Wednesday, 29 April 2015

Kek Keju Oreo




   Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni bila tengok kat luar rumah, nampak mendung ja... Pastu ada dengar guruh sikit-sikit. Selalunya memang nak hujan lebat & guruh kalau keadaan macam ni. Sebelum hujan dan guruh, baik aku update blog ni cepat-cepat. Resepi kali ni aku nak share pasal kek cheese oreo. Bila makan kek cheese oro ni macam makan kek aiskrim time sejuk-sejuk. Lazat tak terkata baq hianggg... Resepi ni aku cedok kat blog kak ita. Thanks ye kak ita... Kalau ada yang mintak sepotong, mintak maap laaa... Dah abis punnn... Hihhihii... ok la, sampai kat sini dulu la... Mendung semacam ja kat luar tu... Angin pun dah kuat... Jumpa lagi... byee....

 




Kek Keju Oreo
C&P : Kak Ita

KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang 8 inc
  3. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  4. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
  5. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
  6. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
  7. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
  8. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
  9. Sejukkan kek atas redai setelah masak
  10. Potong kek kepada 3 lapisan


  • adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
  • Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji






KRIM KEJU

1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
  2. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
  3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  4. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
  5. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  6. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  7. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  8. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  9. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata. Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
  10. Masukan adunan kedalam piping beg





Cara Penyediaan
  1. Potong kek span kepada 3 lapisan
  2. Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek
  3. Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc
  4. Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.
  5. Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat
  6. Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
  7. Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
  8. Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju ratakan permukaannya
  9. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
  10. Keluarkan kek dari loyang .Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
  11. Hias kek mengikut kreativiti anda


  • Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek.
  • Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus.
  • Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas.
  • Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur.
  • Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.



Friday, 24 April 2015

Kek Pandan Kelapa



   Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku nak update satu resepi kek yang sangat mudah... Kalau tengok memang macam kek orang dulu-dulu... Ye la, bahan yang guna pun senang nak dapat... Rasa pun sedap. Lemak-lemak kelapa pandan gitu... Kek ni sebenarnya aku buat bulan lepas lagi... Hari ni baru sempat nak tayang kat sini... Ok la, meh kita tengok resepinya...





Kek Pandan Kelapa

Bahan-bahan
125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering


Cara-Cara
  1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
  3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
  4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
  5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
  6. Selamat Mencuba! :)






Thursday, 16 April 2015

Puding KeK Cendol Dan Cincau

 


       Assalamualaikum semua... Dah lama aku tak menjengah kat sini... Ada yang rindu kat aku tak... Huhuuu.... Sapa la yang nak rindu kat aku ni kan... Hihiii... Sekarang ni kalau nak update blog pun kena pikir panjang. Bukan apa, bila nak buat kek ni banyak guna modal. Nak-nak sekarang ni bharga barang pun dah mahal. Tambah pulak adanya GST... Lagi la fening kefala... Apa-apa pun meh kita layan puding kek yang sedap ni.... Makan pulak tengah musim panas ni... Bestnya... Jom kita tengok resepi kat bawah tu... Thanks kak ita atas perkongsian resepi ni...





Puding KeK Cendol Dan Cincau
C&P : Kak Ita


Lapisan A( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan  saiz 8 X 8 inc ~ aku guna loyang spring form 8 inci

Lapisan B( lapisan Coklat)
250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur - aku x letak
 secubit garam


Cara-Cara
  1.  Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
  2. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
  3. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api Kemudian di tapis.
  4. Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.


 



Lapisan C
400 ml santan cair ( 200 ml santan KARA + 200 ml air )
5 gm agar-agar serbuk
80 gm gula halus
1 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
sedikit pewarna hijau apple sedikit pewarna kuning lemon



 Cara-Cara
  1. Satukan bahan C kecuali Cendol Cincau Pewarna kuning dan hijau dan masak hingga agar-agar dan gula melarut 
  2. Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol 
  3. Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi. * jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning. Biarkan ia sejuk dan mengeras
  4. Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu 
  5. Simpan di dalam peti ais hingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.