Friday 20 November 2020

Chocolate Banana Bread



      Assalamualaikum semua... Hari ni tema resepi masih guna pisang lagi... Ni pun sebab ada lebihan masa buat kek carrot pisang hari tu... Kalau biar macam tu ja pisang ni kompem jadi hitam sebab bukan nak makan sangat... Tapi kalau buat kek mesti cepat habis... Bila tengak nama resepi ni mula-mula agak pening sikit. Yela, ada perkataan bread kat situ... Ingat nak kena uli doh dah... Padahal cuma main campur-campur ja bahan-bahan tu... Kek ni nampak macam padat, tapi agak moist... Macam kek coklat tapi letak pisang... Ganding pulak dengan coklat chip & kacang walnut lagi la umphhh... Kalau sapa-sapa ada lebihan pisang & tak tau nak buat apa boleh cuba resepi ni... Selamat mencuba....






CHOCOLATE BANANA BREAD
Resepi: Joy of Baking
Dirujuk dan terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - ( dipanggang dan cincang )
1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
1/4 cawan (30 gm) serbuk koko
1 cawan (200 gm ) gula pasir ( ganti gula perang )
1 sk. baking powder
1/4 sk. soda bikarbonat
1/4 sk. garam
1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam - cairkan dan biar sejuk
3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbh kurang 1 1/2 cawan)
1 sk. esen vanila


Cara-Cara:-
  1. Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
  2. Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit.Sejukkan dan cincang kasar.
  3. Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  4. Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacausebati
  5. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
  6. Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
  8. Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang.




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...