Thursday, 30 July 2020

Kek Lapis Sunstar



      Assalamualaikum.... Apa khabar....? Aku sihat saja... Aku la ni cuma muncul time raya ja...Tak raya puasa, raya haji... Bila time raya ni aku rajin la sikit kalau nak buat kek ni... Tak macam mula-mula aku start buat blog dulu... Seminggu sekali mesti update resepi.. Sekarang ni dah tak berapa nak rajin sangat... Entah laa... Tapi bila mai time rajin ni apa salahnya aku update kan.... Nak update blog ni bukan takat malas jaa... Kadang-kadang modal nak beli barang agak berkuran.... Barang mentah sekarang ni agak mahal. Tak macam dulu... Sekarang ni semua benda mahal... So, kalau nak buat sesuatu resepi tu kena pikir betul-betul... Ok la, berbalik pada resepi hari ni aku cuma nak cakap yang resepi ni agak special sebab ada guna kacang merah... Sebelum ni tak pernah lagi jumpa.. Tu yang aku rasa nak cuba buat...Kek ni nama dia kek lapis sunstar sebab owner dia guna kacang merah cap tu... Kalau guna cap lain, nama dia lain lah kot.... Apa-apa pun , selamat mencuba...





Kek Lapis Sunstar
C&P : Zull Hans  ( Resepi Mama Kent )
8x8x3

Bahan-bahan

500gm butter
100gm gula halus
1 sb ovallate
1sb glycerin ( optinal ) ( aku x lelak )
300gm susu pekat
12 biji telur A
100gm serbuk aiskrim vanilla
100gm serbuk full cream milk
50gm serbuk coffemate
300gm tepung hong kong
200ml susu sejat / whipping crem
200gm nutella
1 tin sunstar red bean ( blender bersama airnya ) ( aku guna jenama lain )
20gm black coco powder
pewarna hitam
pewarna ungu


Cara-cara
  1. Putar butter, gula, ovalete dan glycerin sehingga putih gebu selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan susu pekat dan putar lagi sehingga sebati baru masukkan  telur satu persatu sehingga kembang.
  3. Masukkan serbuk aiskrim, serbuk full cream milk dan serbuk coffemate.  Putar sehingga sebati dan diikuti tepung hong kong dengan perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan susu sejat / whipping cream dan putar sehingga adunan keseluruhan sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian. Hitam + coco powder + nutella. Ungu + red bean.
  6. Panas oven pada suhu 150 C. Lapisan pertama api atas dan bawah. Lapisan berikutnyan api atas sahaja sehingga habis...
  7. Bakar sebanyak 5 lapisan adunan hitam diikuti lapisan ungu, hitam, ungu, hitam dan 5 lapisan ungu.


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...