Saturday, 29 August 2015

Nasi Hujan Panas, Ayam Merah Tomato & Acar Mentah



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Dua hari lagi kita nak sambut hari kemerdekaan. Alang-alang tu, boleh la aku ucap selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada warga malaysia... Moga-moga negara kita ni kekal aman... Tak mau dok gaduh sana, gadoh sini ok... Hari ni ada menu special yang aku masak. Aku ni memang jarang nak masak nasi berperisa ni... Tapi bila dah rajin tu, kena la buat. Sekarang ni dah tak payah dok tunggu kenduri kawin kalau nak makan nasi berperisa macam nasi hujan panas ni. Dah boleh buat sendiri. Cuma kena rajin cari resepi kat internet ja... Resepi ni pun agak mudah, bahan-bahan pun tak banyak sangat yang guna... Kalau ada yang teringin nak merasa boleh la cuba buat esok... Byeee...





Nasi Hujan Panas
Resipi : Che CT

C&P : DDCT

Bahan-bahan:
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
1/2 inci halia dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah


Cara-cara
  1. Basuh beras dan toskan beras.
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
  3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
  4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.
  5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
  6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
  7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.






Acar Mentah
Resipi : Che CT


Bahan-bahan :
1 batang timun segar potong memanjang
1 batang carrot potong memanjang
1 biji nenas masak potong dadu kecil
1 batang lada merah belah dua dan buang bijinya
2 sudu besar cuka / boleh ganti dengan jus limau nipis
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan2 dan kacau rata2 semuanya. Masukkan dalam bekas sesuai, tutup dan masukkan dalam peti sejuk lebihkan 1/2 jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba :)




Ayam Merah Tomato
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome


Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 12/14 bersihkan
2 biji tomato didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis :
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih



Cara Memasak
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...