Assalamualaikum semua... Sihat ke... Aku alhamdulillah sihat... Hari ni genap umur aku 31 tahun... Syukur sangat sebab masih dalam keadan sihat... Hari ni muncul pulak kek... Kek hari lahir aku la... Hahahaa.... Dah masuk siri 30 dah.. Cepatnya masa berlalu... Untuk kek hari lahir ni aku buat kek yang simple ja...Guna pun kek span... Tapiii... Nak menggulung tu la yang paling mencabar... Lapisan tengah tu aku buat sampai 3 kali baru jadi... Mula-mula gulung asyik patah... Buat sekali lagi. Terlebih kaup adunan tepung, kek tak mau naik... Kena buat lagi sekali. Alhamdulillah jadi jugak kali ketiga ni... Masa nak gulung tu aku gulung masa kek tu tengah suam-suam... Bila kek lembut dia tak mudah patah... Bila kek dah sejuk, aku try gulung asyik nak patah. Pastu merekah... Stresss ooo... Ni la antara kek yang paling mencabar yang pernah aku buat.... Untuk krim kek ni aku tukar kepada fresh cream. Fresh cream ni mudah sikit. Senang nak handle... Tapi kalau letak cream cheese lagi la sedap. Dah tu ganding pulak dengan blueberry filling... Mmmm, apa nak kata... Tapi sebab aku tak berapa nak rajin aku guna fresh cream je laa... Tu pun dah sedap... Lagi satu bila dah siap gulung kek tu, saiz dia kurang besar. So kena trim bahagian kek span coklat supaya sama saiz. Kalau tak trim nanti nampak cacat la kek tu... Saiz kek aku ni kurang la dari saiz lapan inci tu... Kalau ada sapa yang teringin nak buat boleh rujuk kat blog kak ita sebab kat situ dia ada tunjuk step by step. Aku tak dan nak ambik gambar cara-cara nak buat kek ni... Maaf la yerrr... Hahahaa.... Ok laa... Bye... Selamat menjamu mata...
Chocolate Blueberry Roulade Torte
C&P : Kak Ita
Resepi asal : CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Kek Fruity Cakes
ORANGE SPONGE CAKE
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
- Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
- Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
- Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
- Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati. ~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
- Tuangkan adunan dalam loyang. Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
- Keluarkan kek dari loyang setelah masak
- Buangkan lapisan atas kek yang berkerak
- Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm
- Sapukan bluberry filling. Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
- Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap
CHOCOLATE SPONGE CAKE
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 170 C. Sedikan loyang 8 inc. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
- Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
- Putar putih telur hingga kembang. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku.
- Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
- Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
- Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
- Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
- Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
STABILISED WHIPPED CREAM
2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.
Cara-Cara
- Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream. Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit. Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
- Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil. Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata. Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut. Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan
- Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais. Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
- Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
- Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi
ATAU
2 cawan fresh cream
Cara-Cara
- Pukul fresh cream hingga kental. Setelah kental boleh dilepa pada kek.
Cara Melapis Kek
- Letakkan kek span coklat atas lapik kek
- Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan
- Kemudian letakkan roulade bluberry di atasnya
- Ulang semula langkah yang sama
- Sapukan semula cream dan letakkan selapis lagi kek span coklat
- Sapukan keseluruhan kek dengan cream
- Hias kek mengikut creativiti masing-masing.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...