Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Hari n aku nak share resepi kek batik pulak. Kali ni versi pistachio... Resepi ni aku amek kat fb resepi Azlina Ina. Aku buat separuh adunan dari resepi asal tu. Pastu aku buat dalam cake ring. Untuk kek batik ni dia macam keras sikit. Kalau lepas ni nak buat lagi aku akan tambah susu full cream... Dia bukan keras mana, cuma la ni aku lebih suka kek batik yang lembut-lembut. Masa awal-awal dulu aku lebih suka yang lebih keras. Bila gigit tu dia ada rasa rapuh biskut marie tu lagi... Ikut kesesuai masing-masing lah kan.. Pastu aku ada tambah kacang pistachio dalam adunan kek batik tu... Lagi satu dia punya paste agak mahal tau... Tu yang aku buat separuh adunan... Hahahaaa.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....
Kek Batik Pistachio
C&P : Azlina Ina Resepi ( Premium kek batik pistachio )
Resepi pistachio batik
125g butter
1/2 cawan coin white chocolate
1 biji telur kuning sahaja
1 sb emolco pistachio
3 1/2 sb paste pistachio
1/2 cawan susu full cream
pewarna kuning 1 titik
350g biskut merie
50gm kacang pistachio ( bakar & hancur kasar ) ( aku tambah )
Cara-cara
- Satukan semua bahan dalam kuali kecuali biskut marie & kacang pistachio.
- Masak dengan api perlahan sehingga adunan kelihatan likat.
- Tutup api dan masukkan biskut marie. Gaul sebati.
- Tabur kacang pistachio dan gaul lagi.
- Tuang adunan dalam cake ring saiz 7 inci atau guna loyang yang boleh buka bahagian bawah. Mampatkan adunan supaya sekata. Ketepikan. Biar sejuk baru buat layer cheese.
Layer cheese
125g cream cheese suhu bilik
1 sb susu pekat
1/2 sb gelatin + sedikit air panas larut kan
1 cawan whipping gold whip vanila
Cara-cara
- Pukul cream cheese & susu pekat sehingga sebati.
- Masukkan larutan gelatin dan mix sekejap.
- Masukkan whipping gold whipe vanila mix sampai gebu.
- Boleh tuang atas kek batik.
Ganache pistachio
250g topping white coklat
1 sb emolco pistachio
1 1/2 sb paste pistachio
sedikit colour hijau
sedikit colour kuning
Cara-cara
- Satukan semua bahan dan kacau sebati.
- Kalau masih kurg rasa pistachio boleh tambah kan paste lagi.
- Tuang atas kek batik tadi dan sejukkan.