Assalamualaikum semua... Tengah-tengah pagi buta ni terajin pulak nak update blog. Ni kek lapis pertama untuk tahun ni. Kek ni pun tak guna banyak bahan. Cream cheese pun tak ada. Tapi ganti biskut nabati cheese tu.. Ni kira versi jimat laa... Kalau ada yang nak buat buleh tengok resepi kat bawah tu...
Kek Lapis Red Velvet Vanila
C&P : Dapur Kitak
500 gram marjerin ( aku guna butter )
100 gram gula
30 gram ovalet
10 biji telur gred A
350 gram susu pekat
100 gram creamer
400 gram tepung gandum
50 gram susu full cream
1 sudu besar redvelvet emulco
1 sudu besar warna putih
1 sudu teh perisa vanila
46 gram biskut nabati cheese ( hancurkan )
Cara-cara
- Satukan marjerin, ovalet dan gula. Pukul hingga kembang.
- Bila sudah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Sebatikan.
- Masukkan creamer. Sebatikan.
- Masukkan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis.
- Masukkan susu full cream. Sebatikan.
- Timbang adunan dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Bahagian pertama masukkan red velvet emulco. Bahagian kedua masukkan perisa vanilla dan pewarna putih.
- Alas Loyang 8×8×4 dengan baking paper. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C. Tuang adunan red velvet dalam loyang dan ratakan. Lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah.
- Sambung bakar lapisan red velvet sehingga habis. Untuk lapisan ke 2 hingga terakhir, bakar guna api atas sahaja.
- Sambung bakar lapisan putih pula. Setiap lapisan putih masukkan biskut nabati yang telah dihancurkan sebanyak satu sudu besar. Buat sehingga habis adunan putih.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...