Thursday, 14 June 2018

Kek Lapis Nutella




     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis versi bakar pulak.. Untuk kek lapis yang pertama ni aku buat kek lapis nutella... Kalau sapa-sapa yang minat dengan nutella ni memang wajib buat tau... Sebab sedappp.... Kalau nak lagi sedap letak bebanyak nutella tu pada setiap lapisan kek... Untuk kek ni aku buat separuh adunan... Guna loyang 6x6 inci... Selamat mencuba...





KEK LAPIS NUTELLA
C&P : Bro Rozzan

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella
180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:
  1. Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
  3. Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
  4. Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.
  6. Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.




Wednesday, 13 June 2018

Red Vevet Cheese ( kukus )



     Assalamualaikum semua.... Ni adalah kek kukus yang terakhir... Lepas ni aku nak share yang bakar pulak... Dulu pernah buat kek lapis red velvet ni. Tapi yang tu versi bakar. Kali ni cuba pulak yang versi kukus... Memang moist kek red velvet ni... Sedap pun sedap... Untuk bahagian cheese tu aku buat dua kali ganda adunan sebab nak bagi nampak tinggi... Ok la, selamat mencuba....





Red Velvet Cheese ( kukus )
C&P : FB RMK

Bahan-bahan
250 gm butter
150 gm gula
4 biji telur gred A
4 sudu besar kaya
100gm susu pekat
125 gm tepung gandum
125 gm horlicks
60 gm red velvet paste
sedikit pewarna merah

Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
  3. Masukkan kaya dan susu pekat.
  4. Masukkan tepung dan horlicks secara selang seli dan pukul lagi.
  5. Masukkan red velvet paste dan sedikit pewarna merah dan pukul lagi sehingga sebati.

Adunan Cheese ( bahagian tengah )
Bahan-bahan
250g cheese
2 biji telur gred A
85 gm gula
2 sudu tepung gandum

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sehingga sebati.

Cara Melapis
  1. Kukus lapisan bawah ( adunan red velvet ) selama 20 minit, lapisan tengah ( adunan cheese ) selama 25 minit, lapisan atas ( adunan red velvet ) kukus sehingga masak.
  2. Kukus menggunakan loyang 8x8

Nota
  1. Aku bahagi adunan red velvet sama banyak kepada tiga bahagian
  2. Untuk adunan cheese aku buat 2 kali ganda aduna dan bahagi kepada dua bahagian sama rata.
  3. Kukus selapis demi selapis bermula lapisan red velvet diikuti adunan cheese. Buat hingga habis. Setiap lapisan kukus selama 20 minit atau adunan beku. Lapisan terakhir kukus sehingga adunan betul-betul masak.




Kek Puteri Dangdut



       Assalamualaikum.... Ok, ni kek yang ke dua pulak... Kalau tengok pada nama memang menarik kan... Apa kaitan pun aku tak pasti... Tapi yang pasti kek ni sedap kot... Rasa dia ala-ala karamel gitu... Walau pun rupa dia gelap tetapi rasa tetap ada... Kalau sekali tengok macam kek coklat pun ada... Ok lah, jom tengok resepi dia pulak... Yang ni pun aku buat separuh adunan guna loyang bulat 8inci...





Kek Puteri Dangdut
By :HaSue


Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml
* 450g mentega berkualiti
* 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
* 10 biji telur
* 1 gelas tepung gandum
* 2 gelas horlicks
* 1 tin kecil susu manis
* 1 botol browning sugar

Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
  2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
  3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
  5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
  6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA!:)


Kek Kelasi Mabuk (kukus)



       Assalamualaikum semua.... Wah dah nak raya kita ni... Tinggal 2 hari lagi... Pastu raya la kita... So, hari ni aku nak update pasal kek raya laa.... Untuk kek mula-mula ni memang unik.... Apa yang uniknya... Mesti la kat nama dia... Pasai apa orang letak nama kelasi mabuk pun aku tak tau... Mungkin kena pi sarawak kot... Tanya kat sana... Selain tu, rasa dia pun unik... Sebab kat bahagian putih tu dia ada rasa limau kasturi... Bahagian hijau tu pula rasa pandan... Bila makan tak tau nak gambarkan macam mana... Yang penting kena cuba dulu baru tau... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan guna loyang bulat 8 inci... Ok la, selamat mencuba....






KEK KELASI MABUK
Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber : DayangJack


Bahan-bahan :
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlicks
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya

Adunan Hijau
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masuk butter, pukul hingga putih.
  3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
  4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
  2. Masukkan tepung.
  3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya
  1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
  2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
  3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
  4. Guna acuan 9x9inci.
Note:
  • Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik



Wednesday, 30 May 2018

Onde-Onde Labu Manis




      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Tengah buat apa tu... Dok buat cucuq untuk berbuka ke...? Hari ni aku rajin sikit nak buat kuih... Kuih mudah ja pun... Gentel-gentel, pastu rebus... Mudah kan... Tapi kali ni cuba buat onde-onde labu... Dulu dah pernah buat sekali.. Memang sedap.. Untuk resepi ni aku guna buah labu yang orang sedekah bagi kat mak aku... Mak aku buat sayur labu... Tapi ada lebih lagi... So, aku buat la kuih ni... Tu pun ada lebih sikit lagi baki buah labu tu... Ingat kalau rajin nak buat kaswi atau kuih bakar labu... Tu pun kalau rajin lah kann... Yang aku buat ni cuma separuh adunan... Dapat banyak jugak la.. Boleh bagi kat jiran sebelah lagi... So, kalau tak ada idea nak buat apa denga buah labu yang berlebihan tu, boleh la cuba resepi ni... Selamat mencuba yeee...

 




Onde-Onde Labu Manis
C&P : Yatie Memories

 Bahan-Bahan
2 cawan labu- yg telah di kukus dan dilenyek
2 1/4 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
Air secukupnya- utk merebus onde2
2 helai daun pandan-di simpulkan

Cara-cara
  1. Lenyek labu yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2, jika perlu. Saya tak letak air pun.
  3. Seterusnya gaul rata dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nya, tutup dgn kemas dan kepalkan semula menjadi bebola .
  5. Golekkan supaya menjadi sebiji bebola kecil. Buat sehingga adunan habis.
  6. Jerang air dlm periuk bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
  7. Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.


Tuesday, 29 May 2018

Agar-agar Lumut



      Assalamualaikum dan selamat petang... Dah siap ke juadah berbuka hari ni... Aku buat agar-agar pulak untuk hari ni... Kalau ikutkan nak buat yang gula merah... Tengok-tengok gula merah tak ada... So, kita kalih la buat yang versi pandan. Untuk versi pandan ni aku guna daun pandan asli dalam 4, 5 helai. Blend pastu tapis... Aku tak letak perisa pandan pun. Cuma letak 2,3 titik pewarna hijau ja. Nak bagi naik lagi hijau tu... Baru nampak macam lumut kannn... Hahahaa.... Kalau ada yang teringin nak buat untuk berbuka esok hari, boleh la tengok resepi kat bawah tu... Ok lah, bye....






Agar-agar Lumut
C&P : Lovely Kitchen

Bahan-bahan
10 g agar-agar tali / serbuk
200g gula (kurangkan kalau x suka manis)
1100ml air
200ml santan pekat
1 biji telur
Sehelai daun pandan / perisa pandan
Secubit garam
Pewarna hijau

Cara Membuat
  1. Agar-agar tali di rendam sekejap. Perah dan masak dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
  3. Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kacau telur dengan santan.
  5. Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih.
  7. Tuang ke dalam acuan
  8. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.
Note : Kurangkan sukatan air untuk dapatkan agar-agar yang lebih keras.



Monday, 21 May 2018

Puding Berkuah


     Assalamualaikum dan apa khabar semua.... Masak apa hari ni untuk berbuka sat lagi... Aku cuma rajin buat yang ni jaaa.... Jadi la kann... Daripada tak ada apa langsung... Bulan puasa ni menu macam puding atau agar-agar memang best kalau dapat time berbuka tu... Tak dapat bayangkan dia mengalir dalam tekak ni.... Glurppp.... Sabarr... Hahahaa.... Macam puding berkuah ni memang sedap kalau sejuk-sejuk... Nak-nak pulak waktu tu cuaca panas... Boleh bayangkan tak... Dugaan betul lah... So, kat bawah ni ada resepi nak buat dia... Aku cuma buat separuh adunan dari resepi kat bawah tu... Dapat la dalam  7 biji kalau buat dalam acuan kecik-kecik... Selamat mencuba....




Puding Berkuah
C&P : Sinar Kehidupanku / Yatiememories

Bahan2 Utk Puding
1 cwn tepung kastard
5 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula

Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.

Bahan Utk Kuah
1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)


Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang 2. mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.

**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard




Thursday, 17 May 2018

Puding Kastard Jagung



     Assalamualaikum semua... Bertemu kembali kita hari ni ye. Setelah sekian lama tak timbul-timbul... Hihihiii... Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan bulan ramadhan kali ni... Amacam puasa hari pertama ni... Mencabar tak....? Aku kat sini mencabar jugak sebab cuaca kat sini agak panas... So, memang cepat rasa dahaga la... So, untuk hilangkan rasa penat tu, meh la kita buat puding jagung ni... Tak sabar naak rasa waktu berbuka nanti... Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencuba, boleh la tengok resepi kat bawah tu... Selamat berbuka semua...




PUDING KASTARD JAGUNG
Resepi : Ana Elianas
C&P : MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :
  1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
  2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
  3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
  4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
  5. Selamat mencuba!



Wednesday, 7 March 2018

Kek Marble Cheese



      Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Sarapan apa pagi ni.... Aku sarapan kek pagi ni... Tiba-tiba lain dari orang pulak... Hihihiii... Kek ni aku buat kemarin dulu... Hari ni baru sempat nak post... Biasa la, lama dah benti dok update blog ni memang jadi lagu tu laa... Kadang-kadang rasa rajin. Kadang-kadang rasa malas... Time rajin berdesup ja aku update blog ni.... Kalau time malas... Krik...krik...krik... Ok, sekarang kita cita pasal kek ni pulak naaa... Kalau tengok rupa kek ni macam ala-ala nak bantat skit... Tapi jangan risau, sebenarnya bukan bantat, tapi dia moist... Untuk kek ni aku guna loyang bulat 8inci... Lama jugak aku bakar. Sejam lebih aku rasa sebab tengok macam tak masak... Suhu ikut oven masing-masin. Oven aku ni terpanas sikit... So, kek pun merekah... Kena pandai-pandai ejas la nooo.... Ok la, takat sini dulu noo... Bye...
 




KEK MARBLE CHEESE
by Umi Feeza MyR
source : Kak Nor Secubit Garam
C&P : Rabiatun @ sweettouch


Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur
Tun ikut k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat ~( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist) ( aku pn letak susu segar )

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara:
  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.






Monday, 26 February 2018

Ice Box Cake




     Assalamualaikum semua... Hari aku nak share satu resepi yang paling simple nak habaq mai... Memang mudah... Tak payah pakai oven pun... Tapi hasil dia tetap menarik. Untuk ice box cake ni aku buat sempena birthday aku... Kali ni kek aku buat memang paling simple... Kejap ja siap... Kalau ikutkan hati nak buat kek yang rumit-rumit sikit... Yelaa nak sambut birthday sendiri katakan.... Tapi bila pikirkan balik macam membazir la pulak... So jadilah kek ni... Tahun ni aku masuk 29 tahun... Tahun depan dah nak 30 tahun. Cepatnya masa berlalu... Pejam celik pejam celik dah nak tua... Huhuhuu.... Apa-apa pun selamah hari tua untuk aku.... Sapa yang sambut birthday sama dengan aku boleh la cuba kek ni... Selamat mencuba yee... Bye....


 




ICE BOX CAKE
Sumber : Masam Manis / Azlita Aziz

Biskut Marie atau biskut Oreo secukupnya
Chocolate Cream
Ganache Choc / Melty Hershey / Caramel / Nutella
Choc Rice / Choc Cincang / mix fruit / mix nuts


 Cara-Cara
  1. Susunkan biskut atas lapik kek
  2. Letakkan whipping cream
  3. Susun lagi biskut dan ulang hingga habis
  4. Tuangkan choc ganache / Melty Herhey / caramel
  5. Akhir sekali taburkan choc rice / choc cincang / mix fruit atau mix nuts
  6. Simpan dalam peti ais hingga dingin
  7. Sedia di nikmat

 


 




Chocolate Cream

2 biji kuning telur
100 gm chocolate masakan gelap
8 gm gelatin
30 gm air
250 gm krim bukan tenusu


Cara-Cara
  1. Campurkan gelatin dlm air dan biarkan kembang. Panaskan gelatin secara kukusan
  2. Cairkan chocolate secara kukusan
  3. Panaskan kuning telur secara kukusan hingga berkrim * pastikan sentiasa di kacau
  4. Satukan kuning telur dalam chocolate
  5. Tuangkan gelatin dan kacau rata
  6. Pukul krim putar hingga kental
  7. Kaup balik dalam krim chocolate tadi
  8. Lapiskan pada biskut selapis-selapis






Wednesday, 21 February 2018

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Blueberry




      Assalamualaikum dan selamat pagi... Ni adalah kek pertama untuk tahun ni... Alang-alang nak buat, kita buat yang mudah-mudah dulu... Kalau ikutkan kek ni memang femes suatu ketika dulu... Masa tu tak letak blueberry kat bahagian cheese tu... Cuma plain ja... Tapi kali ni cuba yang ada blueberry pulak... Rasa dia...? Mesti lah sedap... Rugi ooo kalau tak cuba... Untuk bahagian cheese tu aku letak blueberry filling. Kalau tak ada blueberry filling boleh jugak boh jem macam resepi asal ni... Mana-mana pun boleh. Ikut selera masing-masin lahkan... Ok lah takat sini dulu noo.. Bye...





Kek Lapis Kukus Cream Cheese Blueberry
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Sumber asal : yatiememories
C&P : HCT
Loyang 8x8x3 ( aku guna loyang bulat 8'' )

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus - Ida kurangkan 40gm shj sbb letak jem blueberry
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Ida tambah 2 sb jem blueberry ( aku guna blueberry filling )


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Kemudian tambahkan jem blueberry..kacau sedikit
  4. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
 sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil( ida tak tutup pun ) dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil ( ida tak tutup pun ) dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.



Friday, 16 February 2018

Biskut Bangkit Nyonya & Selamat Tahun Baru Cina



       Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Lamanya aku tak mai jengah kat sini... Last sekali aku update blog ni tahun lepas masa raya haji tu.... Ni baru timbul pulak... Ada yang rindu kat aku ka...? Hahahaa.... Kalau ikutkan aku memang nak update blog ni macam dulu-dulu... Tapi tah la... Kadang-Kadang tu ada perasaan malas... Huhuhuhuuu... Nak buat macam mana... Lagi satu barang sekarang ni pun dah mahal sangat.... Kadang-kadang nak buat sebijik kek pun pikir banyak kali... Baru-baru ni aku pi kedai barang kek nak topap bahan mentah kat rumah ni... Mana tau kot-kot rajin nak buat kek kan... Buka chiller, tengok harga butter. Mak aiii... Macam ni sekali naik... Banyak kali jugak pikir nak amek tak amek... Tapi amek jugak... Sikit jela... Dasyat harga barang sekarang ni... So kita lupakan harga barang yang mahal tu... Meh kita layan kuih bangkit yang cair dalam mulut ni... Mmmm dap tau... Untuk kuih bangkit ni kita kena sangai bagi tepung tu jadi ringan.. Kalau boleh guna kuali yang besar sikit sbab bila kita dok kucai tu nanti tepung tu buleh beterbang pulak... Buleh bayangkan tak... Aku ni dah la buat kerja kasar sikit... Bersepah la jugak dapor tu... Hihihiii... Api tu jangan kuat sangat, nanti hangit pulak tepung tu. Sangai tepung tu bagi jadi ringan. Bila kita pegang rasa lincin ja...
       Alang-alang aku dah update hari ni aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada seluruh rakyat malaysia.... Ada yang nak bagi ang pau kat aku ke... Huhuuu... Ok lah byeee....





BISKUT BANGKIT NYONYA
Sumber : myresepi (diana & lilydvalley)

C&P : Mak Lang Azie

Bahan
350g tepung ubi ( disangai dulu )
150g icing sugar
20g butter
1 biji kuning telur
130g santan pekat ( santan kotak )
1/8 bpowder

Cara
  1. Satukan gula icing ,butter, kuning telur . Kacau guna whisker.
  2. Masukkan santan dan gaul sebati
  3. Masukkan tepung yg dicampur ngan bpowder tadi.
  4. Masukkan skit demi skit hingga jadi bentuk doh.
  5. Terap dan bakar selama 20 minit pada suhu 160.

Nota : Jika tak pasti dah masak ke belum, bila makan seketui rasa basah2 kat tengah biskut tu maknanya lom cukup masak, bakarlah lagi atau lebih mudah biar ada kaler coklat2 skit kat biskut tu tandanya dah cukup bakar.