Friday, 15 August 2025

Chocolate Mousse Cheesecake

Chocolate Mousse Cheesecake


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni saja la nak share resepi kek lagi. Ni kek ada rasa coklat dan cheese. Sedap tau. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan ja. Tapi kat bawah tu resepi full. Kalau nak buat separuh adunan macam aku sila separuhkan adunan bahan-bahan. Untuk kek aku guna 3 biji loyang 6 inci. Cepat sikit masak kek tu. Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Byeeee...


Chocolate Mousse Cheesecake


Chocolate Mousse Cheesecake
C&P : TikTok AINNA
 
Kek coklat
 
2 biji telur
100gm gula kastor 
1/2 tbsp chocolate emulco
1/2 tbsp esen vanilla
1 tsp ovalet
75gm susu pekat
75gm minyak masak
120gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1/2 tsp baking soda
1/2 baking powder
80ml air panas + 1 tsp instant coffee
 
 
Cara-cara
  1.  Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder kemudian ayak. Ketepikan.
  2. Putar selama 1-2 minit sampai adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat & minyak masak. Mix sampai sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan bancuhan air panas bersama instant coffee. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang 8 inci dan bakar pada suhu 180°C selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing.
  7. Bila kek dah masak sejukkan. Kemudian potong menjadi 3 bahagian.
 
Chocolate Mousse Cheesecake

 Chocolate Layer
 
250gm cream cheese
30gm gula kastor
1 sudu kecik esen vanilla
120gm dark chocolate
120gm whipping cream 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla dalam mixing bow. Putar selama 2 minit.
  2. Cairkan dark chocolate secara double boiler dan biarkan sejuk sedikit.
  3. Putar whipping cream sampai kental. Tuang coklat yang dah sejuk ke dalam whipping cream tadi dan gaul rata.
  4. Satukan dengan adunan cream cheese dan putar sebati. Ketepikan.


Chocolate Mousse Cheesecake


White Chocolate Layer
 
250gm cream cheese
30gm gula kastor
1 sudu kecik esen vanilla
120gm white chocolate
120gm whipping cream 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla dalam mixing bow. Putar selama 2 minit.
  2. Cairkan white chocolate secara double boiler dan biarkan sejuk sedikit.
  3. Putar whipping cream sampai kental. Tuang coklat yang dah sejuk ke dalam whipping cream tadi dan gaul rata.
  4. Satukan dengan adunan cream cheese dan putar sebati. Ketepikan.

Chocolate Mousse Cheesecake


Chocolate Ganache
 
50gm dark chocolate
50gm whipping cream
1 sudu kecil unsalted butter
 
Cara-cara
  1. Cairkan dark chocolate dan whipping cream menggunakan kaedah double boiler.
  2. Bila dah cair, masukkan butter dan kacau sebati.
  3. Biarkan sejuk sebelum dituang atas kek.

  

Krim Frosting

1/3 cawan non dairy whipping cream
2 sudu besar hazelnut spread
 
  1. Putar whipping cream hingga kental. Bila dah kental masukkan hazelnut spread. Putar hingga sebati. Sedia digunakan.

 

Chocolate Mousse Cheesecake

Cara melapis kek
  1. Sediakan plastik mika. Letak sekeping kek atas papan kek. Balut keliling kek dengan plastik mika dengan kemas.
  2. Tuang adunan chocolate layer dan ratakan. Letak sekeping kek dan tekan sedikit supaya kek kemas.
  3. Tuang pula adunan white chocolate layer. Ratakan bagi sekata. Letak sekeping kek atas adunan white chocolate layer. Simpan dalam peti sejuk selama satu jam.
  4. Bila sudah satu jam, keluar kek dan buka plastik mika. Salut keliling kek dengan krim frosting.
  5. Tuang chocolate ganache atas kek. Jika ada lebihan krim frosting, boleh paipkan keliling kek.
  6. Simpan dahulu dalam peti sejuk sebelum dipotong. 
 
Nota tambahan:
  1. Aku buat kek ni separuh adunan daripada resepi kat atas guna 3 loyang saiz 6 inci.

 

Chocolate Mousse Cheesecake

Thursday, 14 August 2025

Dark and White Chocolate Mousse Cake

Dark and White Chocolate Mousse Cake


      Assalamualaikum semua... Hari ni kita bersiaran dengan Dark and White Chocolate Mousse Cake. Resepi asal ada kat sini. Tu versi 3 lapis mousse. Ni macam versi tompok-tompok lembu pun ada... Hahaaaa... Saja la nak cuba buat jadi tak tompok lembu tu. OK la kannn... Hahaaa... Resepi ni aku cedok kat internet ja. Pastu olah la sikit. Untuk base tu kalau sapa malas nak bakar kek boleh guna biskut oreo sebagai base. Resepi ada kat link yang aku bagi tu. Sapa-sapa nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee....
 
 
Dark and White Chocolate Mousse Cake


Dark and White Chocolate Mousse Cake
By : Syapex Kitchen
 
Kek span coklat
 
1 biji telur gred A
45 gm gula halus
40 gm tepung kek
5 gm serbuk koko
20 gm air
1/4 tsp baking powder
1/4 tbsp ovellete
15 gm minyak jagung
1/4 tsp esen vanilla
 
Cara-cara 
  1. Satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
  3. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  4. Kemudian tuang di dalam loyang  6 inci yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan pada suhu 170C dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak

 
Dark and White Chocolate Mousse Cake

 
Dark Chocolate Mousse
 
120g dark chocolate
90g whipping cream
120g whipping cream
1 1/2 sudu teh serbuk gelatin
15ml air panas
 
 
Cara-cara
  1. Cairkan dark coklat dengan 90gm whipping cream dengan kaedah double boiler. Larutkan serbuk gelatin dengan air panas. Bila dah larut, satukan dengan adunan dark chocolate. Kacau sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  2. Pukul 120gm whipping cream hingga kental. Satukan dengan adunan dark chocolate tadi. Kaup balik sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan tersebut dalam piping bag. Ketepikan.
 
 
Dark and White Chocolate Mousse Cake

 
White Chocolate Mousse
 
120g white chocolate
90g whipping cream
120g whipping cream
1 1/2 sudu teh serbuk gelatin
15ml air panas
 
 
 Cara-cara
  1. Cairkan white coklat dengan 90gm whipping cream dengan kaedah double boiler. Larutkan serbuk gelatin dengan air panas. Bila dah larut, satukan dengan adunan dark chocolate. Kacau sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  2. Pukul 120gm whipping cream hingga kental. Satukan dengan adunan white chocolate tadi. Kaup balik sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan tersebut dalam piping bag. Ketepikan.
 
 
Dark and White Chocolate Mousse Cake

 
 Chocolate ganache
 
 70gm dark chocolate
 50gm whipping cream
 
 
 Cara-cara
  1. Cairkan dark chocolate dengan whipping cream sehingga larut.
  2. Bila dah larut, sejukkan dahulu sebelum tuang atas kek. 
 
 
Dark and White Chocolate Mousse Cake

 
 Cara menyusun kek
  1. Sediakan plastik mika. Balut keliling kek span coklat dengan plastik mika. Pastikan tampal dengan tape bagi kemas supaya adunan mousse tak keluar.
  2. Paipkan secara tompok-tompok dark chocolate mousse dan white chocolate mousse. Buat sampai habis. Hentak sedikit supaya adunan mousse rata. Simpan dalam peti sejuk sehingga adunan mousse beku.
  3. Bila adunan mousse dah beku, buka plastik mika. Tuang coklat ganache atas adunan mousse. Jika ada lebihan coklat mousse, simpan dalam peti sejuk. Bila dah likat, boleh paipkan keliling kek. Tabur coklat flake keliling kek jika suka.
 
 
Dark and White Chocolate Mousse Cake

Saturday, 2 August 2025

Banana Pudding

Banana Pudding

 
       Assalamualaikum & selamat pagi semua... Pagi ni aku nak share resepi banana pudding. Asyik dok lalu kat fyp tiktok aku ja. Buat je laa.. Hahaaa... Untuk banana pudding ni testur dia lembik. Bukan macam pudding biasa tu. Kalau nak keras aku rasa lepas ni tambah adunan gelatin kalau nak bagi pejal sikit. Resepi ni aku amek kat tiktok Mr.Ali. Ni resepi tahun 2023 kalau tak silap. Untuk resepi yang terbaru dia ada letak mascarpone cheese. Aku tak buat yang tu sebab makan modai... 😂😂😂😂😂 Kita buat yang biasa la dulu. Biskut pun tak guna biskut telur tu. Guna biskut tiger susu. Kalau ikut resepi mat saleh dia guna biskut nila ka apa tah. Sapa yang nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee... 
 
 
Banana Pudding

 
Banana Pudding
C&P : TikTok Mr.Ali
 
Bahan-bahan
 
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan air
3 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan setengah cawan air
3 biji telur kuning gred B
1/2 cawan gula
Sedikit garam & esen vanilla
350gm dairy whipping cream
1 sudu makan susu pekat
7-8 biji pisang
Biskut secukupnya ( guna biskut tiger susu ) 
 
Cara-cara
  1. Masukkan susu segar, gula & air dalam kuali. Sebatikan baru hidupkan api perlahan.
  2. Sebatikan kastard yang sudah dibancuh bersama-sama telur kuning & masukkan perlahan lahan di dalam kuali.
  3. Kacau sebati. Jangan berhenti kacau sampai adunan mendidih. Anggaran kacau selama 15-20 minit pada api perlahan.
  4. Matikan api & pindahkan kedalam bowl. Bagi suam dulu & sejukkan kastard ni selama 3 jam.
  5. Pukul dairy whipping cream & susu pekat hingga kental. Sebatikan kedalam kastard yang kita dah sejukkan tadi.
  6. Boleh mula susun pudding. Mula-mula letak kastard - biskut yang dihancurkan - pisang - kastard. Ulang 2 - 3 kali mengikut citarasa masing-masing.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. 
 
 
Banana Pudding

 
 
Banana Pudding