Thursday, 30 July 2020

Kek Lapis Durian Special Edition




     Assalamualaikum semua... Ok, ni resepi kedua aku untuk kek lapis raya haji tahun ni.. Aku tak buat banyak kek lapis kali ni... Cuma dua jenis jaa... Biskut pun buat sikit-sikit... Bukan ada orang nak mai beraya sangat pun kali ni... Nak-nak tengah musim corona sekarang ni... Kena berjaga-jaga la sikit... Awasi pergerakan anda... Tak pasai-pasai terkena pulak.. Mintak dijauhi la kannn.... Untuk kek ni aku buat tak la spesial sangat pun sebab aku guna durian kampung jaa... Owner resepi ni guna durian udang merah... Mana nak cari... Tak pa la, janji durian jugak... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuu...

 



Kek Lapis Durian Special Edition
C&P : Raihana Rasyidah Rahman ( Resepi Mama Kent )
loyang 8x8x3

Bahan-Bahan
200gm tepung hong kong
200gm gula kastor ( boleh kurangkan )
500gm pure butter
100gm horlick
100gm creamer
10 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan susu segar HL ( seeloknya yang sejuk )
1 sb ovallate

Bahan cheese
125gm cream cheese
pewarna putih
20gm almond hancur
20gm cherry merah

Bahan durian
4-5 ulas durian
pewarna kuning telur


Cara-cara
  1. Mix butter, gula dan ovallate hingga lembut.
  2. Masukkan susu segar dan mix lagi.
  3. Masukkan susu pekat dan mix.
  4. Masukkan tepung, horlick dan creamer mix hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan dengan bahan cheese dan mix, Satu bahagian masukkan bahan durian dan mix juga.
  6. Bakar selapis-selapis separuh bahagian cheese dulu kemudian bakar selapis-selapis bahagian durian hingga habis dan kemudian bakar lagi bahagian cheese sampai habis


Kek Lapis Sunstar



      Assalamualaikum.... Apa khabar....? Aku sihat saja... Aku la ni cuma muncul time raya ja...Tak raya puasa, raya haji... Bila time raya ni aku rajin la sikit kalau nak buat kek ni... Tak macam mula-mula aku start buat blog dulu... Seminggu sekali mesti update resepi.. Sekarang ni dah tak berapa nak rajin sangat... Entah laa... Tapi bila mai time rajin ni apa salahnya aku update kan.... Nak update blog ni bukan takat malas jaa... Kadang-kadang modal nak beli barang agak berkuran.... Barang mentah sekarang ni agak mahal. Tak macam dulu... Sekarang ni semua benda mahal... So, kalau nak buat sesuatu resepi tu kena pikir betul-betul... Ok la, berbalik pada resepi hari ni aku cuma nak cakap yang resepi ni agak special sebab ada guna kacang merah... Sebelum ni tak pernah lagi jumpa.. Tu yang aku rasa nak cuba buat...Kek ni nama dia kek lapis sunstar sebab owner dia guna kacang merah cap tu... Kalau guna cap lain, nama dia lain lah kot.... Apa-apa pun , selamat mencuba...





Kek Lapis Sunstar
C&P : Zull Hans  ( Resepi Mama Kent )
8x8x3

Bahan-bahan

500gm butter
100gm gula halus
1 sb ovallate
1sb glycerin ( optinal ) ( aku x lelak )
300gm susu pekat
12 biji telur A
100gm serbuk aiskrim vanilla
100gm serbuk full cream milk
50gm serbuk coffemate
300gm tepung hong kong
200ml susu sejat / whipping crem
200gm nutella
1 tin sunstar red bean ( blender bersama airnya ) ( aku guna jenama lain )
20gm black coco powder
pewarna hitam
pewarna ungu


Cara-cara
  1. Putar butter, gula, ovalete dan glycerin sehingga putih gebu selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan susu pekat dan putar lagi sehingga sebati baru masukkan  telur satu persatu sehingga kembang.
  3. Masukkan serbuk aiskrim, serbuk full cream milk dan serbuk coffemate.  Putar sehingga sebati dan diikuti tepung hong kong dengan perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan susu sejat / whipping cream dan putar sehingga adunan keseluruhan sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian. Hitam + coco powder + nutella. Ungu + red bean.
  6. Panas oven pada suhu 150 C. Lapisan pertama api atas dan bawah. Lapisan berikutnyan api atas sahaja sehingga habis...
  7. Bakar sebanyak 5 lapisan adunan hitam diikuti lapisan ungu, hitam, ungu, hitam dan 5 lapisan ungu.


Friday, 22 May 2020

Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese



        Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, petang ni aku nak share satu lagi resepi kek lapis yang aku buat untuk raya ni... Ni kek lapis yang last. Tahun ni aku buat sebiji kek kukus dan dua biji kek lapis. Lepas ni aku nak buat kek yang mudah ja macam kek marble atau kek batk jerr.... Kek lapis ni yang specialnya sebab guna oreo red velvet... Kat tempat aku ni dah cari merata tempat, tapi tak jumpa... Aku soh la kak aku belikan masa hujung tahun lepas... Sebab tarikh luput dia lambat lagi tu yang sempat jugak aku buat kek lapis ni... Kalau tak ada oreo red velvet ni guna la oreo apa yang ada... Tapi rasa tak akan sama laaa.... Bagi yang nak mencuba resepi ni boleh tengok cara-cara nak buat dia kat bawah tu... Ok la, sampai takat ni dulu yer. Aku nak pi tolong mak aku panggan dagin pulak untuk menu berbuka kejap nanti... Byeee...







Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese
C&P : Snowhite Snow ( fb Resepi Mama Kent )

Bahan A:
12 biji kuning telur B
6 biji putih telur
250gm gula kaster
270gm tepung hong kong
30gm serbuk horlicks
2 sudu teh ovalete
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B -  Adunan keju
250gm krim keju
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh lemon paste

Bahan C -  Adunan merah
250gm mentega
3 sudu besar susu pekat manis
pewarna merah

Bahan D
1 bungkus biskut red velvet oreo dengan krim ( hancurkan kasar-kasar )
Loyang 8.5x8.5 inci di alas dasar dan gris


Cara-Cara
Bahan A
  1. Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  2. Perlahankan mixer masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di adun bersama bahan B ( adunan keju ) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C ( adunan merah ).
  4. Bahagikan adunan merah kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
  5. Ambil 6 sudu besar adunan merah, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 150C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
  6. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek.
  7. Ulang lapisan merah yang kedua dan bakar dengan api atas sahaja selama 8 minit. Ulang sehingga 3 lapisan merah.
  8. Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo di atasnya. Bakar sehingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapis. Ulang sehingga adunan keju dan oreo habis.
  9. Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan merah, ulangi melapis dan membakar sehingga tiga lapisan. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit hingga masak sekata.
Bahan B
  1. Pukul krim keju,lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.
Bahan C
  1. Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim.
  2. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna merah, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.






Kek Lapis Keju Coklat Cadbury




      Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Tengah buat apa tu....? Dok buat biskut raya kaa...? Heheheee... Hari ni aku nak share resepi kek lapis pulak. Semalam kek kukus. Kek lapis ni sebenarya kek lapis cheese biasa ja... Tak lekat coklat cadbury pun. Dia plain macam tu jaa...  Tapi, bila dah tambah dengan coklat cadbury lagi la mantopp... Tahun lepas aku dah buat sekali. Tapi aku tak post pun kat bog aku ni... Tak berapa rajin katakan... Padahal dah siap amek gambar dah. Cuma nak taip resepi jaa... Masa tu aku buat plain, tak letak pewarna apa-apa pun... Kali ni aku letak sikit pewarna pink... Kalau tak letak sebarang pewarna pun dah ok... Jimat sikit masa... Hihihii... Ok la, takat sini dulu lah yer, petang-petang sikit aku share resepi kek lapis yang kedua pulak... Kalau ada yang nak mencuba, boleh tengok resepi kat bawah tuuu....





KEK LAPIS KEJU COKLAT CADBURY
Sumber:Ros
C&P :Rahel

Bahan-bahan:(saiz Loyang 7'' atau 6")
200g butter
125g cream cheese
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140g gula kastor
1 sdb ovalet
125g tepung gandum}
1 sdt baking powder }-diayak
50g air ais
Coklat Cadbury secukupnya


Cara-cara:
  1. Pukul butter sehingga kembang.Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati.
  2. Dalam mangkuk berasingan,pukul telur,gula & ovalet sehingga kembang. Masukkan tepung,air ais secara berselang-seli sehingga sebati. Masukkan adunan butter & cheese sehingga sebati.
  3. Ratakan 4 sudu makan ke dalam tin yang dilapik kertas dan digris.
  4. Bakar dengan api gril sehingga permukaannya perang.Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterusnya. Bakar selapis-selapis hingga habis.




Nota:
*Untuk adunan pertama kena bakar guna api atas dan bawah selama 8-10 minit.Tekan bagi
rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C
selama 8-10 minit.
*Buat 2 atau 3 lapis kemudian,tuang lagi adunan seterusnya,susun
kepingan coklat Cadbury.Kemudian bakar lagi selama 8-10 minit guna api atas.
*Untuk yang terakhir sekali,tutup tin dengan aluminium foil,kemudian bakar lagi guna api
atas dan bawah selama lebih kurang 10 minit.
*Setelah masak,biarkan sejuk.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.



Thursday, 21 May 2020

Kek Telur Semut




      Assalamualaikum semua... Lamanya tak update kat sini. Semenjak musim PKP ni patutnya aku rajin update blog, ni malas memanjang... Tengok-tengok muncul masa bulan ramadhan ni...Tu pun hujung-hujung dah. Masa awal-awal tu ada la rancangan nak masak tu la, nak buat puding la, agar-agar laa.... Tengok-tengok, habuk pun tak ada... Hahahaa.... Tahun ni raya kat rumah aku ni sunyi la sebab tak da sapa yang balik... Kerajaan kan tak bagi balik. Sekarang kan musim COVID-19. Takut la jugak kot-kot yang balik kampung tu bawak balik sama penyakit. Tak pasai-pasai satu kampung pulak yang kena... Walaupun depa tak balik kampung, kek & biskut raya tetap aku buat. Tapi buat sikit je laa... Kalau banyak nanti membazir... Haaa, hari ni aku nak share resepi yang unik namanya... Kek telur semut. Selalu kita dengar kek sarang semut, tapi kali ni kek telur semut pulak... Untuk bahan kekacang dalam kek ni aku ganti almond nibs... Nak jimat bahan, aku guna apa yang ada dalam peti ais tu laa... Untuk kek ni aku kukus selama 2 jam... Sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....






KEK TELUR SEMUT

Bahan-bahanya:

A
75g bijan, boleh tambah jika suka
150g Gajus/kacang tanah ( aku ganti almond nibs)

B
200g mentega
200g gula kastor

C
Telur 10 biji
230g susu pekat
200g horlicks
1 sk esen vanila

D
200g tepung gandum
1 sk baking powder

E
2 sb browning Sugar

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan/oven. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Panggang bahan A hingga kekuningan. Tumbuk/kisar gajus@kacang tanah hingga halus. Ketepikan.
  3. Pukul bahan B hingga lembut berkrim.
  4. Dalam bekas lain, satukan bahan2 C hingga sebati. Tuang dalam adunan B tadi. Pukul rata.
  5. Kemudian, masukkan bahan D. Pukul rata lagi. Masukkanpula bahan E.
  6. Akhir sekali, masukkan bijan & gajus@kacang tanah yang ditumbuk. Gaul rata.
  7. Tuang dalam loyang yang disediakan. Kukus/bakar guna kaedah water-bath selama 2 jam.



Add caption

Wednesday, 26 February 2020

Chocolate Blueberry Roulade Torte



     Assalamualaikum semua... Sihat ke... Aku alhamdulillah sihat... Hari ni genap umur aku 31 tahun... Syukur sangat sebab masih dalam keadan sihat... Hari ni muncul pulak kek... Kek hari lahir aku la... Hahahaa.... Dah masuk siri 30 dah.. Cepatnya masa berlalu... Untuk kek hari lahir ni aku buat kek yang simple ja...Guna pun kek span... Tapiii... Nak menggulung tu la yang paling mencabar... Lapisan tengah tu aku buat sampai 3 kali baru jadi... Mula-mula gulung asyik patah... Buat sekali lagi. Terlebih kaup adunan tepung, kek tak mau naik... Kena buat lagi sekali. Alhamdulillah jadi jugak kali ketiga ni... Masa nak gulung tu aku gulung masa kek tu tengah suam-suam... Bila kek lembut dia tak mudah patah... Bila kek dah sejuk, aku try gulung asyik nak patah. Pastu merekah... Stresss ooo... Ni la antara kek yang paling mencabar yang pernah aku buat.... Untuk krim kek ni aku tukar kepada fresh cream. Fresh cream ni mudah sikit. Senang nak handle... Tapi kalau letak cream cheese lagi la sedap. Dah tu ganding pulak dengan blueberry filling... Mmmm, apa nak kata... Tapi sebab aku tak berapa nak rajin aku guna fresh cream je laa... Tu pun dah sedap... Lagi satu bila dah siap gulung kek tu, saiz dia kurang besar. So kena trim bahagian kek span coklat supaya sama saiz. Kalau tak trim nanti nampak cacat la kek tu... Saiz kek aku ni kurang la dari saiz lapan inci tu...  Kalau ada sapa yang teringin nak buat boleh rujuk kat blog kak ita sebab kat situ dia ada tunjuk step by step. Aku tak dan nak ambik gambar cara-cara nak buat kek ni... Maaf la yerrr... Hahahaa.... Ok laa... Bye... Selamat menjamu mata...






Chocolate Blueberry Roulade Torte
C&P : Kak Ita
Resepi asal : CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Kek Fruity Cakes


ORANGE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
  3. Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
  4. Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
  5. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati. ~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
  6. Tuangkan adunan dalam loyang. Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
  7. Keluarkan kek dari loyang setelah masak
  8. Buangkan lapisan atas kek yang berkerak
  9. Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm 
  10. Sapukan  bluberry filling. Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
  11. Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap





CHOCOLATE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sedikan loyang 8 inc. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
  3. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku.
  4. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
  5. Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
  6. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
  8. Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
  9. Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.





STABILISED WHIPPED CREAM

2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Cara-Cara

  1. Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream. Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit. Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
  2. Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil. Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata. Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut. Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan
  3. Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais. Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
  4. Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
  5. Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi

ATAU

2 cawan fresh cream

Cara-Cara
  1. Pukul fresh cream hingga kental. Setelah kental boleh dilepa pada kek.






Cara Melapis Kek

  1. Letakkan kek span coklat atas lapik kek 
  2. Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan
  3. Kemudian letakkan roulade bluberry di atasnya
  4. Ulang semula langkah yang sama
  5. Sapukan semula cream dan letakkan selapis lagi kek span coklat
  6. Sapukan keseluruhan kek dengan cream
  7. Hias kek mengikut creativiti masing-masing.





Saturday, 25 January 2020

No Bake Red Velvet Oreo Cheesecake




     Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Harap-harap semua sihat lah yer... Bukan apa, sekarang ni kan tengah heboh satu dunia dengan virus corona kat wuhan, Chaina... Memang takut kan kalau terjadi wabak ni secara besar-besaran... Diharapkan kita semua di lindungi Allah dari segala ujian yang terjadi ni... Hari ni aku nak kongsi resepi cheesecake... Cheese cake ni special sikit sebab guna oreo red velvet... Sebab tu nama pun No Bake Red Velvet Oreo Cheesecake. Dulu pernah buat sekali tapi guna oreo biasa tu... Untuk base dia aku guna kek red velvet... Kalau malas nak buat kek boleh ja ganti dengan bisku oreo red velvet tu... Mana-mana pun boleh pakai... Tapi bagi aku lebih suka guna base kek... Rasa lebih sedap... Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Cina semua... Memang sesuai la kek aku ni dengan tema tahun baru cina... Boleh la pakat cuba buat yerrr... Byeee....





No Bake Red Velvet Oreo Cheesecake

Red velvet cake
C&P : Kak Rima

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1 tbsp red colouring
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp baking soda


Method

  1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
  2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
  3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
  4. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
  5. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
  6. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 8" baking pan and bake it for 35mins or until cooked.
  7. Let cool on wire rack.






KRIM KEJU
C&P : Kak Ita

1 paket biskut oreo red velvet ( patah- patahkan )
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

Cara-cara

  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  3. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
  4. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  5. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  6. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  7. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  8. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi/ Kaup balik adunan hingga rata Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna. Masukan adunan kedalam piping beg





Cara penyedian kek

  1. Potong sedikit bahagian atas kek red velvet dan letakkan atas lapik kek. Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc. Masukkan kepingan kek red velvet di dasarnya.
  2. Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika. Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
  3. Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
  4. Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju. Ratakan permukaannya. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
  5. Keluarkan kek dari loyang. Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
  6. Hias kek mengikut kreativiti anda





Sunday, 19 January 2020

Carrot Oat Cake




     Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Aku, Alhamdulillah sihat ja... Bila sihat ni rajin la nak membaking... Hari ni aku nak share resepi carrot cake... Kalau ikutkan ni resepi ulang tayang ja... Sebabnya dulu aku dah pernah share kat sini . Yang ni aku cuma ganti kacang walnut tu kepada kacang pecan... Perrhhh, sedap kot bila guna kacang pecan ni... Tapi maklum la, kacang pecan ni mahal la sikit kalau nak bandingkan dengan kacang-kacang lain... Kalau nak guna badam pun rasanya tak ada masalah... Tapi mungkin lemak kacangnya tak sama la macam kita guna walnut atau pecan... Ikut la bajet masing-masing. Lagi satu, dulu aku guna loyang 7inci. Kali ni aku guna loyang bulat 6inci pulak... Bila tengok kek carrot ni macam kek yang sihat ja.. Yela dah ada sayur, buah, bijirin & kekacang pulak tu... Memang nampak sihat kan... Tapi bila dah letak cream cheese tu... Hmmm... Paham-paham je la kan... So, kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



Carrot Oat Cake
C&P : Kak Jee

Bahan2nya:
-1 cawan tepung gandum *
-1 sudu kecik baking powder *
-1/2 sudu kecik soda bicarbonate *
-1/2 sudu kecik garam *
-1 sudu kecik serbuk pala [ tak letak ]
-1 sudu kecik serbuk kayu manis [ tak letak ]* (semua bertanda * disatukan & ayak)
-2 biji telor gred A
-3/4 cawan minyak jagung
-3/4 cawan gula perang
-1 1/4 cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
-1/2 cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
-1/2cawan rolled oats
-1/2 cawan kacang pecan

Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang bulat 6inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. Kalau boleh sediakan 2 biji loyang 6inci supaya senang nak bahagi sama besar kek.
  2. Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang pecan yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
  3. Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar sehingga masak.




Bahan cream cheese topping:

-250 gm mentega
-250 gm philadelphia cream cheese
-beberapa titis vanilla
-6 sudu besar gula icing


Cara membuat cream cheese topping:

  1. Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.



Cara melapis kek

  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu krim cheese sehingga rata. Kemudian letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang ke tiga.
  2. Salut keseluruhan kek dengan cream. Hias kek dengan baki cream. Boleh juga hias keliling kek dengan almond nibs dan kacang pecan yang telah dicincang kasar.
  3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.



Sunday, 12 January 2020

Roti Jala Sos Coklat



       Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu semua... Hujung-hujung minggu ni kalau tak buat apa-apa boleh la cuba resepi roti jala sos coklat ni... Kalau roti jala ni jimat masa untuk buat kuah dia. Tak payah buat kuah kari... Cuma masak sos cokla ja... Kalau malas sangat nak cicah dengan susu pekat pun ok... Sekarang kan dah ada susu pekat perisa coklat... Lagi la mudah kerja... Jala yang aku buat ni tak berapa nak kemas sikit... Tapi ok laa... Janji ada rupa jala... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Dapat la dalam 20 keping jala... Kalau sapa yang buat kemas mungkin dapat lebih lagi kot... So, sapa-sapa yang nak cuba rasa roti jala sos coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah tuuu.. Byeee.... 





Roti Jala Sos Coklat
C&P: Wani Sukarno

Roti Jala

Bahan - Bahan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
3 sudu besar minyak jagung @ minyak zaitun
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air ( boleh tambah sekiranya adunan nampak pekat )


Cara - Cara

  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan blend hingga halus.
  2. Adunan tak pekat dan tak cair sangat boleh sedia untuk menjala.
  3. Tuangkan adunan ke dalam botol kaki tiga.
  4. Guna kuali non stick dan start menjala sampai habis.





Untuk Sos Coklat

Bahan - Bahan
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu pekat manis


Cara - Cara

  1. Satukan ke semua bahan ke dalam satu mangkuk tahan panas.
  2. Masak secara double boiler. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih, kecilkan api dan letakkan mangkuk tadi.
  3. Kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur.
  4. Biarkan suhu panas turun sikit, boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai

Nota

  • Kalau rasa nak manis lagi, korang boleh tambah susu pekat manis masa tengah kacau atas dapur. Nampak dah likat sikit tapi rasa tak manis lagi kalau nak manis sikit lagi boleh lah tambah time tu.
  • Sos coklat tu kalau ada lebih boleh jadikan juga untuk choc spread sapu di roti sedap. Tapi pastikan coklat lebih tu disimpan dalam peti.




Cara lain untuk sos coklat kalau nak sedap lagi

200 gm coklat masakan ( tak kisah brand apa pun )
200 gm susu fullcream

Cara-cara

  1. Cairkan dengan cara double boiler