( gula hitam )
250 gr cream cheese
2 sudu besar pandan paste
warna putih secukupnya.
500 gram butter
50 gram gula
1 sudu besar ovalette
260 gram susu pekat
100 gram kaya
10 biji telur gred A
100 gram horlicks
300 gram tepung hong kong/pau
250 gram gula apong
100 gram santan serbuk
2 sudu besar browning sugar ( gula hitam )
250 gr cream cheese
2 sudu besar pandan paste
warna putih secukupnya.
Cara-cara
- Satukan ovalette, butter dan gula halus. Pukul hingga kembang dan bertukar jadi warna putih.
- Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga kembang. Masukkan cream cheese yang telah dipukul kembang dalam adunan butter tadi. Pukul hingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu.
- Masukkan kaya, susu pekat dan esen vanila. Putar sebati.
- Masukkan gula apong. Sebatikan.
- Masukkan serbuk santan dan horlicks. Sebatikan.
- Masukkan tepung hong kong/pau sedikit demi sedikit. Sebatikan.
- Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan pandan paste. Sebatikan. Satu bahagian masukkan warna putih. Sebatikan. Satu bahagian masukkan gula hitam. Sebatikan.
- Sediakan loyang 9×9×3 dan alas dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 180C° Masukkan adunan pandan. Ratakan. Bakar guna api atas dan bawah.
- Masukkan adunan pandan lagi. Ratakan. Bakar guna api atas sahaja.
- Sambung 2 lapisan adunann putih dan 2 lapisan adunan gula hitam. Buat sehingga habis adunan.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...