Thursday, 29 May 2025

Kek Lapis Cheese with Chocolate Chips

Kek Lapis Cheese with Chocolate Chips


      Assalamualaikum semua... Hari ni post resepi kek lapis kedua pulak untuk raya haji nanti. Ni kek lapis mudah sebab letak satu warna ja.. Cepat sikit nak cuci bekas baking. Hahaaa... Kek lapis ni ada lemak-lemak cheese. Pastu tambah sikit lemak-lemak santan sebab ada letak serbuk santan. Pastu gigit kat chocolate chips rasa coklat la kannn. Bagi aku kalau letak dark chocolate chips rasanya lagi sedap sebab kurang manis dari milk chocolate chips. Aku guna milk chocolate chips ni pun sebab jarang guna. Dari terperam dalam peti ais tu baik aku perabiskan.. Kalau ada yang nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu..
 

Kek Lapis Cheese with Chocolate Chips


Kek Lapis Cheese with Chocolate Chips
C&P : FB Dorothy Stella
 
500gm pure butter
10 biji telur gred A
200gm gula halus
350gm tepung hong kong atau tepung pau ( bluekey )
250gm cream cheese
60gm susu tepung ( nespray )
1/2 tin sederharna susu pekat manis
1 packet serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalette
Chocolate chips secukupnya
Pewarna putih secukupnya
 
 
Cara-cara
  1. Satukan butter serta gula halus. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan pucat.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati guna kelajuan minimum sahaja.
  3. Masukkan ovalette. Pukul rata.
  4. Masukkan juga esen vanilla. Pukul rata.
  5. Masukkan susu pekat manis. Pukul rata.
  6. Masukkan cream cheese. Pukul rata.
  7. Masukkan tepung hong kong atau pau. Pukul sebati.
  8. Masukkan susu tepung & serbuk santan. Pukul sebati.
  9. Akhir sekali, masukkan pewarna putih. Pukul sebati.
  10. Sediakan loyang saiz 8×8×4 yang dah dilapik baking paper dan diglis butter. Masukkan 200gm adunan. Ratakan.
  11. Susun chocolate chips di atasnya. Bakar suhu 180C api atas bawah untuk lapisan pertama selama 8-10 minit bergantung oven masing-masing. Ulang melapis seperti lapisan pertama tadi. Lapisan kedua hingga terakhir guna api atas sahaja. Suhu dan masa juga sama.



Kek Lapis Cheese with Chocolate Chips

Wednesday, 28 May 2025

Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese


Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese
 
 
       Assalamualaikum semua... Bertemu kembali dengan resepi kek lapis... Kalau ada kek lapis ni maknanya dah dekat nak raya la kann... Ni kek lapis pertama yang aku buat untuk raya haji nanti. Kek ni aku buat separuh adunan ja dari resepi asal. Raya haji ni tak ramai orang mai rumah, so kebanyakan kek aku ni separuh adunan. Resepi kat bawah tu full resepi laa.. Kalau nak buat separuh macam aku sila separuhkan adunan & guna loyang 6×6.
 
 
Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese
 
 
Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese
C&P : Aznie Khasri ( cookpad )
 
500 g butter
85 g gula halus
1 S/B OVERLATTE
10 BIJI TELUR(A)
1 tin susu pekat manis
1 S/B ESEN VANILA
150 g horlick
70 g seri kaya
275 g tepung hong kong
250 G CREAM CHEESE (PUKUL SEBATI DULU)
1 S/ B COKLAT EMULCO
1 S/B RED VELVET PASTE
 pewarna putih juga merah secukupnya
 
 
Cara-cara
  1. PUKUL BUTTER, GULA JUGA OVERLATTE SEHINGGA KEMBANG.
  2. MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI.
  3. MASUKKAN ESEN VANILA JUGA SUSU PEKAT.
  4.  AKHIR SEKALI MASUKKAN HOLICK JUGA TEPUNG HONG KONG.. PUKUL HINGGA IA SEBATI.
  5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. SATU BAHAGIAN LETAK PEWARNA PUTIH. SATU BAHAGIAN LAGI LETAK CREAM CHEESE + COKLAT EMUKCO + RED VELVET PASTE + PEWARNA MERAH SECUKUPNYA (BAHAGIAN LAGI KEPADA 2 BAHAGIAN **ATAS BAWAH**)
  6. PANASKAN OVEN PADA SUHU 160'-170'.
  7. MASUKKAN 2 1/2 SENDUK KECIL ADUNAN MERAH. RATAKAN DAN BAKAR GUNA API ATAS BAWAH HINGGA MASAK.
  8. LAPISAN KEDUA HINGGA HABIS ADUNAN DIBAKAR GUNA API ATAS SAHAJA.
  9. LAPISKAN ADUNAN MERAH SEBANYAK 4 LAPISAN.
  10. LAPISKAN PULA ADUNAN PUTIH. RATAKAN DAN TABUR OREO DIATASNYA.. BAKAR HINGGA IA MASAK. ULANG PROSES MELAPIS HINGGA HABIS ADUNAN PUTIH.
  11. ULANG LAGI PROSES MELAPIS UNTUK ADUNAN MERAH PULA. HABISKAN HINGGA 4 LAPISAN.
 
 
Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese

Saturday, 17 May 2025

Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar

Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar


      Assalamualaikum & selamat pagi semua... Hari ni awai sikit aku update blog ni.. Kali ni aku update resepi nasi hujan panas, ayam ros & acar. Memang sedap set nasi hujan panas tu. Gu pulak dengan ayam ros tu... Mantap baq hianggg... Untuk ayam ros ni bahan-bahan dia agak banyak la. Hang nak kena beli macam-macam jenis serbuk. Kuah dia likat dengan karot, tomato & biji badam yang dah kena blend. Kalau resepi ayam ros biasa cuma letak susu cair ja. Ni siap ada tomato puri & tomato soup. Pastu ada santan pulak. Memang sangat berlemak ayam tu... Ni la first time aku masak lauk yang paling sedap aku masak sebab aku tak pandai masak. Aku lebih pada mem'baking' jaa... Hangpa patut cuba tau. Set resepi ni aku amek dari Che Nom. Ada jumpa resepi dia guna serbuk badam tapi aku nak try yang ni dulu laa.... Pasni boleh try yang lain pulak... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...


Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar


Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar
C&P : ResepiCheNom
 
Nasi Hujan Panas
 
3 cwn beras basmathi
1-2 sb minyak masak
1-2 sb mentega
1-2 sb minyak sapi
Rempah 4 sekawan ( 1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun pandan
2 cwn susu cair
2 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
 Sedikit garam
1-2 sudu gula
Sedik pewarna kuning
Pewarna merah
Pewarna hijau
 
 
Cara-cara
  1. Hiris nipis bawang merah kecil & bawang putih.
  2. Halia hiris tebal, senang nanti lepas masak boleh tarik keluar.
  3. Basuh beras sampai jernih & hilang keruh, anggaran 3 Kali. Lepas basuh, boleh tapis & tos kering.
  4. Panaskan minyak masak, mentega & minyak sapi.
  5.  Tak perlu cairkan sepenuhnya, terus masuk rempah 4 sekawan.
  6. Masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai keperangan & naik bau tumisan.
  7. Masukkan daun pandan untuk aroma, lebih wangi & berselera nasi nanti.
  8. Masuk beras & goreng selama 3-4 minit, sampai dengar bunyi berdesir.
  9. Masukkan susu cair, air, kiub pati ayam & sedikit pewarna kuning.
  10. Masukkan garam & gula. Kacau sebati.
  11. Pindah masuk dalam periuk nasi atau pressure cooker. Kemudian tunggu sampai nasi masak.
  12. Selepas nasi dah masak, biar nasi kering dan suam-suam sebelum gembur, kalau gembur awal-awal takut patah & hancur nasi nanti.
  13. Untuk warnakan nasi, boleh celup chopstick atau lidi dalam pewarna dan titis pewarna atas nasi. Seeloknya buat lubang & lorek-lorek pewarna dalam tu.
  14. Guna warna merah, hijau & oren. Kalau pewarna terlalu pekat, boleh campur sikit dengan air sebelum titis atas nasi.
  15. Dah siap letak warna boleh gembur nasi biar bercampur.


Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar


Ayam Ros
 
Bahan Utama
1 ekor ayam, potong 12
Sedikit kunyit, untuk goreng ayam
Sedikit garam, untuk goreng ayam
1 helai daun pandan, dicarik & disimpul
1 batang serai, dititik
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris memanjang
1/2 tin ( 225gm ) sup tomato
3 sudu besar tomato puri
1/2 tin susu cair
100gm santan pekat
Daun pudina
 
 Bahan Untuk Rempah Tumis
2 senduk besar minyak masak
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
5 kuntum bunga cengkih
 
Bahan Dibancuh Menjadi Pes
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil kas kas
1 sudu kecil garam masala
1 sudu besar serbuk cili
 
Bahan Kisar A
1 labu bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih
 
Bahan Kisar B
15 tangkai cili kering
1 batang karot
1 biji tomato
 
Bahan Kisar C
100gm badam, direndam air panas & dikisar halus
 
 
Cara-cara
  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga separuh masak. Angkat & ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak & tumis bahan rempah tumis, serai, daun  pandan & bawang besar. Tumis sehingga bawang kekuningan & naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau & kemudian masukkan pula bahan kisar B & diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri & susu cair. Masak di atas api perlahan & kacau supaya tidak hangus di bawah.
  4. Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan & rempah masah sehingga pecah minyak.
  5. Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng & biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  6. Kemudian masukkan santan pekat & masak sehingga kuah menjadi pekat & berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  7. Angkat & tabur dengan daun pudina & bawang goreng.
 

Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar

 
Acar
 
1 batang timun
Sepotong nenas
1 biji bawang merah besar
4-6 tangkai cili paid
2 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
Jus  lemon / cuka makan


Cara-cara
  1. Timun kupas kulit jarak-jarak kemudian cakar dengan garfu. Belah 2 timun & hiris nipis. Biji tak perlu Huang. ( aku buang biji & potong nipis panjang² )
  2. Nenas kupas kulit & hiris halus 
  3. Bawang besar & cili padi ( kalau nak kurang pedas boleh ganti dengan cili besar ) hiris nipis.
  4. Untuk rasa masam kita boleh guna cuka makan, limau nipis & lemon.
  5. Masuk semua bahan potong, gula, garam & jus lemon dalam mangkuk. Gaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum hidang. 

 

Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar

 

Tuesday, 13 May 2025

Kek Pisang Koko Kukus

Kek Pisang Koko Kukus


       Assalamualaikum & selamat malam semua.... Malam ni aku nak share resepi kek pisang lagi... Ya, pisang lagi... Jangan jemu tau... Hahaaa... Kek pisang ni macam apam pun ada. Texture dia lembut & gebu. Cuma kek pisang ni ada tambah serbuk koko nak bagi buat effect marble. Boleh la buat makan makan waktu petang atau waktu pagi. Kena pulak gu dengan kopi O... Mmm... Sedapnya... Rasanya lepas ni pun ada menu pisang lagi... Hahaaa.....


Kek Pisang Koko Kukus



Kek Pisang Koko Kukus
C&P : Mahadiah ( cookpad )
 
2-3 biji pisang masak- lenyek dapat 1 cawan
1/2 cawan minyak sayur ( aku guna minyak jagung )
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 st esen vanilla
1 cawan susu sejat/cair
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam


Cara-cara
  1. Didalam mangkuk, kocok telur. Kemudian tambah gula perang dan gula pasir, terus gaul sebati. Kemudian tambah minyak sayur, susu cair, esen vanilla, garam dan pisang yang dilenyek. Gaul rata sebati.
  2. Tambah tepung gandum, baking powder dan baking soda. Gaul sebati. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko dan gaul rata. Satu bahagian biarkan asal. Sapu acuan dengan minyak masak.
  3. Tuang adunan asal, kemudian tuang adunan koko. Buat secara selang seli hingga adunan habis. Hentakkan acuan supaya adunan sekata.
  4. Sediakan periuk kukus. Apabila air mendidih, letak acuan dengan adunan. Kukus selama 30-40 minit/ hingga lidi keluar bersih apabila dicucuk dalam kek. Jangan lupa alas penutup dengan kertas aluminium supaya air tak menitik. Selang 10-15 minit buka penutup untuk lap wap air jika perlu. Buka penutup dan biarkan kuih sejuk didalam periuk kukus.
  5. Kemudian terbalikkan kek keluar dari acuan. Potong saiz kegemaran. Sedia dihidangkan.



Kek Pisang Koko Kukus


Saturday, 3 May 2025

Kek Pisang Kluster Kayangan

Kek Pisang Kluster Kayangan



      Assalamualaikum semua... Disebabkan pisang masih ada, maka jadi la kek pisang kluster kayangan ni. Sangat moist kek ni. Dia tak guna telur tapi ganti dengan buttermilk. Rasa sangat rich kek ni dengan adanya coklat dalam tu. Untik coklat aku guna coklat coin yang dicincang & guna chocolate chip jugak. Bila ada kacang pecan tu lagi la sedap... Kalau nak tau rasa sedap macam mana kena la cuba buat. Sebab aku guna chocolate chip biasa dia jadi manis. Nak kurangkan rasa manis tu boleh guna dark chocolate chip... Selamat mencuba... Byeee...




Kek Pisang Kluster Kayangan




Kek Pisang Kluster Kayangan
C&P : Nurain Jalil ( cookpad )
 
4 biji Pisang Berangan - ( aku guna 7 biji pisang emas )
120 gram Gula Perang
115 gram Mentega (dicairkan)
120 gram Buttermilk (susu segar campur 1/2 tbsp perahan lemon)
1 tsp Esen Vanilla
160 gram Tepung Gandum
25 gram Serbuk Koko
1 tsp Baking Powder
1/2 tsp Baking Soda
80 gram Coklat ( aku guna coklat coin yg dicincang & chocolate chip )
30 gram Pecan - dicincang dadu
Sedikit campuran coklat dan pecan untuk topping kek


Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, ketepikan. Potong kecil kacang Pecan dan pisang dilenyek, ketepikan.
  2. Campurkan perahan lemon ke dalam susu bagi membuat Buttermilk dan cairkan mentega. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk, campurkan pisang yang sudah dilenyek bersama gula perang. Gaul rata kemudian masukkan mentega cair.
  4. Kemudian, masukkan Esen Vanilla dan Buttermilk. Kacau sebati.
  5. Ambil sedikit tepung dari campuran tepung gandum dan serbuk koko tadi dan tabur rata atas coklat dan pecan. Gaul. Ini bagi memastikan coklat dan kacang tidak mendap ke bawah ketika proses pembakaran.
  6. Masukkan tepung, coklat serta kacang. Kaup balik adunan.
  7. Setelah sebati ketepikan. Lengser mentega dalam loyang dan masukkan kertas minyak.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang ( aku guna loyang 8×4×4 ). Hentak 3 kali bagi memastikan tiada ruang udara yang terperangkap dan kemudian tabur coklat dan kacang pecan di atasnya.Bakar pada suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga masak.



Kek Pisang Kluster Kayangan


Thursday, 1 May 2025

Apam Pisang Kukus

 
Apam Pisang Kukus

 
 
         Assalamualaikum semua... Malam ni baru sempat nak update resepi apam pisang ni. Aku buat banyak hari dah. Malam ni baru nak post Kat blog ni... Mula ingat nak buat kek pisang, tiba-tiba beralih arah jadi apam pulak... Pisang ni aku bukan rajin nak makan sangat. Kalau dia dah jadi apam ni laju je laaa... So kalau ada pisang kat rumah tu dah tak tau nak buat apa boleh la cuba resepi apam kat bawah tu. Boleh la buat makan masa sarapan atau minum petang... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Ye la, 2 orang ja yang nak makan... Byeeee...
 
 
 
Apam Pisang Kukus

 
Apam Pisang Kukus
C&P : Mahadiah ( cookpad )
 
2 cawan pisang masak ( lenyek halus )
3 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
1 st soda bikarbonate*
1 st baking powder*
2 cawan tepung gandum* ( ayak bahan bertanda * )
1 st esen vanila
1/8 st garam
 Sedikit minyak lumur loyang
 
 Cara-cara
  1. Didalam mangkuk, lenyek pisang. Ketepikan.
  2. Didalam mangkuk pengadun yang lain, masukkan gula perang, telur, minyak, garam dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati (guna whisk). Boleh juga guna blender.
  3. Kemudian, tuang campuran kedalam mangkuk berisi pisang lenyek tadi. Gaul rata. Masukkan tepung gandum berperingkat. Kacau rata sehingga dapat bancuhan yang sekata.
  4. Sediakan loyang. Sapu minyak rata-rata. Tuang bancuhan pisang kedalam loyang. Sediakan pengukus. Panaskan air sehingga mendidih. Letak loyang dan tutup dengan kertas aluminium. Tutup penutup periuk kukus. Kukus selama 35 minit / hingga masak.
  5. Buka penutup. Uji dengan tester. Jika keluar bersih kek sudah masak.
  6. Keluarkan dari loyang. Terbalikkan. Potong ikut kegemaran.
 
 
Apam Pisang Kukus