Sunday, 15 March 2026

Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese


     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ni kek lapis last untuk raya nanti. Bila dah siap semua boleh la rehat² sikit. Kek lapis ni elok buat awai. Dia tahan lama. Balut dengan cling wrap, pastu simpan dalam peti sejuk. Biskut pun aku dah siap dah cuma tak rajin nak amek gambar & post kat sini. Biskut ni aku tak buat awai sangat la. Kalau awai takut lesap dalam mulut 😂😂😂😂 Sebabnya biskut dok kat luar. Tak macam kek lapis duuduk dalam peti sejuk. Lambat sikit kalau nak makan... Sapa² nak cuba buat kek lapis aiskrim pelangi cheese ni boleh tengok resepi kat bawah tu...
 



Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese
C&P : AliciaAyung@MrsUvang

500gm mentega
150gm gula kastor
1 tbsp ovalette
10 biji telur
1 tbsp esen vanila
250gm susu pekat manis
250gm cream cheese
300gm tepung gandum
200gm aiskrim powder vanilla
100gm Horlicks
Warna putih
Warna pelangi ( merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu )

Cara-cara
  1. Putar mentega, gula kastor & ovalette sampai kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila, susu pekat & cream cheese. Putar lagi sampai sebati. 
  3. Masukkan tepung gandum, Horlicks, aiskrim powder. Putar sebati dgn speed perlahan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna putih sebanyak 5 lapis. Bahagian ke-2 bahagi kepada 6 bahagian iaitu warna pelangi. Setiap warna sebanyak 2 lapis.
  5. Bakar berlapis sampai habis mengikut turutan warna pelangi berselang-seli dgn warna putih. (corak lapisan bergantung kpd kreativiti masing2)
  6. Guna loyang 9"x9" untuk kek yang sederhana tinggi. Guna loyang 8"x8" untuk yang suka hasil kek tinggi.
  7. Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
  8. Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya. 
 



Saturday, 14 March 2026

Kek Lapis Velvet Kasih


        Assalamualaikum dan selamat tengahari semuaaa... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke-5 pulak. Kali ni kek lapis red velvet. Resepi ni dia guna red velvet cookies crumbs. Sesuai la sebab aku ada lebihan red velvet cookies masa buat deco kek kat kek red velvet dulu... Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 


Kek Lapis Velvet Kasih
C&P : FB Dapur Kitak

500 gram butter
500 gram cream cheese
500 gram susus pekat
10 biji telur gred A 
30 gram ovalet
50 gram tepung aiskrim vanila
100 gram creamer
150 gram horlicks 
360 gram tepung pau
150 gram dairy whipping cream 
1 sudu besar redvelvet emulco
60 ml warna putih
Redvelvet crumb secukupnya
Coklat rice secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul butter, cream cheese, ovalet dan susu pekat sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung aiskrim vanila, creamer dan horlicks. Pukul sebati.
  4. Masukkan tepung pau. Masukkan sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
  5. Masukkan dairy whipping cream. Pukul sebati.
  6. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak red velvet emulco. Bahagian red velvet ada 4 lapis. Satu bahagian lagi letak pewarna putih. Bahagian putih ada 10 lapis.
  7. Alas loyang 9×9×4 dengan baking paper. Ambil satu bahagian warna putih dan masukkan 2 sudu besar red velvet crumb sebatikan. Panaskan oven pada suhu 180°C. Masukkan adunan putih dalam loyang dan ratakan. Bakar menggunakan api atas dan bawah selamat 8 minit. Letak loyang paling bawah.
  8. Lapisan ke-2 sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selamat 8 minit suhu 150°C. Sambung bakar lapisan putih. Selepa itu lapisan red velvet. Setiap lapisan red velvet tabur chocolate rice. Buat sampai habis lapisan.
  9. Bila kek dah masak, rehatkan selamat 20 minit. Kemudian keluarkan kek dari loyang dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.




Friday, 13 March 2026

Kek Lapis Coconut


     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ni kek lapis ke-4 aku buat untuk raya nanti. Kek lapis ni ada rasa lemak² kelapa dan bau dia lemak² pandan masa bakar tuuu... Aku makan lepas waktu berbuka naaa... Bau wangi ooo masa bakar kek ni. Aku buat waktu malam tak la tergoda sangat. Kalau buat waktu siang jenuh telan ayaq liuq... 😂😂😂😂  Sapa² yang suka rasa kek lapis rasa classic & original bulih la cuba buat kek lapis ni sebab bahan² dia tak banyak pun. Cuma ada tambahan cream cheese kat lapisan putih tu jaaa.... 
 



Kek Lapis Coconut
C&P : FB Marieynna Bryan MeLton

500gm pure butter
10 biji telur
100gm gula
1 sudu ovalet
300 gm tepung superfine
200gm horlicks
100gm coffeemate
50gm serbuk santan
1 kotak santan
200gm susu pekat manis
200gm kaya
1 botol coconut pandan emulco
250gm cream cheese
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Pewarna putih
 
Cara-cara
  1. Pukul butter, ovalet dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu sehingga habis. Pukul sebati.
  3. Masukkan susu pekat manis, kaya, horlicks. Pukul sebati.
  4. Masukkan coffeemate, santan dan serbuk santan. Pukul sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mix sampai sebati.
  6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pandan coconut emulco dan pewarna hijau. Bahagian ke-2 masukkan pewarna kuning. Bahagian ke-3 masukkan cream cheese yang telah dipukul kembang dan pewarna putih.
  7. Bakar selapis demi selapis ikut kreativiti masing. Buat sehingga habis.




Thursday, 12 March 2026

Kek Lapis Matcha Strawberry


        Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 3. Kek lapis matcha strawberry. Katanya tahun ni ada tema matcha strawberry untuk baju raya. Tapi aku tak tiru la tema baju raya warna tu. Aku buat kat kek dah laaa.... Kalau rajin biskut pun nak buat warna matcha strawberry jugak. Tu pun kalau rajin lahhh.... Hahahaaa... Untuk bahagian pink tu aku tak letak strawberry emulco, aku letak strawberry filling yang ada isi dia. Aku hancur²kan pastu gaul dalam adunan pink tu. Sapa² nak buat tema matcha strawberry boleh la cuba buat... Byee...
 


Kek Lapis Matcha Strawberry
C&P : FB Dapur Kitak

500 grams butter
250 gram cream cheese
500 gram susu pekat
1 sudu besar ovalet
10 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
100 gram horlicks 
100 gram creamer 
100 gram tepung aiskrim mix
320 gram tepung pau
200 gram dairy whipping cream 
30 gram serbuk matcha 
1 sudu besar strawberry emulco ( aku ganti 100gm strawberry filling )
1 sudu besar Warna putih 
1/2 sudu teh Warna pink
 
 
Cara-cara
  1. Pukul butter, cream cheese, susu pekat, ovalet dan esen vanila sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu dan pukul sebati.
  3. Masukkan horlicks, creamer dan tepung aiskrim. Pukul sebati.
  4. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit. Mix sampai sebati.
  5. Masukkan dairy whipping cream dan pukul sebati.
  6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna putih sebanyak 2 lapisan. Bahagian ke 2 letak strawberry emulco dan pewarna pink sebanyak 4 lapisan. Bahagian ke 3 letak serbuk matcha sebanyak 6 lapisan.
  7. Sediakan loyang 8×8×4. Panaskan oven 180°C. Lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah. Bakar selamat 8 minit. Letak loyang dirak palang bawah.
  8. Lapisan ke 2 dan sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selamat 8 minit pada suhu 150°C.
  9. Bila kek dah masak, rehatkan kek selamat 25 minit. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sepenuhnya. 
 



Tuesday, 10 March 2026

Kek Lapis Mama Muda


     Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni awal sikit aku update resepi kek lapis. Post awai tak kalut orang kata.. 😂😂😂 Ni kek lapis yang ke2 aku buat untuk raya nanti. Untuk bagi lagi gelap bahagian hitam tu aku letak dark cocoa powder. Kalau tak nak, letak guna warna hitam je la... Sapa² nak cuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...
 

 
Kek Lapis Mama Muda
C&P : FB Juliza Ahmat

500gm Butter
100gm gula castor
250gm Cream Cheese
1 tin Susu pekat (388gm)
10 Biji Telur Gred AA
150gm Horlick
100gm Serbuk Creamer
100gm Tepung Susu
150gm Air Susu Kotak Full Cream
350gm Tpg Pau
100gm Serbuk Aiskrim Vanilla 

 
Cara-cara
  1. Pukul Butter, Gula, Susu pekat & Cheese hingga kembang & sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu hingga habis.
  3. Kemudian masuk horlick, serbuk Creamer, tpg susu, tpg Pau, Susu Full Cream dan serbuk ice cream vanilla .. Gaul hingga sebati kemudian bahagia 3 warna.
  4. Asingkan 3 lapisan utk warna putih, selebih bahagi 2 warna Hijau & Hitam. Putih ( 3 lapis ), hijau (Pewarna Hijau) dan hitam ( Pewarna chefmaster).
  5. Lapis adunan putih dahulu hingga habis. Kemudian selang seli hijau & hitam.
  6. Bakar 10 minit ikut oven masing2. Setiap lapisan boleh timbang 180gm atau ikut cara masing2.




Kek Lapis Cream O Crushed


      Assalamualaikum & selamat petang semua... Macam mana puasa hang pa..? OK ka..? Kami kat perlis ni hangat tak sangga. Kalau duduk dalam rumah macam duduk dalam oven oooo.... Dugaan panas tahun ni agak mencabar jugak la. Sebab tu aku tahun ni tak rajin nak buat masak². Tapi hari ni aku nak share resepi kek lapis untuk raya nanti. Aku dah siap 6 jenis kek lapis. Lepas ni aku nak buat biskut raya pulak. Resepi asal kek lapis ni guna biskut oreo, tapi aku tukar guna biskut cream O. Guna la mana² biskut yang ada.... Tahun ni semua kek lapis aku guna cream cheese. Modal agak kerasssss jugak laaa... Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
 


 
Kek Lapis Cream O Crushed
C&P : Alicia Uvang Kitchen ( Kek Lapis Oreo Crushed )

500gm mentega
150gm gula kastor
1 tbsp ovalette
10 biji telur (gred A) 
1 tbsp esen vanila
200gm serikaya pandan 
250gm cream cheese 
250gm susu pekat manis  
350gm tepung pau 
200gm tepung aiskrim vanila 
100gm Horlicks 
6 tbsp sirap coklat Hershey's 
1 tbsp coklat emulco 
Pewarna hitam & putih 
50gm Oreo crumbs (untuk dicampur dlm adunan) ( ganti biskut cream O )
Oreo crumbs (secukupnya, untuk taburan pada setiap lapisan putih) ( ganti biskut cream O )

Cara-cara
  1. Putar mentega, gula kastor & ovalette sampai kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila, serikaya pandan, susu pekat manis & cream cheese. Putar lagi sampai sebati.
  3.  Masukkan tepung pau, Horlicks & tepung aiskrim vanila. Putar sebati dgn speed perlahan.
  4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1/3 bahagian letak sirap coklat Hershey's, Oreo crumbs, coklat emulco & pewarna hitam. 2/3 bahagian letak pewarna putih.
  5. Bakar lapisan pertama pada suhu 170°C selama 8-10 minit. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis bakar pada suhu 150°C selama 7-8 minit. ( suhu & tempoh membakar bergantung kpd jenis oven masing2 )
  6. Bakar lapisan hitam terlebih dahulu sampai habis. Kemudian baru bakar lapisan putih yang ditabur Oreo crumbs pada setiap lapisan. Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
  7. Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya.




Thursday, 26 February 2026

Puding Kek ABC


   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni bertemu kita dengan tema puding dan kek pulak. Ni aku buat sempena kek birthday aku hari ni. Tahun ni jatuh bulan puasa. So, kek pun kena tema sesuai dengan bulan puasa laaa... Kalau nak buat kek berkrim macam kureng sesuai sikit. Kalau yang ada puding ni sejuk ja lalu tekak kann... Sebelum ni aku pernah buat dah.. Buleh tengok kat sini. Ni versi upgrade. Aku letak kacang merah. Nama pun aku tukar la jadi Puding Kek ABC. Maka bertambah lagi la umur aku. Dah nak masuk siri 40 dah aku ni... Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 


Puding Kek ABC
C&P : Kak Ita ( Puding KeK Cendol Dan Cincau )


Lapisan A( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan 8 inci

Lapisan B( lapisan Coklat)
250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur
 secubit garam


Cara-Cara
  1.  Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
  2. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
  3. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api Kemudian di tapis.
  4. Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.







Lapisan C

600 ml santan cair ( 300 ml santan KARA + 300 ml air )
7.5 gm agar-agar serbuk
120 gm gula halus
1 1/2 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
80 gm kacang merah dalam tin
sedikit pewarna hijau, kuning & pink



 Cara-Cara
  1. Satukan bahan C kecuali cendol, cincau, kacang merah pewarna kuning, hijau, pink dan masak hingga agar-agar dan gula melarut 
  2. Bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian yang sama banyak 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol 
  3. Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi. * jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning. Biarkan ia sejuk dan mengeras
  4. Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu.
  5. Akhir sekali letak pewarna pink dalam adunan puding dan kacang merah. Kemudian tuang atas lapisan hijau.
  6. Simpan di dalam peti ais hingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.




Tuesday, 24 February 2026

Jelly Kopi Ais


   Assalamualaikum dan selamat petang semua. Menu apa hari ni. Aku buat jelly kopi ais. Saja tunjuk awai, nanti tak kalut... 😅😅😅😅 Resepi ni famous kat tiktok oleh Tasya Farasya. Tapi resepi aku amek kat orang lain la. Aku tak pernah lagi guna serbuk nutrijell ni. Tak kira apa-apa perisa pun. Sedap rupanya. Dia memang kenyal-kenyal macam jelly tu. Bila buat minum dengan susu lagi la sedap. Yang ni dah la perisa kopi. Lagi la sedap. Nak buat dia pun mudah ja. Dapat pulak time hangat-hangat ni...



Jelly Kopi Ais
C&P : tiktok adelscooking
 
Jelly Kopi
 
1 bungkus nutrijell coffee
Gula secukupnya
500ml air
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan. Masasak sehingga kesemuanya larut. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biarkan beku.


Jelly Kopi Ais


Kuah Susu
 
1 tin susu cair
25gm susu pekat manis
 
Cara-cara
  1. Satukan susu cair dan susu pekat manis. Kacau sebati.
  2. Untuk menghidang, hancurkan jelly kopi. Masukkan ketulan ais dan masukkan kuah susu.
  3. Sedap dinikmati ketika sejuk. 
 

Sunday, 22 February 2026

Bua Loy Pisang


     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa untuk berbuka nanti..? Aku buat bua loy pisang. Gigih beli acuan tahun lepas & dan buat sekali jaaa... Tahun ni gigih jugak buat.. Walaupun hangat-hangat. Sedap jugah bua loy ni. Yang first time buat tu resepi dia guna buah pisang. Yang ni guna esen pisang. Pastu yang dulu tu dia letak buah laici sama dalam kuah tu. Tapi bagi aku kalau tak letak buah laici lagi sedap. Baru rasa original lemak-lemak santan tu. Untuk resepi ni aku lebihkan adunan kuah dia. Santan tu aku guna santan kotak tambah air kelapa. Nak buat resepi ni kena beli acuan pisang tau. Pastu acuan tu kena potong keliling dia. Kalau tak memang payah nak keluarkan doh bua loy pisang tu... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.....
 


Bua Loy Pisang
C&P : Tiktok  adlinelina7
 
2 cawan tepung pulut
1 sb tepung jagung
Sedikit garam
+- 3/4 cawan santan
1 st esen pisang
Pewarna kuning
Pewarna hijau 
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan kering. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat pada tangan. Masukkan esen pisang dan uli sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan dan letak pewarna hijau. Selebihnya letak warna kuning.
  3. Sediakan acuan pisang. Ambil sedikik adunan hijau, letak pada bahagian tangkai pisang. Ambil pula adunan kuning dan letak pada bahagian buah pisang. Mampat-mampatkan kemudian keluarkan dari acuan. Buat sehingga habis.
  4. Panaskan air dan rebus doh bua loy pisang. Bila dah timbul bolehlah angkat dan rendam sekejap dalam air kosong. 





Kuah Santan
 
1 1/2 cawan santan ( aku guna santan kotak + air kelapa & aku lebihkan sebab nak kuah banyak )
1/2 cawan gula
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
Isi kelapa
 
  1. Satukan santan, gula, garam dan daun pandan. Masak sehingga sedikit meruap.
  2. Masukkan isi kelapa dan sambung masak sehingga meruap sekali lagi.
  3. Untuk menghidang masukkan kuah ke dalam mangkuk dan letak bua loy pisang tadi. Boleh dinikmati ketika panas atau sejuk.


Thursday, 19 February 2026

Buko Pandan


Assalamualaikum semua... Macam mana hari pertama puasa... Aku kat Perlis ni boleh tahan panas. Dalam rumah ni dah macam oven. Nak sejuk kena rehat kat luaq rumah laa... Dok atas buaiyan atau pun tidoq kat pondok... Kalau dalam rumah ni memang mandi peluh laaa... Kalau bukan bulan puasa buleh minum ayaq. Tapi tahun lepas puasa pun sama panas jugak. Cuma awai-awai posa ni la mencabaq sikit. Meh kita tengok menu nak berbuka nanti. Aku buat buko pandan. Ni aku amek resepi khairulaming. Resepi tahun 2024 not. Cumanya aku tak letak Nata de coco ja. Buah kelapa nasib kat rumah ni ada banyak yang muda kali ni. Buleh la buat minum time berbuka. Sapa-sapa nak cuba resepi buko ni buleh tengok kat bawah tu.... Selamat menunaikan ibadah puasa... Byeee...
 


Buko Pandan
C&P : Khairulaming
 
Agar-agar pandan
 
3 helai daun pandan
1 liter air
Pewarna hijau
1/2 cawan gula
10gm serbuk agar-agar
 
Cara-cara
  1. Kisar daun pandan bersama air dan tapis.
  2. Panaskan air pandan dan masukkan sedikit pewarna hijau, gula dan serbuk agar-agar.
  3. Masak sehingga mendidih. Tuang dalam loyang 8 inci dan biarkan agar-agar beku. 



Biji sagu
 
1/2 cawan biji sagu
Pewarna hijau
 
Cara-cara
  1. Didihkan air yang banyak. Masukkan sagu dan pewarna hijau, didihkan hingga sagu menjadi jernih. Toskan dan alirkan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan.


Kuah
 
200ml whipping cream ( aku guna double cream )
1 cawan susu full cream
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan air kelapa
 
Cara-cara
  1. Pukul whipping cream sekejap. Jangan sampai terlalu kental. Cuma bagi likat ja.
  2. Satukan semua bahan.
  3. Sedia dihidang. 



Cara menghidang
 
1 tin buah laici
Isi kelapa
 
Cara-cara
  1. Potong agar-agar jadi bentuk kiub.
  2. Letak ais dalam mangkuk, masukkan agar-agar, isi kelapa, buah laici & biji sagu. Tuangkan kuah.
  3. Sedap dimakan ketika sejuk. 


Tuesday, 17 February 2026

Mandarin Orange Cream Cheese Cake


       Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina... Bila raya cina ni aku pun terajin nak buat kek tema raya cina. Guna buah limau mandarin dalam tin tu. Rasa dia masam-masam manis gitewww... Bahagian luar kek aku salut dengan non dairy whipping cream. Sesuai la dengan buah limau ni.. Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Ni kek berkrim last bulan ni. Lepas ni dah posa. Sibok nak cuba menu bulan posa la pulak. Kalau rajin, aku update kat blog aku... Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa... Byeee....
 


Mandarin Orange Cream Cheese Cake
 
2 biji telur
60gm tepung gandum
60gm gula kastor
20gm mentega cair ( aku guna minyak jagung )
1/4 tsp esen vanilla ( aku ganti esen oren )
 
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula kastor sehingga ribbon stage.
  2. Kaup balik tepung sehingga sebati.
  3. Satukan minyak dan esen vanilla. Sebatikan.
  4. Bahagi adunan sama banyak kepada 3 bahagian dalam loyang bulat 6 inci dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan di atas redai. 






Mandarin Cream Cheese Filling
 
150gm cream cheese
50gm gula aising
1 tbsp jus lemon
1 tin limau mandarin ( toskan airnya ) 
60gm jus limau mandarin ( aku letak 30gm )
100gm double cream ( aku letak 200gm )
8gm gelatin + 30gm air
 
Cara-cara
  1. Cairkan gelatin dan ketepikan.
  2. Pukul double cream hingga kental. Ketepikan.
  3. Pukul cream cheese bersama gula aising hingga berkrim. Masukkan jus limau mandarin dan larutan gelatin. Pukul sebati.
  4. Satukan adunan cream cheese dengan double cream. Sebatikan.
  5. Sediakan plastik mika dan kemaskan ( ikut saiz kek 6 inci ). Letak plastik mika atas papan kek. Masukkan sekeping kek dalam plastik mika. Paipkan sedikit mandarin cream cheese filling. Ratakan. Susun limau mandarin. Paipkan mandarin cream cheese filling. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Buat langkah yang sama untuk lapisan berikutnya.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 
 

Jelly Topping
 
50gm jus limau mandarin
1/2 tsp serbuk gelatin
 
Cara-cara
  1. Cairkan serbuk gelatin bersama jus mandarin.
  2. Sejukkan sekejap dan boleh tuang atas kek atau sapu menggunakan silicon brush. 

 
Cara menghias kek
 
200ml non dairy whipping cream
1 tin limau mandarin
 
  1. Toskan air limau mandarin. Pukul kental non dairy whipping cream.
  2. Buka plastik mika. Rapikan keliling kek. Salut seluruh kek dengan non dairy whipping cream. Paipkan atas kek dengan baki non dairy whipping cream menggunakan nozzle yang sesuai. Salut tepi kek dengan kepingan badam jika suka.
  3. Susun atas kek dengan dengan buah limau mandarin.
  4. Tuang jelly topping atau sapu menggunakan silicon brush.
  5. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.