Friday 3 July 2015

Puding Peach




    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku share resepi puding yang sangat sesuai untuk menu berbuka... Aku buat puding peach ni pun sebab ada dua tin buah peach yang tak terusik. Asalnya aku nak guna buat kek sebelum bulan puasa. Alih-alah tak terbuat jugak. Daripada dok terperam ja, aku pun buat la pudig ni... Untuk resepi ni aku tak buat ikut cara yang dia bagi. Aku ubah sikit cara dia. Tapi bahan-bahan tetap sama.... Dalam 4, 5 hari nanti aku tak dapat nak update blog sebab aku nak pi rumah kak aku kat rawang & shah alam. Alang-alang dah kat sana, boleh la shopping baju raya... Hihiii... Ok la, byee...




PUDING PEACH
sumber: Anjung Norry
C&P : Kak Izah

Bahan-bahan
1 paket agaragar serbuk(10 gram)
600 ml air putih
250gram gula ( aku letak 150gm )
1 tin susu cair (400ml)
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
pewarna merah ( aku letak pewarna kuning )
1 tin kecil peach dalam syrup


Cara-cara
  1. Masakkan agar-agar bersama 600 ml air
  2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut
  3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api
  4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah
  5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agaragar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku
  6. Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agaragar yang telah diwarnakan merah.

Cara aku buat
  1. Masak air, agar-agar dan gula hingga gula hancur. Bahagi adunan sama banyak dan ketepikan satu adunan lain dalam periuk yang berasingan.
  2. Satukan tepung kastard, telur dengan susu cair. Kacau hingga tepung larut.
  3. Tuang dalam salah satu bahagian adunan agar-agar dan masukkan pewarna kuning. Masak seketika.
  4. Tuang dalam acuan dan biar separuh beku.
  5. Masak adunan agar-agar satu lagi bersama sirap peach dan tambah 1/2 cawan air.
  6. Susun buah peach atas adunan separuh beku tadi dan tuang adunan agar-agar satu lagi.
  7. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk.






1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...