Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi last kek lapis untuk raya ni... Aku buat yang ni last sebab aku malas nak bancuh banyak warna... Nanti nak kena basuh banyak bekas... Hahahaa... Kalau ikutkan macam malas nak buat resepi ni, tapi bila tengok bahan yang dia guna aku jadi tertarik sebab dia guna banyak susu tepung dari tepung gandum.... Kalau pikir macam tak logik. Bukan apa takut adunan tu tak beku atau lambat masak sebab guna banyak susu tepung. Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya... Disebabkan ni kek yang last, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin... Kalau ada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya... Jangan pandu kenderaan laju-laju. Kalau penat berhenti kat hentian... Byeee.....
Kek Lapis Dangdut Pelangi
C&P : Seha AL-Erfan ( Resepi Mama Kent )
Resepi asal : Chef Afifah ( Gigit Rangup )
Loyang 9x9x3 atau 8.5x8.5x4
500gm mentega asli
300gm susu pekat manis
300gm sri kaya
30gm ovalete
10 biji telur ayam gred A
200gm horlick
480gm tepung susu nespray ( full milk )
80gm tepung pau
pewarna hitam
pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu
Cara-cara
- Mentega, susu pekat, sri kaya dan ovelate dipukul hingga putih dan kembang.
- Masukkan telur satu per satu sehingga habis dan pukul sebati.
- Masukkan horlick, tepung susu dan tepung pau. Pukul sebati hingga tidak berketul.
- Timbang keseluruhan adunan. Kemudian bahagi kepada 13 ( untuk 13 lapisan ).
- Asingkan 6 mangkuk adunan untuk lain-lain warna. Ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah ( untuk menghasilkan warna yang menyerlah, tambah 2 titik pewarna putih untuk setiap warna supaya warnanya tidak kelam bila bertemu hitam)
- Lebihan adunan diwarnakan hitam, kemudian bahagi adunan hitam kepada 7 bahagian.
- Untuk lapisan pertama guna api atas dan bawah. Kemudian lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja.
- Suhu ikut oven masing-masing.
- Urutan melapis : hitam, ungu, hitam, biru, hitam, hijau, hitam, kuning, hitam, oren, hitam, merah dan hitam.