Saturday, 2 August 2025

Banana Pudding

Banana Pudding

 
       Assalamualaikum & selamat pagi semua... Pagi ni aku nak share resepi banana pudding. Asyik dok lalu kat fyp tiktok aku ja. Buat je laa.. Hahaaa... Untuk banana pudding ni testur dia lembik. Bukan macam pudding biasa tu. Kalau nak keras aku rasa lepas ni tambah adunan gelatin kalau nak bagi pejal sikit. Resepi ni aku amek kat tiktok Mr.Ali. Ni resepi tahun 2023 kalau tak silap. Untuk resepi yang terbaru dia ada letak mascarpone cheese. Aku tak buat yang tu sebab makan modai... 😂😂😂😂😂 Kita buat yang biasa la dulu. Biskut pun tak guna biskut telur tu. Guna biskut tiger susu. Kalau ikut resepi mat saleh dia guna biskut nila ka apa tah. Sapa yang nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee... 
 
 
Banana Pudding

 
Banana Pudding
C&P : TikTok Mr.Ali
 
Bahan-bahan
 
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan air
3 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan setengah cawan air
3 biji telur kuning gred B
1/2 cawan gula
Sedikit garam & esen vanilla
350gm dairy whipping cream
1 sudu makan susu pekat
7-8 biji pisang
Biskut secukupnya ( guna biskut tiger susu ) 
 
Cara-cara
  1. Masukkan susu segar, gula & air dalam kuali. Sebatikan baru hidupkan api perlahan.
  2. Sebatikan kastard yang sudah dibancuh bersama-sama telur kuning & masukkan perlahan lahan di dalam kuali.
  3. Kacau sebati. Jangan berhenti kacau sampai adunan mendidih. Anggaran kacau selama 15-20 minit pada api perlahan.
  4. Matikan api & pindahkan kedalam bowl. Bagi suam dulu & sejukkan kastard ni selama 3 jam.
  5. Pukul dairy whipping cream & susu pekat hingga kental. Sebatikan kedalam kastard yang kita dah sejukkan tadi.
  6. Boleh mula susun pudding. Mula-mula letak kastard - biskut yang dihancurkan - pisang - kastard. Ulang 2 - 3 kali mengikut citarasa masing-masing.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. 
 
 
Banana Pudding

 
 
Banana Pudding

Friday, 25 July 2025

Loaded Potato Bowl ala KFC

Loaded Potato Bowl ala KFC


      Assalamualaikum semua. Petang ni aku nak share resepi loaded potato bowl. Dok lalu kat fyp tiktok orang dok tayang aku pun teringin la nak rasa. Bahan pun tak banyak mana. Yang kat KFC pun aku tak pernah beli rasanya seingat aku la. Sebab aku tak ingat rasa dia macam mana. Bila dah buat tu sedap rupanya rasa dia. Aku cuma tak letak banyak sos cheese tu sebab sos cheese yang aku guna tu rasa agak masin. Sapa-sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
Loaded Potato Bowl ala KFC

 
 
LOADED POTATO BOWL ALA KFC
C&P : Tyra Manan ( MAHN )

BAHAN MASHED POTATO

Kentang - 1kg
Butter - 100g (potong dadu)
Whipping cream - 100ml
Air - 50ml (ni bukan untuk rebus kentang tau)
Black pepper
Garam secukup rasa 

CARA-CARA :

  1. Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Lepastu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair.

BAHAN AYAM 

Ayam dada - Potong dadu
Tepung bestari

CARA-CARA 

  1. Bancuh tepung dengan air lepastu goreng la dalam minyak panas.

BAHAN TOPPING

Jagung rebus
Cheese yang dibancuh dengan air panas
Mayonis

*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit. 

 
CARA NAK LETAK DALAM BOWL
  1. Memula letak mashed potato tu pastu letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato & ulang step tadi ikut korang nak berapa layer.
  2. Last sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis. Ok settle dah boleh makan!
 
 
Loaded Potato Bowl ala KFC


 
Loaded Potato Bowl ala KFC

Monday, 21 July 2025

Nangka Cheesecake


Nangka Cheesecake


      Assalamualaikum semua.... Hari ni nak share resepi cheesecake pulak. Kali ni aku guna buah nangka. Sedap jugak bila nangka ni buat cheesecake. Nak sedap guna nangka yang baru masak. Nanti dia tak lembik sangat. Guna yang crunchy lagi best. Bila gigit dapat rasa texture nangka tu. Kalau guna yang masak ranum takut dia nak masam. Kecuali hangpa boleh habiskan dalam masa sehari cheesecake tu. Ni aku guna nangka kat rumah aku. Baru belajaq buah. Mak aku bela dia dari anak biji sebab dia tumbuh sendiri. Tak sangka nak berbuah walaupun anak biji. Selalu beli pokok anak kawin. Buah dia tak besar mana pun. Nak bagi kat jiran pun tak cukup. Sebab tu aku test buat cheesecake ni. Untuk base cheesecake ni aku tak guna biskut, aku guna kek span. Resepi ni aku gabung dari resepi dari blog² lain. Guna apa yang ada... Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
 
 

Nangka Cheesecake


Nangka Cheesecake
By : Syapex Kitchen
 
Untuk Base ( aku ganti kek span )
100g biskut merie or digestive
50g butter - cairkan
 
 Cara-Cara
  1.  Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform atau cake ring 6 inci.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.

 

Nangka Cheesecake

 
Cheesecake
 
250g cream cheese
200ml whipping cream
90g gula
8g gelatin + 30ml air panas
sedikit potongan nangka

Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Ketepikan. Pukul whipping cream hingga kental. Satukan dengan adunan cream cheese. Sebatikan.
  2. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Gunakan spatula, masukkan buah nangka yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.

   

Nangka Cheesecake


Jelly Nangka
 
100gm nangka + 100ml air ( kisar jadi paste )
Nangka di dadu kecil secukupnya
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula

 
Cara-cara
  1. Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
  2. Satukan nangka yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana.
  3. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  4. Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah masukkan nangka yang didadu kecil dan gaul rata.
  5. Tuangkan jelly ni atas kek.
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.
  7. Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan.
  8. Kek ni sangat enak di makan dingin.

 

Nangka Cheesecake


Biscoff Cake

Biscoff Cake
 
 
     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek biscoff pulak. Aku buat kek biscoff ni pun sebab nak habiskan biscoff spread yang aku guna buat kek lapis masa raya haji har tu. Guna sikit ja. Mula-mula ingat nak buat coklat kunafa biscoff. Macam tak sedap pulak. So cari la resepi. Jumpa kat you tube. Tapi aku olah sikit. Kat cream tu aku tak guna biscoff spread, aku ganti dengan serbuk biscoff yang dah kisar hancur. Bagi aku kek ni agak manis sebab aku guna banyak biscoff spread. Guna banyak pun sebab nak habiskan. Malas nak simpan...😅😅😅😅 Sapa suka biscoff sila la cuba...
 
 
Biscoff Cake

 
Biscoff Cake
C&P : You Tube Mintea Cake
 
4 biji telur gred A
100gm gula perang
120gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder
30ml susu segar
30 ml minyak jagung
30gm biskut biscoff ( hancur lumat )
 
 
Cara-Cara
  1. Satukan telur dan gula perang. Pukul hingga kembang selama 5 minit menggunakan speed perlahan dan naikkan speed kuat.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik sehingga habis.
  3. Satukan minyak dan susu. Kemudian ambil sedikit adunan tepung tadi dan gaul rata. Kemudian tuang adunan tersebut dalam adunan tepung tadi. Kaup balik sehingga sebati. Kemudian masukkan biscoff yang dihancurkan dan ratakan
  4. Bahagi adunan sama banyak kepada 4 bahagian dan tuang dalam loyang saiz 6 inci.
  5. Bakar pada suhu165C° selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Biscoff Cake

 
Biscoff Cream
 
300 ml fresh cream
70gm biskut biscoff ( hancurkan hingga halus ) 
 
Cara-Cara
  1. Pukul fresh cream hingga kental.
  2. Masukkan serbuk biscoff dan ratakan.
  3. Masukkan dalam piping bag dan sedia digunakan
 
 
Biscoff Cake

 
Cara melapis kek
 
Biscoff spread secukupnya
Biskut biscoff secukupnya
Fresh cream secukupnya


Cara-Cara
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Ratakan biscoff spread. Paipkan biscoff cream dan ratakan. Letak sekeping kek atas biscoff cream.
  2. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Salut seluruh kek dengan baki biscoff cream.
  4. Boleh salute keliling kek dengan biskut biscoff yang dihancur kasar. Tuang biscoff spread yang telah dicairkan atas kek. Paipkan fresh cream keliling kek dan susun biskut biscoff.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 
 
 
Biscoff Cake

 
 
Biscoff Cake

Sunday, 13 July 2025

Durian Dream Cake ( Black Thorn )

Durian Dream Cake ( Black Thorn )

       Assalamualaikum semua... Tengah² hari ni saja ja nak tayang kek durian lagi. Maklum la tengah musim durian sekarang niii... Untuk resepi kek durian ni special sikit sebab aku guna durian black thorn. Durian dari sepupu aku. Dia bagi soh buat kek. Aku apa lagi on laaa... Hahaaa... Ni antara kek durian yang paling sedap yang pernah aku buat sebab dia kena buat 3 jenis krim. Sebab tu dia jadi sedap. Untuk durian black thorn ni aku first time rasa. Dekat hujung tu macam ada rasa pahit². Bukan pahit yang amat. Dia macam mana nak habaq haaa... Hangpa kena beli & rasa laaa... Ingat tak sedap bila buat kek. Rupanya sedap dok ohhh.. Hahaaa.... Peminat durian wajib cuba resepi ni. Lagi satu ni first time jugak aku guna tepung sponge mix. Jadi gebu heloq nooo.... Jimat masa jugak la. Campoq² terus mix smpai gebu... Sapa² nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...
 
 
Durian Dream Cake ( Black Thorn )

 
DURIAN DREAM CAKE ( Black Thorn )
C&P : Kak Wan

BAHAN SPONGE CAKE
250 gm Sponge Mix
5 biji telur Grade A
50 ml susu cair
1 sudu besar esen vanilla
75 ml minyak jagung

 
Cara-cara
  1. Alas loyang dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Sebatikan Sponge Mix, telur dan susu cair. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan berkrim.
  3. Perlahankan mixer, masukkan esen vanilla dan minyak. Putar hingga bergaul sebati.
  4. Bahagi kepada 2 bahagian dan tuang dalam 2 buah loyang 7 inci. Bakar selama 40-45 minit.
  5. Sejukkan dahulu dan potong bahagian atas kek. Kemudian setiap kek dipotong 2 menjadi 4 lapisan kek.


 
Durian Dream Cake ( Black Thorn )
 
 
CREAM DURIAN

350 ml Non Dairy Whipping Cream
150 gm isi durian, haluskan

Cara-cara
  1. Putar Whipping Cream hingga pekat. Masukkan isi durian dan sebatikan.
  2. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk.

 

 
Durian Dream Cake ( Black Thorn )

 
PES DURIAN
 
250 gm Isi Durian 
60 ml susu cair
50 ml susu pekat manis

 
Cara-cara
  1. Satukan isi durian, susu cair dan susu pekat. Kisar hingga halus.  Masukkan ke dalam piping bag.

 
Durian Dream Cake ( Black Thorn )
 
 
TOPPING KASTARD DURIAN

60 ml susu cair
1/2 sudu kecil gula Caster
1 sudu besar Tepung Kastard
1/2 sudu besar Gelatin, larutkan dengan 2 sudu besar air panas
70 gm isi durian, haluskan

 
Cara-cara
  1. Satukan isi durian, susu, gula dan tepung kastard. Kisar hingga halus dan tapis ke dalam periuk.
  2. Tuang larutan gelatin dan masak hingga hampir pekat.
  3. Sejukkan dahulu sebelum di ratakan di atas kek.
 

Durian Dream Cake ( Black Thorn )

 
PENYEDIAAN MELAPIS KEK 
  1. Letak sekeping kek diatas papan kek. Picit PES DURIAN di atasnya dan ratakan.
  2. Kemudian picit CREAM DURIAN dan ratakan.
  3. Ulangi melapis Kek, Pes Durian dan Cream Durian hingga 3 lapisan.
  4. Ratakan atas dan tepi kek dengan lebihan CREAM DURIAN.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Keluarkan dan ratakan TOPPING KASTARD DURIAN di atasnya. Simpan semula dalam peti sejuk hingga topping mengeras sebelum di potong.
 
 
Durian Dream Cake ( Black Thorn )

Wednesday, 9 July 2025

Chocolate Kunafa Pistachio Cake

Chocolate Kunafa Pistachio Cake


       Assalamualaikum semua.... Bertemu lagi dengan resepi kek. Hari ni aku nak share resepi kek coklat kunafa yang aku dah upgrade. Yang ni aku upgrade letak kek span pistachio & krim tu aku tak guna cream cheese. Dulu aku buat guna cream cheese dia rasa masam & macam tak sesuai... Kali ni aku guna mascarpone cheese & yessss.... Sangat sedap rasa dia. Untuk pistachio spread tu aku guna yang murah. Rasa dia OK laa.. Sesuai dengan harga... Kek ni aku asalnya nak buat untuk hari lahir tahun depan. Bila tengok tarikh jatuh masa bulan posa... Nahhhh.... Kena ganti kek lain laa... Kena buat kek yang kena tema bulan posa macam kek + pudding kaa... Haaa... Tengok la macam mana nanti. La ni kita layan resepi kek ni dulu...
 

Chocolate Kunafa Pistachio Cake


Chocolate Kunafa Pistachio Cake
By : Syapex Kitchen
 
Kek Coklat

Bahan A
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak jagung

Bahan B
1/3 cawan + 1 sudu besar tepung kek*
1/3 sudu kecil baking powder*
1/3 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci yang dililit dengan plastik cake mousse.


Chocolate Kunafa Pistachio Cake

Chocolate ganache
 
150gm dark chocolate
75gm whipping cream
 
Cara-cara
  1. Satukan dark Coklat dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.
  2. Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas kek coklat.


Chocolate Kunafa Pistachio Cake

Kunafa Pistachio
 
70gm doh kunafa yang dah digoreng ( beli yg dh siap goreng mudah kerja... )
150gm pistachio spread
 
Cara-cara
  1. Satukan kunafa dengan pistachio spread dan sebatikan.
  2. Ratakan atas chocolate ganache. Tekan sedikit supaya padat. Ketepikan.


Chocolate Kunafa Pistachio Cake


MASCARPONE CHOCOLATE MOUSSE
Diolah daripada resepi : Chef Dennis

Bahan A
2 biji kuning telur
50 gm coklat masakn gelap di cincang
4 gm gelatin
15 gm air
100 gm krim bukan tenusu
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-Cara
  1. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga.
  2. Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
  3. Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
  4. Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan

Bahan B
100 gm Mascarpone
50 gm gula icing


Cara-Cara
  1. Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
  2. Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.
  3. Tuang atas kunafa pistachio. 

Chocolate Kunafa Pistachio Cake


Kek Pistachio
Oleh : Chef Amer Hamzah ( Kek Hazelnut )
Rujukan : Majalah SAJI April 2013

2 biji telur
50 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
8 gm ovalette
20 ml air
50 gm tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
30 gm mentega ~ dicairkan
25 gm pistachio ~ dibakar dan dikisar
1/2 sudu teh pistachio paste ( aku tambah )


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega. Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak. Panggang sebentar pistachio pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar. Cairkan mentega.
  2. Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, serbuk pistachio, pistachio paste dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
  4. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit.
  5. Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak. Tekstur kek sangat gebu. Ia akan memantul semula bila kita tekan.
  6. Bila kek dah sejuk, potong bahagian atas supaya sama tinggi dengan kek coklat. Potong bahagian tepi kek supaya muat cake ring saiz 7 inci.
  7. Letak kek pistachio atas mascarpone chocolate mousse. 

Chocolate Kunafa Pistachio Cake


MASCARPONE PISTACHIO MOUSSE
Diolah daripada resepi : Chef Dennis

Bahan A
2 biji kuning telur
50 gm pistachio spread
4 gm gelatin
15 gm air
100 gm krim bukan tenusu
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-Cara
  1. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan pistachio spread secara kaedah double boiler juga.
  2. Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
  3. Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam pistachio spread dan kacau rata. Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
  4. Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan  pistachio dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan

Bahan B
100 gm Mascarpone
50 gm gula icing


Cara-Cara
  1. Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
  2. Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.
  3. Tuang atas kek pistachio dan ratakan.
  4. Bila mascarpone pistachio mouses dah set, boleh cairkan 100gm pistachio spread & tuang atas kek. Boleh hias keliling kek dengan rose kering & kacang pistachio jika suka.


Chocolate Kunafa Pistachio Cake


Tuesday, 8 July 2025

Chocolate Lasagna

Chocolate Lasagna
 
 
      Assalamualaikum & selamat malam semua... Malam ni aku nak share resepi chocolate lasagna. Dulu aku pernah buat dah. Kalau resepi tu agak renyah dari resepi yang ni, tapi rasa dia lagi mengancam sebab ada rasa lemak-lemak santan sebab bahagian putih tu ada letak santan kotak. Kalau nak tengok resepi boleh klik kat sini. Untuk resepi ni dia versi mudah kalau nak bandingkan yang aku buat dulu... Aku buat ni pun nak habiskan cream cheese yang aku dah buka tu. Resepi kat bawah tu aku buat separuh adunan. Kalau nak buat besar sila gandakan adunan tu... Byeee...
 
 
Chocolate Lasagna

 
Chocolate Lasagna
C&P : Mr. Ali
 
Base Lasagna
80 gm Oreo crumbs (Nak letak inti dia sekali pun takpe)
30 gm butter 
 
 
Cara-cara
  1. Hancurkan Oreo crumbs dan gaulkan bersama butter.
  2. Dah gaul sampai sebati, mampatkan dalam loyang bulat / cake ring 6 inci. Tinggi loyang seeloknya 3 inci.
  3. Letakkan dalam peti ais selama 90 minit supaya ia menggeras. 
 
 
 
Chocolate Lasagna

 
Mousse
 
250 gm cream cheese 
150 gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
50 gm gula aising 
1 sudu kecil esen vanilla 
 
 
Cara-cara
  1. Putar cream cheese. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik baru putar.
  2. Dalam 2 hingga 3 minit putarkan. Masukkan gula aising dan esen vanilla.
  3. Sambung putar lagi sampai semuanya sebati. Bila sudah, berhenti.
  4. Pada bekas yang lain, putarkan dairy whipping cream sehingga kental.
  5. Dah kental, kaup balik adunan cream cheese tadi dengan whipping cream. Kaup sampai sebati dan letakkan ke atas lapisan base yang disejukkan tadi.
  6. Ratakan mousse tadi cantik-cantik. Setkan dalam peti ais selama 30 minit.
 
Nota: Sebab nama pun lasagna jadi adunan tadi bahagikan pada dua. Satu letakkan di atas base tadi. Satu lagi letakkan dalam piping bag. Yang dalam pipping bag ini masukkan dalam peti. Jangan biarkan pada suhu bilik. 
 
 
 
 
Chocolate Lasagna

 
Inti Coklat

100 gm coklat gelap 
75 gm dairy whipping cream
25 gm serbuk koko
10 gm susu pekat manis
 
 
Cara-cara
  1. Double boil, letakkan dairy whipping cream dan dark chocolate. Double boil sampai semuanya larut. Dah larut, tutup api. Terus masukkan serbuk koko dan susu pekat manis.
  2. Terus kacau panas-panas sampai semuanya sebati. Dah sebati, tapis. Wajib tapis dan bagi dia suam dalam 10 hingga 15 minit.
  3. Dah suam, kacau-kacau dulu sebelum tuang baru masukkan ke atas lapisan mousse tadi.
  4. Setkan dalam peti selama 30 minit.
  5. Selepas 30 minit, baru letakkan mousse yang kita letakkan dalam pipping bag tadi. Keluarkan dari peti dan pipe je atas lapisan inti coklat tadi.
  6. Ratakan elok-elok. Setkan semalaman.
  7. Untuk hiasan boleh tabur serbuk oreo, chocolate chip, chocolate flakes & boleh parut dark & white chocolate atas tu. 

 
 
Chocolate Lasagna

 
 
Chocolate Lasagna

Friday, 27 June 2025

Italian Tiramisu

Italian Tiramisu

 
      Assalamualaikum semua. Salam 1 muharram... Hari ni aku nak share resepi tiramisu pulak. Aku suka resepi tiramisu versi letak gelatin ni sebab dia stabil. Bila potong dia nampak cantik & kemas. Kalau tak letak gelatin dia macam lembik-lembik. Nak-nak bila guna mascarpone. Kalau guna cream cheese dia masih keras kalau tak letak gelatin. Biskut lady fingers pun aku ada sikit. Lebihan buat tiramisu dulu. Kalau tak aku nak buat 3 layer. Sebab tak cukup biskut aku buat 2 layer je la. Pastu aku buat guna cake ring saiz 7 inci. Masih ada lebihan cream. Kalau buat 8 inci rasayan cukup-cukup. Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
Italian Tiramisu
 
 
Italian Tiramisu
C&P : Kak Wan @ Wan Resipi


Bahan-bahan
Biskut sponge fingers secukupnya

Filling
2 kuning telur
60 gm gula kaster
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar gelatine + 50ml air panas
250 gm mascarpone atau Phil cream cheese
125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat ( aku letak 200ml )

Sirap Kopi
2 sudu besar serbuk kopi atau espresso
4 sudu besar gula kaster
100 ml air panas
1 tsp serbuk koko (optional)
(Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

Hiasan : serbuk koko

 
Cara-cara:
  1. Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
  3. Kacau mascarpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.
  4. Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  5. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur.
  6. Susun biskut tadi ke dalam acuan yang di alas plastik supaya senang mengeluarkannya.
  7. Paip 1/2 adunan cream cheese ke atasnya dan ratakan. Ulang lapisan biskut dan cream cheese hingga habis.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Hias dengan serbuk koko sebelum dihidangkan.
  9. Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 sudu besar sour cream (krim masam) dan 2 sudu besar whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascarpone cheese.
 
 Nota tambahan
  • Aku buat dalam cake ring saiz 7 inci. Keliling cake ring tu aku letak plastik mika. Nanti senang nak kelurkan tiramisu. Bila buat saiz 7 inci ada lebihan cream. Buleh buat saiz 8 inci. 
 
Italian Tiramisu


Italian Tiramisu


Italian Tiramisu