Assalamualaikum dan selamat petang semua... Tengah buat apa tu... Dok buat cucuq untuk berbuka ke...? Hari ni aku rajin sikit nak buat kuih... Kuih mudah ja pun... Gentel-gentel, pastu rebus... Mudah kan... Tapi kali ni cuba buat onde-onde labu... Dulu dah pernah buat sekali.. Memang sedap.. Untuk resepi ni aku guna buah labu yang orang sedekah bagi kat mak aku... Mak aku buat sayur labu... Tapi ada lebih lagi... So, aku buat la kuih ni... Tu pun ada lebih sikit lagi baki buah labu tu... Ingat kalau rajin nak buat kaswi atau kuih bakar labu... Tu pun kalau rajin lah kann... Yang aku buat ni cuma separuh adunan... Dapat banyak jugak la.. Boleh bagi kat jiran sebelah lagi... So, kalau tak ada idea nak buat apa denga buah labu yang berlebihan tu, boleh la cuba resepi ni... Selamat mencuba yeee...
Onde-Onde Labu Manis
C&P : Yatie Memories
Bahan-Bahan
2 cawan labu- yg telah di kukus dan dilenyek
2 1/4 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
Air secukupnya- utk merebus onde2
2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-cara
- Lenyek labu yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut.
- Kemudian masukkan air sedikit2, jika perlu. Saya tak letak air pun.
- Seterusnya gaul rata dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
- Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nya, tutup dgn kemas dan kepalkan semula menjadi bebola .
- Golekkan supaya menjadi sebiji bebola kecil. Buat sehingga adunan habis.
- Jerang air dlm periuk bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
- Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.