Tuesday, 25 March 2025

Kek Lapis Strawberry Oreo Creamy

Kek Lapis Stawbery Oreo Creamy

 
      Assalamualaikum semua... Hari ni aku share resepi kek lapis yang ketiga pulak... La ni tak dan nak share resepi waktu siang... Bukan apa, siang-siang la ni hangat sangat... Nak update blog pun jadi tak rajin... Malam pun cuaca berkuap... Panas-panas pun aku tak mau komplen sangat la sebab ada setengah negeri ada kena banjir. Aku rasa banjir lagi teruk dugaan dari cuaca panas kalau waktu bulan puasa ni. Bukan apa dah dekat nak raya ni mesti banyak persiapan nak raya dah buat. Tiba-tiba banjir habis rosak barang. Harap depa yang dilanda banjir tu bertabah laa... Berbalik pada resepi hari ni kek lapis ni rasa sedap sebab ada letak santan. Pastu ada serbuk almond. Lagi la sedap... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
 
 
 
Kek Lapis Stawbery Oreo Creamy

 
Kek Lapis Strawberry Oreo Creamy 
C&P : FB DEWIE SHA

500 g butter
10 biji telur ( A @ AA )
400 g susu pekat
80 g gula
300 g serikaya
200 g tpg susu
300 tpg pau
100 g serbuk almond
200 ml santan kotak
1 sudu teh esen vanila
1 sudu ovalet
200 g coklat putih ( cairkan coklat )
warna putih
warna pink
150 g filling strawberry
serbuk oreo ( aku guna biskut cream-O )
 
 
Cara-cara
  1. Masukan butter , susu , ovalet , serikaya ke dalam mixing bowl dan putar sampai kembang.
  2. Masukan telur satu persatu. Pukul sebati.
  3. Masukan serbuk badam, tepung susu dan coklat putih yang sudah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukan tepung pau sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan santan. Akhir sekali masukan esen vanila.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1 - warna pink + filling strawberry. Bahagian 2 - warna pink + putih. Bahagian 3 - putih + oreo.
  6. Panaskan oven 170C°. Tuang adunan warna pink + filling strawberry. Ratakan & bakar.
  7. Apabila lapisan warna pink + filling strawberry masak, masukkan adunan putih dan ratakan. Tabur oreo crumb pada setiap lapisan putih.
  8. Buat hingga habis lapisan  warna pink + filling strawberry kemudian sambung adunan warna pink + putih. Buat sehingga habis.
 
 
Kek Lapis Stawbery Oreo Creamy


Monday, 24 March 2025

Biskut Ombak Rindu

Biskut Ombak Rindu

 
 
      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi biskut untuk hari raya nanti. Aku jarang nak buat resepi biskut yang tak pernah buat ni. Selalu memang dok buat yang sama ja tiap-tiap tahun. Selalu buat tart nenas, cornflakes madu, cornflakes rangup, almond london, florentine & chocolate chip cookies. Tahun ni aku try resepi baru pulak. Buat ni pun sebab aku tak buat cornflakes madu. Ada lebihan cornflakes tu buleh buat biskut ni. Kalau tanya pasal nama pasai apa nama biskut ombak rindu pun aku tak tau. Sila la google sendiri. Saiz biskut ni aku sukat guna 1/2 sudu teh setiap biji. Saiz dia jadi comel-comel laa... Sedap tau biskut ni sebab ada bau aroma kopi tu. Sapa-sapa nak cuba buat buleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...
 
 
 
Biskut Ombak Rindu

 
 
Biskut Ombak Rindu
C&P : Azlita Aziz

250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh butter flavour
1 sudu teh perasa moca
5 gm Nescafe
5 gm air panas ( Nescafe + air panas jadikan pes )
1 biji telur
330 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
8 gm serbuk koko
3 gm baking Powder
3 gm Soda
200 gm choc rice
60 gm cornflakes ~ kisar kasar
80 gm Almond nibs ~ panggang sebentar
coklat putih ~ cairkan untuk hiasan
Badam biji ~ di bakar

 
Cara-cara
  1. Tepung, koko, baking powder, soda, susu tepung, satukan semua bahan kering ini dan ayak.
  2. Dalam mesen pemutar, putarkan dengan speed sederhana , mentega, gula, vanilla, butterflavour, moca dan nescafe paste hingga sebati
  3. Masukkan telur dan pukul sebentar
  4. Masukkan campuran bahan ayak dan gaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan, coc rice, almond nibs dan cornflakes, gaul rata.
  6. Sediakan dulang pembakar. Drop kan atas dulang dengan sudu. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit
  7. Bila dah masak sejukkan. Sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler. Paipkan atas biskut yang telah sejuk. Hiaskan dengan badam bakar di atasnya.
 
 
Biskut Ombak Rindu

 

Sunday, 23 March 2025

Kek Lapis Bubblegum Cheese

Kek Lapis Bubblegum Cheese

 
      Assalamualaikum semua... Lewat malam ni baru sempat nak update resepi kek lapis kedua untuk tahun ni. Nama dia kek lapis bubblegum cheese. Bau bubblegum dekat kek ni tak la bau kuat sangat. Sebab masa bau dari botol bubblegum tu ada bau macam ubat batuk tau. Nanti orang ingat aku letak perisa ubat batuk pulak... 😅😅😅😅 Bila dah bakar tu bau dia tak menyengat sangat. Perisa bubblegum ni boleh cari kat shopi. Kalau cari kat kedai bakery rasanya tak ada. Tapi tak tau la kat tempat hangpa ada. Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
 
Kek Lapis Bubblegum Cheese

 
 
Kek Lapis Bubblegum Cheese
C&P : FB Dapur Kitak

500 gram butter
30 gram ovalet
50 gula kastor
10 biji telur gred A
250 gram cream cheese
350 gram susu pekat
1 sudu teh esen vanila
50 gram horlicks
100 gram creamer
50 gram tepung aiskrim vanila
350 gram tepung pau
100 ml dairy whipping cream
warna putih 80 ml
warna biru
warna kuning
warna pink
1 sudu besar perisa bubblegum

Cara-cara
  1. Satukan butter,  cream cheese, gula, susu pekat, esen vanila dan ovalet dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang.
  2. Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung aiskrim vanila, creamer dan horlicks. Sebatikan.
  4. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit sehingga habis.
  5. Masukkan whipping cream. Sebatikan.
  6. Ambil sedikit adunan dan masukkan perisa bubblegum. Sebatikan. Bahagi lagi kepada 3 bahagian. Setiap bahagian letak warna kuning, pink & biru. Adunan selebihnyah letak warna putih.
  7. Lapik loyang 8×8×4 dengan baking paper. Panaskan oven 180C. Tuang 1 bahagian warna biru dan ratakan. Bakar lapisan pertama api atas dan bawah.
  8. Lapisan kedua hingga terakhir guna api atas sahaja. Tuang 1 bahagian warna pink. Ratakan dan bakar. Bila lapisan pink dah masak, sambung lapisan warna kuning pula.
  9. Sambung melapis dengan lapisan warna putih. Buat sehingga habis adunan putih.
  10. Lapis pula baki adunan warna kuning, pink & biru.
 
 
 
Kek Lapis Bubblegum Cheese

Saturday, 22 March 2025

Kek Lapis Red Velvet Vanila

Kek Lapis Red Velvet Vanila

 
     Assalamualaikum semua... Tengah-tengah pagi buta ni terajin pulak nak update blog. Ni kek lapis pertama untuk tahun ni. Kek ni pun tak guna banyak bahan. Cream cheese pun tak ada. Tapi ganti biskut nabati cheese tu.. Ni kira versi jimat laa... Kalau ada yang nak buat buleh tengok resepi kat bawah tu...
 
 
Kek Lapis Red Velvet Vanila

 
 
Kek Lapis Red Velvet Vanila
C&P : Dapur Kitak
 
500 gram marjerin ( aku guna butter )
100 gram gula
30 gram ovalet
10 biji telur gred A
350 gram susu pekat
100 gram creamer
400 gram tepung gandum
50 gram susu full cream
1 sudu besar redvelvet emulco
1 sudu besar warna putih
1 sudu teh perisa vanila
46 gram biskut nabati cheese ( hancurkan )

Cara-cara
  1. Satukan marjerin, ovalet dan gula. Pukul hingga kembang.
  2. Bila sudah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Sebatikan.
  4. Masukkan creamer. Sebatikan.
  5. Masukkan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis.
  6. Masukkan susu full cream. Sebatikan.
  7. Timbang adunan dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Bahagian pertama masukkan red velvet emulco. Bahagian kedua masukkan perisa vanilla dan pewarna putih.
  8. Alas Loyang 8×8×4 dengan baking paper. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C. Tuang adunan red velvet dalam loyang dan ratakan. Lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah.
  9. Sambung bakar lapisan red velvet sehingga habis. Untuk lapisan ke 2 hingga terakhir, bakar guna api atas sahaja.
  10. Sambung bakar lapisan putih pula. Setiap lapisan putih masukkan biskut nabati yang telah dihancurkan sebanyak satu sudu besar. Buat sehingga habis adunan putih.
 
 
Kek Lapis Red Velvet Vanila

Monday, 10 March 2025

Air Katira

 
Air Katira

 
      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Macam mana puasa...? OK kerr.... Disebabkan sekarang ni musim panas, aku pun buat la resepi air untuk berbuka nanti... Kali ni aku cuba buat air katira. Aku memang tak pernah lagi rasa air katira ni. Apa yang aku tau air katira ni asal dari johor... Kalau tengok bahan-bahan dia macam bahan nak buat laici kang. Tapi air katira ni dia letak susu pekat dan kordial tebu. Aku pun tak tau kata ada kordial tebu... Hahaaa.. Sedap rupanya air katira ni... Minum pula time hangat-hangat ni.. Perrhhh.... Sabaqqqq.... Tunggu time berbuka satgi.... Kalau sapa-sapa nak mencuba buleh tengok resepi kat bawah tu....
 
 
Air Katira

 
Air Katira
C&P : Salina Jalaludin ( cookpad )
 
5 gm gula batu
5 sudu besar gula pasir
2 cawan air
5 gm selasih (direndam)
5 biji getah anggur (direndam)
3 biji kembang semangkuk (direndam semalaman)
1 bungkus cincau (dipotong dadu)
3 sudu besar pes perasa tebu
2 titik pewarna ros (untuk bagi air gelap sedikit hijaunya) - aku ganti pewarna hijau
6 sudu besar susu pekat
1 gelas ais batu
 
 
 Cara-cara
  1. Getah anggur, selasih dan kembang semangkuk tu direndam sehingga kembang. Cincau dipotong dadu.
  2. Gula batu dan gula pasir dimasak sehingga mendidih. Sejukkan seketika. Kemudian masukkan pes perasa tebu dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Untuk dihidangkan, masukkan ais batu ke dalam gelas. Tuangkan air katira. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
Air Katira

Saturday, 8 March 2025

Puding Kastard Berkuah Koktail

 
Puding Kastard Berkuah Koktail

 
 
     Assalamualaikum... Selamat berpuasa... Hangpa masak apa untuk berbuka satgi...? Aku buat puding kastard berkuah koktail... Belah-belah utara ni cuaca panas yang amat. Kami panggil hangat lit-lit.. Memang panas sangat. Bila panas-panas ni mulut nak benda yang sejuk-sejuk laa... Gagah la buat puding ni... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Pastu aku letak dalam acuan kecik-kecik. Nampak comel la sikit. Cumanya kena rajinkan diri nak basuh acuan tu... Hahaaaa... Sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat berbuka puasa... Byeee....
 
 
 
Puding Kastard Berkuah Koktail

 
 
Puding Kastard Berkuah Koktail
C&P : Rasa / Mastura Razali
 
Bahan A ( Kastard )
1 cawan tepung Kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu sejat 
1/2 cawan gula
 
 
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api.
  2. Masak guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
  3. Masak sampai kastard agak pekat kemudian tutup api.
  4. Kemudian masukkan adunan kastard ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
  5. Bila kastard telah mengeras, potong menjadi ketulan kecil.

 

 

Puding Kastard Berkuah Koktail

 

Bahan B ( kuah )
1 tin susu sejat
4 tin air
1 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan tepung kastard
Buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco
 
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan ( kecuali buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco ) dan masak sehingga mendidih.
  2. Tutup api dan biarkan kuah menjadi sejuk.
  3. Untuk menikmatinya ,masukkan kastard yang dipotong tadi ke dalam mangkuk.
  4. Tuang kuah secukupnya dan tambah  buah-buahan koktail, sumi dan nata de coco.
  5. Boleh sediakan awal kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
 

 
Puding Kastard Berkuah Koktail

 
 

Sunday, 2 March 2025

Puding Jagung

Puding Jagung

 
     Assalamualaikum semua.... Selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia ni.... Macam mana puasa pertama hangpa hari ni...? Kami kat Perlis ni terasa bahang panas dah... Start pukul 10 pagi tadi dah rasa hangat... Biasa la dugaan bulan puasa... Bila panas ni dia dok terasa dahaga ja dari lapaq... Hangpa masak apa untuk menu berbuka satgi....? Aku buat menu ringkas jaa... Buat puding jagung. Ni pun buat masa lepas sahoq tadi. Ingat macam malas nak buat. Tiba-tiba terajin la pulak. Rasa tak tau lagumana.. Manis kat tak. Tunggu waktu berbuka satni la nooo... Kalau sapa nak cuba buleh la tengok resepi kat bawah tuu... Selamat berbuka semuaaa....
 
 
 
Puding Jagung

 
Puding Jagung 
C&P : FB Mr. Ali

2 cawan air (500ml)
1 tin susu cair ( 370 ml)
1/2 cawan gula ( 100g)
1 tin jagung creamy
1 paket serbuk agar2 (10g)
1 biji telur gred A
1 kotak santan pekat (200g)
3 sudu makan tepung castard + larut dengan sedikit air sejuk
sedikit garam & sedikit essen vanila

Cara - Cara
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, bancuhan kastard, essen vanila & garam
  2. Sebatikan dulu baru hidup kan api. - - api guna perlahan shj
  3. Bila dah  start panas atau naik wap baru masukkan santan dan kastard
  4. Kacau hingga mendidih dan matikan api
  5. Terus masukkan sedikit essen vanila dan garam. Sebatikan
  6. Tuang kedalam loyang 8 inci
  7. Sejukkan 5 jam
Dah siap dan boleh makan. Ketahanan puding 4-5 hari di dalam chiller.
SELAMAT MENCUBA!



Puding Jagung

Thursday, 27 February 2025

Kek Carrot Walnut Caramel

Kek Carrot Walnut Caramel


        Assalamualaikum & selamat pagi semua... Pagi-pagi ni dok tayang kek pulak noo... Hahaaa... Kek carrot ni aku buat sekali dengan kek coklat kunafa pistachio tu. Buat pun sebab nak bekup kot-kot kek kunafa tu tak jadi kaa.... Hahaaa... Nasib menjadi kek coklat kunafa tu.. Ni first time aku buat kek carrot ada letak ovellete dalam adunan kek tu. Cuma yang jadi masalah dia bila kita potong kek tu dia mudah lerai... Bila letak ovellate kek memang jadi gebu elok. Untuk kek ni aku buat guna loyang 6 inci. Kek nampak tinggi la. Kalau nak nampak rendah boleh guna loyang 8 inci. Macam biasa kalau kek carrot aku memang tak letak serbuk kulit kayu manis. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu.... Byeee...


Kek Carrot Walnut Caramel


Kek Carrot Walnut Caramel
C&P :  Muniroh Annuar ( cookpad )

3 biji telur
1/2 cwn gula perang
1 sb ovellete
1 tsp esen vanila
3 sb susu pekat
1/2 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp serbuk kulit kayu manis ( aku tak letak )
1/2 cwn walnut panggang (tumbuk kasar)
3/4 cwn carrot (diparut)


Cara-cara
  1. Satukan telur, gula perang, esen vanila, ovellet. Mix hingga gebu. Masukkan susu pekat, mix sebati. Masukkan minyak jagung. Kacau sebati.
  2. Ayak tepung gandum, baking powder. Masukkan serbuk kulit kayu manis. Masukkan walnut. Kacau rata. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur tadi.
  3. Mix sebati. Masukkan carrot. Kacau rata hingga sebati. Lapik 4 biji loyang saiz 6 inci dengan baking paper.Tuang adunan, bakar api 160 darjah 25 minit atau sehingga masak.

Kek Carrot Walnut Caramel



Sos Karamel
 
1 cwn gula
3/4 cwn whipping cream
2 sb butter


Cara-cara
  1. Masak gula hingga perang. Masukkan whipping cream. Kacau sebati. Masukkan butter. Kacau hingga sekata. Tutup api, sejukkan dahulu.

Kek Carrot Walnut Caramel



Cream Cheese Frosting
 
250 gm cream cheese
5 sb susu pekat
1/2 cwn whipping cream
1 cwn whipping non dairy


Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, susu pekat, whipping cream. Mix hingga sebati. Dalam bekas lain, mix non dairy whipping cream hingga bertanduk.
  2. Campurkan kedua² bahan tersebut. Kacau rata. Ketepikan.

Kek Carrot Walnut Caramel



Cara melepa kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese. Ratakan. Paipkan karamel. Letak sekeping kek. Ulang hingga lapisan kek yang keempat.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Tuang atau paipkan lebihan sos karamel atas kek.
  3. Hias ikut kreativiti masing-masing

 
 
Kek Carrot Walnut Caramel


Wednesday, 26 February 2025

Kek Coklat Kunafa Pistachio

Kek Coklat Kunafa Pistachio


     Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali dengan kek birthday yang ke 36 tahun... Selamat hari tua la kannn... Hahahaaa... Kek ni aku buat seminggu sebelum birthday aku. Saja buat awal, tak kalut. Kalau ikutkan banyak dah aku google resepi tapi tak banyak yang kongsi. Kalau ikutkan aku nak buat yang versi ketuk-ketuk bahagian coklat tu. Tapi tak jadi buat sebab yang tu sesuai dalam bekas kecik-kecik. Macam dalam bekas tiramisu yang aku buat sebelum ni. Kalau buat versi ketuk-ketuk tu nanti payah nak potong. So, aku buat versi coklat ganache. Nanti bila rajin aku nak buat juga versi ketuk-ketuk tu. Macam best pulak... Untuk pistachio cheese tu dia rasa masam sikit. Mungkin sebab aku kurangkan whipping cream kot. Nanti nak try yang tak letak cheese. Cuma fresh cream & pistachio spread jaa... Untuk bahagian kunafa tu jangan tekan kuat sangat. Bila tekan kuat, adunan tu jadi mampat. Nak potong pun susah. Jadi macam aku. Susah nak potong. Pastu kek jadi comot. Kalau ada yang nak mencuba sila tengok resepi Kat bawah tu... Apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY TO ME.... Terasa tua di sini... Hahaaa... Byeee...
 


Kek Coklat Kunafa Pistachio



Kek Coklat Kunafa Pistachio
By Syapex Kitchen

Kek Coklat

Bahan A
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak jagung

Bahan B
1/3 cawan + 1 sudu besar tepung kek*
1/3 sudu kecil baking powder*
1/3 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci. Ketepikan dan sediakan kunafa pistachio pula.


Kek Coklat Kunafa Pistachio



Kunafa Pistachio
 
100gm doh kunafa
25gm mentega
25gm kacang pistachio ( bakar & hancurkan )
150gm pistachio spread
 
Cara-cara
  1. Potong doh kunafa pendek-pendek supaya mudah goreng.
  2. Cairkan mentega dan goreng doh kunafa hingga keperangan dengan api kecil.
  3. Setelah doh kunafa keperangan, ketepikan dan biarkan sejuk.
  4. Satukan kunafa tadi dengan pistachio spread dan kacang pistachio. Sebatikan.
  5. Tuang atas adunan kek coklat. Tekan sedikit supaya padat. Ketepikan.
 
 

Kek Coklat Kunafa Pistachio



Pistachio Cheese
 
250gm cream cheese
4 sudu besar gula aising
100ml whipping cream ( pukul kental )
150 pistachio spread
1/2 sudu besar serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas ( cairkan )
1/2 sudu besar pistachio paste
 
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan pistachio spread & pistachio paste. Putar sebat.
  3. Masukkan larutan gelatin dan putar.
  4. Masukkan whipping cream dan gaul rata.
  5. Tuang atas adunan kunafa pistachio.
  6. Sejukkan hingga adunan betul-betul set. 

 

 

Kek Coklat Kunafa Pistachio


Chocolate ganache
 
200gm dark chocolate
100ml whipping cream
 
Cara-cara
  1. Satukan dark Coklat dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.
  2. Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas pistachio cheese.
  3. Sejukkan semalaman kek sebelum dipotong.
  4. Jika ada lebihah chocolate ganache, simpan dalam peti sejuk sehingga ganache keras. Kemudian paipkan keliling kek dengan coklat ganache menggunakan nozzle yang sesuai.
  5. Tabur keliling kek dengan kacang pistachio & coklat flakes...


Kek Coklat Kunafa Pistachio



Thursday, 6 February 2025

Tiramisu



      Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni awal pulak aku update blog ni... Jarang la nak update awal-awal ni.... Hahaaa... Hari ni aku muncul dengan resepi tiramisu. Tiramisu ni antara dessert yang paling senang nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau modal lebih guna mascarpone cheese macam resepi ni. Kalau modal kurang guna cream cheese ja... Tapi bagi aku baik guna mascarpone cheese sebab dia tak rasa madam macam cream cheese. Mascarpone cheese & biskut ladyfingers ni pun susah jugak nak jumpa hari tu sebab ramai pakat dok buat tiramisu ni. Kalau sapa yang nak join buat tiramisu ni buleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...




Tiramisu
C&P : QLKitchen

4 biji kuning telur
100 g gula kastor
400 g keju mascarpone (pada tahap suhu bilik)
250 ml krim ‘heavy whipping’ or krim ‘double’
20 -24 ketul ‘ladyfingers’/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)
1 – 1 ½ cawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk
Serbuk koko untuk diayak


Cara-cara
  1. Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air mendidih.
  2. Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit sehingga campuran memekat dan licin.
  3. Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.
  4. Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacau dengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.
  5. Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar. Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusan yang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke dalam peti beku selama 10 – 20 minit sebelum memukul)
  6. Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.
  7. Untuk menyediakan Tiramisu, isikan dalam bekas yang bersesuaian dengan campuran krim mascarpone sehingga 1/3 penuh. Patahkan span berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akan menjadi telalu basah berkembang.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  9. Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.

NOTA TAMBAHAN
Jika anda lebih suka Tiramisu yang lebih tegar, larutkan 2 sudu besar serbuk gelatin dengan 2 sudu besar air. Campurkan masuk bersama keju mascarpone dan campuran kuning telur-gula.




Black Forest Cake


     Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali lagi dengan kek. Tak rancang pun nak buat kek black forest ni. Yang buleh jadi kek black forest ni pun sebab beli buah ceri tu la... Masa pi giant tu ada nampak buah ceri tu and beli la. Bila rasa manisnya.... Bila pikir buat hiasan atas kek pun OK gak ni.. So beli la ceri dalam tin nak buat kek ni. Kek ni tak pakai banyak bahan pun. Krim pun guna fresh cream ja. Kalau nak cantik kena letak coklat parut atas kek tu. Tapi aku tak ada coklat bar, aku tabur coklat flakes je laa.... Lepas ni aku ingat nak try versi coklat moist pulak untuk kek tu. Mesti lagi sedap kann... Tapi tak tau la bila nak jadi tu... Hahaaa... Ni aku buat separuh adunan ja... Takat 6-8orang buat rasa-rasa OK la... Sebab kecik jaa... Dia nampak tinggi sebab aku lebihkan fresh cream tu. Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba buat buleh la tengok resepi kat bawah tu... Byee...




Black Forest Cake

Kek Span Coklat

60 gm gula kastor
50 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
2 biji telur (gred B)
5 gm ovalette
10 ml air
1/2 s/k vanila
10 ml minyak jagung


Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
  2. Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
  3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
  4. Tuang adunan sama banyak dlm 3 tin pembakar bersaiz 6 inci yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
  5. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan di atas redai




Cara Menghias Kek

200 g whipping cream ( aku guna 300gm fresh cream )
100 g chocolate rice ( aku guna coklat flakes )
90 g buah ceri hitam dalam tin ( aku guna 200gm )
1 s/b tepung jagung - bancuh dengan sikit jus ceri
10 g gula kastor
75 ml jus buah ceri -yg dlm tin tadi
sedikit serbuk kayu manis ( aku tak letak )
ceri merah biasa ( aku guna ceri hitam )


Cara-cara
  1. Didihkan jus buah ceri dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung. kacau hingga pekat.
  3. Tuangkan buah ceri dan kacau sebati. tutup api biarkan sejuk.
  4. Letak lapisan kek pertama atas papan kek. Sapukan dengan sirap ceri tadi di atas lapisan kek. Kemudian sapukan whip cream rata.
  5.  Letak beberapa biji ceri atas cream. Sapu lagi cream atas ceri. Ratakan.
  6. Letak kepingan kedua.. Ulang proses no. 4.
  7. Lakukan hingga ke lapisan ke3.
  8. Akhir sekali sapukan cream rata2 ke atas kek bahagian atas dan tepi.
  9. Paipkan cream menggunakan nozel bintang mengikut kreativiti sendiri.
  10. Hias dengan coklat rice dan ceri  sebagai hiasan.
  11. Sejukkan dahulu sebelum dipotong




Friday, 31 January 2025

Crispy Chocolate Cheesecake


     Assalamualaikum semua... Hari ni muncul dengan cheesecake pulak... Dah lama aku nak try cheesecake yang guna crispy chocolate spread ni. Cuma tak dan jaa... Selalu dok makan coklat crispy jaa... Dulu-dulu nak dapat cekelat ni pun susah. Lani nak makan hari-hari pun buleh. Ni adalah cekelat zaman kanak-kanak dulu laa... Dah tua ni pun tetap ketagih cekelat ni... Untuk base dia aku amek dari blog kak ita. Aku tambah bubble rice kat bawah tu. Ada yang liat sebab dia serap cecair dari bahagian cheesecake tu. Kalau nak cuba boleh jaa... Kot kena dengan mulut.. Ada nampak mat saleh buat dia cairkan coklat pastu dia gaul dengan bubble rice untuk base cheesecake tu. Bila rajin aku nak try versi tu pulak. Untuk bahagian cheesecake tu aku olah dari resepi Ovomaltine cheesecake oleh Mr. Ali. Aku cuma tambah gelatin sebab nak bagi stabil. Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba resepi ni buleh tengok kat bawah tu... Byeee....




Crispy Chocolate Cheesecake

Base atau Lapisan dasar

100  biskut Digestive ( hancurkan )
25 gm bubble rice chocolate
50 gm butter ~ di cairkan


  1. Satukan biskut dan  mentega cair dan gaul rata.
  2. Masukkan bubble rice chocolate dan gaul rata.
  3. Tuangkan dalam ring pan saiz 6 inci yang di lapik alas kek
  4. Ratakan dan padatkan
  5. Sejukkan di dalam peti ais hingga keras.

NOTA TAMBAHAN
Aku tak sarankan letak bubble rice kat lapisan bawan ni sebab nanti dia akan serap cecair dari cheesecake. Dia akan jadi liat. Tapi ada ja yang rangup. Kalau nak sedap base dia buat dengan coklat cair tambah bubble rice. Sebab ada tengok mat saleh buat macam ni.
 
 

 
 
 
Lapisan kedua

250gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanila ( optional )
200ml dairy whipping cream
2 sudu besar gula aising
200gm Crispy Chocolate Spread
150gm Crispy Chocolate Spread ( untuk hiasan atas cheesecake )
1/2 sudu besar gelatin halal + 2 sudu besar air panas ( cairkan )


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan esen vanila dan larutan gelatin. Masukkan pula Crispy Chocolate Spread ( 200gm ). Putar sehingga sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, putar whipping cream dan gula aising. Pukul hingga kental.
  3. Satukan adunan cheese dan whipping cream dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Tuang adunan kedalam adunan loyang. Simpan dalam chiller semalaman.
  5. Cairkan Crispy Chocolate Spread ( 150gm ) secara double boiler.
  6. Tuang atas lapisan kedua yang dah diset semalaman. Ratakan dan set dalam 1 jam dalam chiller dan boleh hias kek dengan fresh cream dan susun keliling kek dengan coklat crispy.



Wednesday, 29 January 2025

Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake

 
 
      Assalamualaikum semua... Lama jugak aku tak update kat sini. Ni post pertama aku untuk tahun 2025. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang merayakannya hari ni. Untung la, pakat cuti panjang. Boleh la jalan-jalan makan angin. Lagi satu aku lama dah tak update kat blog aku ni pun sebabnya laptop aku rosak... Hadoiii laaa... Ni pun aku update kat tipon jaa... Susah jugak la nak update guna tipon ni sebab screen kecik. Jenoh nak membelek... Berbalik pada resepi kek hari ni, kek ni aku pernah buat dah dulu. Kali ni aku buat separuh adunan. Lani kalau nak buat kek aku rasa kena buat separuh adunan ja la kalau nak save bajet sebab harga barang makin naik. Ritu aku beli barang kek lapis untuk raya nanti dah Rm400 lebih baq hiangggg... Aku beli awai sebab takut dekat-dekat nak raya lagi la naik... Resepi kali ni aku tambah kacang hazelnut kat chocolate ganache tu... Sedap gak... Rasa lemak-lemak kacang. Kalau ada yang nak mencuba buleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...



 
 
Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake
C&P : Kak Ita


CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan A
150 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
2 biji telur B saiz
200 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C
125 ml susu cair
125 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 1 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
125 ml air panas


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
  2. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 1 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.. Tambahkan air panas dan gaul rata.
  4. Tuang adunan dalam 3 biji loyang bulat 6 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 35 minit atau sehingga masak. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.




KEK HAZELNUT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI April 2013

2 biji telur
50 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
8 gm ovalette
20 ml air
50 gm tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
30 gm mentega ~ dicairkan
25 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar ( aku guna serbuk hazelnut )


Cara-Cara
  1. Sediakan 2 biji loyang 6 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega. Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak. Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar. Cairkan mentega.
  2. Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, serbuk hazelnut dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
  4. Tuang adunan dalam loyang sama banyak dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit.
  5. Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak. Tekstur kek sangat gebu. Ia akan memantul semula bila kita tekan




MASCARPONE CHOCOLATE MOUSE FROSTING
Diolah daripada resepi : Chef Dennis

Bahan A
2 biji kuning telur
50 gm coklat masakn gelap di cincang
4 gm gelatin
15 gm air
125 gm krim bukan tenusu ( aku letak 180gm )
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-Cara
  1. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga.
  2. Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
  3. Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
  4. Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan

Bahan B
115 gm Mascarpone ( aku letak 150 )
50 gm gula icing


Cara-Cara
  1. Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
  2. Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.




Chocolate Ganache
Oleh : Chef Amer Hamzah

Bahan A
125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek

Bahan B
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega
1/2 sudu besar pes hazelnut
30gm kacang hazelnut ( bakar & hancur kasar ) - aku tambah


Cara-Cara
  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk. Coklat masakan gelap di cincang halus
  2. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul sempurna. Tambahkan pes hazelnut. Gaul rata. Masukkan kacang hazelnut yang telah dihancurkan. Gaul rata. Sejukkan.
  3. Bila dah sejuk boleh tuang atas kek.

NOTA TAMBAHAN :
Adunan ni akan dapat lebih bila buat curahan macam aku. Kalau tuang jenis salut seluruh kek rasanya tak ada lebihan coklat ganache tu.





Cara Melapis
  1. Potong atas kek supaya kek menjadi sama tinggi.
  2. Letakkan 1 keping kek chocolate moist atas papan kek, sapu krim dan letak 1 keping kek hazelnut dan ratakan krim.
  3. Ulang langkah 2 dengan kepingan kek chocolat moist sehingga lapisan terakhir.
  4. Sapu keseluruhan kek dengan baki krim. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.
  5. Hias dengan chocolate ganache