Thursday, 30 July 2020

Kek Lapis Durian Special Edition




     Assalamualaikum semua... Ok, ni resepi kedua aku untuk kek lapis raya haji tahun ni.. Aku tak buat banyak kek lapis kali ni... Cuma dua jenis jaa... Biskut pun buat sikit-sikit... Bukan ada orang nak mai beraya sangat pun kali ni... Nak-nak tengah musim corona sekarang ni... Kena berjaga-jaga la sikit... Awasi pergerakan anda... Tak pasai-pasai terkena pulak.. Mintak dijauhi la kannn.... Untuk kek ni aku buat tak la spesial sangat pun sebab aku guna durian kampung jaa... Owner resepi ni guna durian udang merah... Mana nak cari... Tak pa la, janji durian jugak... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuu...

 



Kek Lapis Durian Special Edition
C&P : Raihana Rasyidah Rahman ( Resepi Mama Kent )
loyang 8x8x3

Bahan-Bahan
200gm tepung hong kong
200gm gula kastor ( boleh kurangkan )
500gm pure butter
100gm horlick
100gm creamer
10 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan susu segar HL ( seeloknya yang sejuk )
1 sb ovallate

Bahan cheese
125gm cream cheese
pewarna putih
20gm almond hancur
20gm cherry merah

Bahan durian
4-5 ulas durian
pewarna kuning telur


Cara-cara
  1. Mix butter, gula dan ovallate hingga lembut.
  2. Masukkan susu segar dan mix lagi.
  3. Masukkan susu pekat dan mix.
  4. Masukkan tepung, horlick dan creamer mix hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan dengan bahan cheese dan mix, Satu bahagian masukkan bahan durian dan mix juga.
  6. Bakar selapis-selapis separuh bahagian cheese dulu kemudian bakar selapis-selapis bahagian durian hingga habis dan kemudian bakar lagi bahagian cheese sampai habis


No comments:

Post a comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...