Thursday, 27 December 2012

pizza tudung periuk


  Salam semua... Haaaa.... Kelia [ Sempoi ] tak tajuk pizza aku hari ni... Hehehehee... Pizza tudung periuk [ N3 4 5 hari yang lepas ]... Ni bukan apa, pizza pan tak ada. Ganti tudung periuk je la. Tak kisah la, tudung periuk pun tudung periuk la. Janji pizza aku jadi dengan elok dan sedap. Pizza ni aku buat masa anak buah aku balik kampung. Yang sorang tu cerewet sikit. Tapi yang dua orang tu, hmmmm.... Masak apa pun makan. Tu yang best bila depa balik kampung. Seronok nak masak bagi makan... Untuk kanak-kanak aku letak sosej ayam dan sedikit sos serta sayur-sayuran. Yang sorang tu kalau nampak banyak warna hijau dan merah takut nak makan. Untuk adunan ni aku buat dalam tiga biji sebab tudung periuk tak besar. Satu biji untuk kanak-kanak, dua biji untuk tak berapa kanak-kanak. Jom tengok resepinya....



Bahan Doh

-300gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-30gm gula
-9gm yis basah + 40gm air suam
-160gm air sejuk
-40gm mentega
-1/2 sudu teh bread improver
-1/2 sudu teh bread softener


Bahan Inti

-5 batang sosej ayam
-10-12 ekor udang sederhana besar
-6-8 ekor sotong


Bahan sos

-2 sudu besar minyak zaiton
-sos spaghetti [ aku guna cap prego ]
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-sayur campur
-nenas
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu bawang besar dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada tiga bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " tudung periuk " dan letak diatas acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos spaghetti.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala, nenas dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.





Yang ni belum masak....
Pizza ni kena boh banyak keju..
Baru la lemak-lemak...
Memang sedap dan berbahaya....
Heheheheee...


Sunday, 23 December 2012

bubur durian


   Salam dan selamat pagi semua. Pagi-pagi ni kita layan bubur durian lah. Sekarang  ni kan tengah sibuk dengan musim durian, So, aku pun buat jugak la resepi berasaskan durian walaupun tak berapa suka sangat durian ni. Setakat rasa tu boleh laaa... Tapi kalau jadikan bubur ni memang makan tu bertambah-tambah la nampak gayanya. Hehehe... Orang yang bukan pengemar durian pun kompem suka kalau durian ni buat bubur. Tambah sikit dah la. Buat syarat katakan.... Resepi ni asalnya dari resepi bubur jagung lemak manis, cuma tambah durian dan bahan lain sikit... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-1/2 cawan isi durian [ kalau suka banyak, tambah lagi ]
-2 cawan isi jagung manis
-1 cawan kacang hijau - direndam
-3 cawan air
-3 cawan santan fresh
-1/2 cawan gula pasir
-gula melaka [ iku kemanisan yang anda suka ]
-2 helai daun pandan - disimpulkan
-secubit garam


Cara-Cara

  1. Rebus kacang hijau dengan tiga cawan air hingga kembang, masukkan jagung dan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka dan isi durian. Masak hingga mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan santan dan garam. Masak seketika. Jika kelihatan pekat, masukkan sedikit air.
  4. Tutup api dan sedia dinikmati.






Cicah dengan roti pun sedap...
Selamat mencuba...

Friday, 21 December 2012

Kuih Cara Pedas [ Inti Udang ]


   Salam.... Entry tertunda lagi. Hari ni baru boleh update. Kali ni cuma nak kongsi resepi kuih cara pedas inti udang. Selalunya buat inti daging hancur, tapi kali ni try buat udang pulak. Sedap jugak. Hmmmm... Hujan-hujan gini makan kuih pedas-pedas baru layan. Jom tengok resepinya...



Bahan Batter

-100gm tepung gandum
-250ml santan
-1 biji telur
-1/2 sudu teh kunyit
-garam


Bahan inti

-100gm udang
-2 sudu makan rempah kari ikan [ campur dengan 4 sudu makan air, jadikan pes ]
-1 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1 tangkai daun kari [ ambil daun sahaja ]
- lobak merah
-lada benggala


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan batter. Kacau dengan whisk. Ketepikan.
  2. Untuk inti, buang kulit udang dan potong nipis-nipis atau cincang. Lobak merah dan lada benggala didadu. Tumis bawang merah dan putih hingga kuning. Masukkan daun kari dan pes kari. Kemudian masukkan udang, lobak merah dan lada benggala. Biar separuh masak dan tutup api.
  3. Panaskan acuan dan sapu dengan sedikit minyak.
  4. Tuang adunan batter kedalam acuan sehingga 3/4 penuh. Masukkan inti di tengah adunan batter tersebut.
  5. Tutup acuan dan biar masak lebih kurang 5 minit.
  6. Kelurkan dari acuan dan sedia dinikmati dengan sos kegemaran anda.






Sekali-sekala makan dengan inti udang pun sedap....


Thursday, 20 December 2012

Durian Kawin


  Salam dan selamat pagi semua... Hari ni betol-betol sejuk sebab semalam hujan renyai-renyai. Lepas tu waktu pagi pun hujan lagi. Arrr.. Nak mandi pun rasa malas. Hehehe... Besa la, kalau dok kampung ni sejuk dia lain macam sikit. Ok, hari ni aku cuma nak kongsi gambar buah durian kawin ja. Orang asyik dok tayang crepe durian, aku tayang buah durian fresh je la. Durian ni dah gugur dalam tiga hari dah, semalam baru kopek. Bila dah terbuka, Mak aiii isi, tebalnya. Satu ulas pun dah kenyang. Tapi aku tak makan pun. Aku lebih suka makan durian kampung dari durian kawin... Sory ye, gambar tak berapa jelas sebab guna kamera tipon...






Cuba tengok isi durian tu...
Macam daging ayam pun ada..
hehehehe...
Jemput makan...


Tuesday, 18 December 2012

blended cheese cake


  Salam semua..... Haaaaa.... Sempoi tak tajuk kek hari ni.....? Ni gara-gara mixer aku la, rosak. Nak kena beli yang baru la pulak ni.... Tapi tak pa la, dah banyak kek dah berjaya sebab mixer ni. Terpaksa la aku buat kek yang guna blander atau hand whisk saja buat masa ni. Berbalik pada kek ni, mula-mula tu rasa tak yakin jugak nak buat. Takut tak jadi la pulak. Lepas siap masak, alhamdulillah... Sedap jugak rasa dia. Rasa macam kuih bengkang bakar pun ada. Mak aku siap tanya " Ni bengkang apa...? Sampai ada kerak kat bawah." Hahahaaaaa... Boleh tukar nama bengkang keju la lepas ni... Untuk lapis atas tu aku guna resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake. Aku buat separuh adunan saja kek ni. BTW ni N3 dua minggu lepas sebelum aku buat resepi pasal jagung tu... Sapa-sapa yang berani cuba, jom tengok resepinya....




Bahan-Bahan

Lapis Bawah

-120gm biskut marie
-80gm mentega
-1 sudu makan susu tepung
-1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Lapis Atas
-120gm cream cheese
-30gm tepung kek
-10gm tepung jagung
-70gm gula
-3 biji telur gred A
-25gm mentega
-50ml susu segar [ aku guna susu cair ]
-1/2 sudu besar jus lemon [ aku guna limau nipis yang dah masak ]
-1/4 sudu kecil garam


Cara-Cara
  1. Alas loyang dengan kertas minyak dan lanserkan dengan mentega. Panaskan oven pada 170c[ ikut oven masing-masing ]
  2. Untuk lapis bawah kisar biskut marie, kemudian cairkan mentega. Satukan biskut marie, mentaga cair, susu tepung dan kulit kayu manis. Gaul rata, kemudian masukkan kedalam loyang. Tekan campuran biskut tersebut supaya padat sedikit. Bakar lebih kurang 5 minit dan kelurkan dari oven. Ketepikan.
  3. Untuk lapis atas, cairkan cream cheese, mentega dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  4. Kisar telur bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan campuran cream cheese dan tepung. Kisar sebati.
  5. Tapis adunan tersebut pada lapisan bawah. Bakar semula selama 35-40 minit. Jika kek kelihatan tidak masak,  letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus dan sambung masak selama 10 minit lagi.
  6. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama beberapa minit sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi.
  7. Kalau nak sedap simpan semalaman dala peti ais baru makan.




Ada berani nak cuba...??



Monday, 17 December 2012

Jagung Rebus dan Kelapa Parut [ Urap Jagung ]


   Salam semua... Ni entry last pasal jagung buat masa ni. Harap-harap tak da sapa-sapa yang muntah jagung masa aku dok update blog dalam satu minggu ni. Hehehe... Aku cuma nak share resepi jagung rebus dan kelapa parut atau urap jagung saja. Mudah, cepat dan sedap. Kalau kat kampung selalunya orang panggil jagung rebuih [ rebus ] dengan nyok [ kelapa ]. Perkataan urap ni pun aku baru tau masa nak tulis entry ni. Ikut la orang nak panggil apa pun, janji benda tu sama saja. Apa-apa pun jom tengok resepi yang mudah ni...



Bahan-Bahan

-1 cawan jagung rebus
-1/4 cawan kelapa parut
-1/2 sudu makan gula
-1/2 sudu teh garam
-1/2 sudu makan mentega cair [ untuk yang suka rasa lemak-lemak masin ]

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Sedia dinikmati.



Tengok dekat sikit...
Makan dengan kopi panas sedap ni...

Sunday, 16 December 2012

cucur jagung pedas


   Salam semua... Kali ni kita makan cucur jagung pedas pulak. Dua tiga hari lepas makan yang manis-manis. Hari ni kita makan yang pedas-pedas sikit. Selalunya mak aku selalu buat cucur jagung manis. Tapi disebabkan aku yang masak, aku buat la yang pedas. Masa dok goreng-goreng tu, makcik dan pakcik aku datang. Nasib baik cukup untuk jamu kat depa. Kalau tak dapat la sorang seketul dua. Hehehehe... Ni la dinamakan rezeki... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum
-1/2 sudu teh yis
-1 tongkol jagung [ dihiris ]
-100 gm udang
-1 biji telur
-2/3 cawan air
-1/2 sudu teh lada putih/hitam
-1 sudu makan serbuk kari
-cili merah didadu
-bawang besar didadu
-3 batang pokok kucai
-garam dan gula


Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan kedalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  3. Peram lebih kurang dalam 20-30 minit.
  4. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  5. Bila kekuningan, angkat dan toskan.
  6. Sedia dinikmati dengan sos kegemaran.



Pulut Serimuka Jagung



   Salam... Hari ini sarapan pagi aku buat serimuka. Bukan serimuka biasa, tapi serimuka luar biasa.... Pulut Serimuka Jagung.. Resepi ni amek kat Kak Rusnah Fotopages. Klik sini kalau nak tengok resepi asal dia. Aku punya buat dalam acuan lompang. Nampak comel sikit. Dapat la dalam 18 biji. Kalau buat dalam acuan senang sikit. Tak payah nak potong-potong dah, cuma keluarkan dari acuan je bila nak makan. Lagipun kalau bab potong kuih ni memang comot aku buat. Baik buat dalam acuan. Cun la sikit masa nak amek gambar tu. Meh tengok resepinya...


Bahan-Bahan


Bahagian bawah

-1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
-1 1/2 cwn santan
-sedikit garam dan gula
-1 st butter [ ganti minyak masak ]

Bahagian atas [ aku gandakan sebab guna acuan lompang ]

-2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) [ 1biji jugak ]
-1/3 cwn gula pasir [ 2/3 cawan]
-1/2 cwn santan pekat [ 2 cawan ]
-1/3 cwn susu cair [ tak letak, ganti santan ]
-2 sb tepung gandum [4 sudu makan ]
-1 sb tepung custard [ 2 sudu makan ]
-sedikit garam dan vanilla [ ganti perasa jagung manis ]
-sedikit pewarna kuning
-2 sb jagung cream [ 1 tongkol jagung fresh, dihiris ]

Cara-Cara

  1. Lapis Bawah:  Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci [ masa ni aku masukkan pulut dalam acuan lompang dan tekan-tekan sikit pulut tersebut. Acuan tu sapu sikit minyak bagi senang keluarkan kuih ] dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.
  2. Lapis Atas:  Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.





Belah sikit...
Nampak tak jagung kat dalam tu...
MMMM....
Sedapnya.......
Lemak-lemak manis...

Saturday, 15 December 2012

BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS




   Salam.... Hari ni masih pasal jagung lagi. Jangan muntah pulak asyik dok tengok resepi pasal jagung ja. Hehehe.... Petang-petang gini dengan cuaca mendung nak hujan memang sedap pekena bubur jagung. Aku amek resepi ni kat blog secubit garam. kalau nak tengok resepi dia klik sini. Untuk resepi ni, aku lebihkan santan. Maka, jadilah bubur jagung lemak manis... Sekali-sekala makan yang lemak-lemak ni memang sedap. Tapi jangan lupa nak bersenam pulak lepas ni, nanti tambah pula berat badan tu. Hehehe... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-3 cawan isi jagung manis [ aku guna 4 tongkol jagung fresh ]
-5 - 6 cawan air [ aku guna 3 cawan ]
-1 cawan santan fresh [ aku guna 3 cawan ]
-1/2 cawan sagu ~ direndam
-3 sudu gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai [ aku guna 1/2 cawan ]
-sedikit gula nisan/gula melaka [ tak letak ]
-1/2 biji telur ~ dikocok [ tak letak ]
-2 helai daun pandan ~ disimpulkan
-secubit garam


Cara-Cara
  1. Masak isi jagung, daun pandan dan air hingga mendidih.
  2. Sementara itu basuh sagu dan toskan.
  3. Bila dah mendidih masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan santan.
  4. Masak dgn api sederhana dan hendaklah dikacau supaya tidak naik kepala.
  5. Bila bubur mendidih masukkan sagu dan telur. Kacau supaya telur tidak berketul.
  6. Masak sehingga sagu bertukar warna jernih.
  7. Angkat dan hidangkan.


Friday, 14 December 2012

Kuih Bakar Jagung


   Salam and good morning... Hari ni masih menu berasaskan jagung lagi. Aku buat kuih bakar jagung. Aku amek resepi ni kat blog DTS. Klik sini untuk resepi asal dia. Aku buat separuh adunan dan buat dalam loyang chiffon 20cm. Senang sikit, sekali masuk dalam oven je. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan

-250 g tepung gandum
-230 g gula pasir (mat guna 180 g)
-400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak) [ aku guna santan fresh ]
-200 ml air [ aku ganti guna santan ]
-4 biji telur gred A
-1 tin cream style corn [ aku guna jagung rebus fresh, 2 tongkol lebih kurang 1 cawan ]
-2 camca besar minyak sapi QBB (boleh ganti dengan mentega)
-1 camca teh garam (mat guna 1/2 je)
-3/4 camca teh pewarna kuning
-1 camca teh serbuk vanillin (mat guna esen vanilla je)



Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk hingga semua sebati dan mesra. T apis dan masukkan cream styke corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Lenser dgn sedikit minyak sapi atau mentega. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar 40 - 50 minit dan jika bekas kecil (seperti acuan baulu), bakar 15 - 20 minit atau pun hingga masak.Bergantung pada saiz acuan dan jenis acuan.





Kuih Bakar Jagung

Maaf ye...
Gambar nampak comot...
Macam tak pandai potong je...
Hmmmm....





Thursday, 13 December 2012

Bun Jagung Manis



   Salam semua.... Kali ni aku meroti lagi. Buat roti jagung pulok. Dua tiga hari ni menu memang ada kaitan dengan jagung la. Sebabnya jagung kat rumah aku ni dah boleh makan dah. Nak jual, tak la banyak sangat. Tak berbaloi. Maka kita pelbagaikan menu jagung ni untuk menhabiskannya dengan cepat.... Resepi ni aku amek kat JMC. Kalau nak tengok resepi dia, klik sini. Resepi kat bawah ni untuk adunan separuh. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan ]


-150gram tepung roti (tepung high protein)
-50gram tepung gandum
-1 sudu besar susu tepung@skim milk [ yang ni aku terlupa letak. hehehee.. ]
-1 1/2 sudu besar gula [ aku tak letak ]
-1/2 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
-20gram @ 1 sudu besar shortening@butter@marjerin
-1 tongkol jagung segar yang belum direbus ( kikiskan isi nye)
-3gram yis atau 1 sudu kecil yis [ aku ganti dengan yis basah ]
-75ml susu suam@air suam [ ganti dengan 40gm susu pekat + 25gm air ]
-2 sudu besar water roux@ 1/2 sudu kecil bread softner @ bread improver
-1/2 sudu kecil baking powder

(kalau guna shortening disarankan masukkan juga 1/2 sudu kecil garam, kalau guna mentega atau marjerin tak perlu, sebab terdapat kandungan garam didalamnye)



* untuk gliss*

egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) [ aku tambah 1 sudu makan madu ]


Bahan Kastard [ aku memandai tambah ]

-1/3 cawan jagung
-1/2 cawan air
-2 sudu makan susu pekat
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan tepung kastard

Cara-Cara

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan gliss dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. [ Aku buat kaedah ni ] Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun di dalam acuan yang ade lubang di tengahnye, macam acuan kek chiffon tu, atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, sebarang acuan dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. Biarkan bun naik dua kali ganda.
  5. [ Ni aku tambah sendiri ] Untuk kastard, campurkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga jagung hancur. Masukkan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kelihatan pekat. Tutup api dan sejukkan.
  6. Gliss permukaan bun dengan egg wash. Kemudian masukkan kastard jagung kedalam plastik bersih. Gunting bucunya dan picit atas permukaan roti. Buat corak yang dikehendaki. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  7. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




Sungguh gebu....
Sungguh sedap....
Setiap gigitan terasa jagungnya....
Krup... Krup....

Puding Jagung Lemak Manis


  Salam semua... Hari ni aku nak tayang N3 yang petang kemarin. Puding jagung saja... Dah lama tak buat puding jagung. Kalau nak buat pun kena ada jagung fresh baru best. Kalau guna jagung fresh sedap sikit dari jagung dalam tin. Selalunya jagung dalam tin ni keras dari yang fresh. Jagung ni mak aku baru tuai. Dia rebus banyak, aku simpan dua tongkol untuk buat puding. Tapi kalau tak buat puding, selalunya jagung tu hiris nipis-nipis dan campur dengan kelapa parut, gula and garam sikit. Cara ni pun dah sedap. Kalau benda dah fresh, masak cara apa pun sedap kann.. So, jom tengok resepi puding jagung lemak manis aku niii... BTW sos kastard tu saja aku tambah. Klau tak buat pun tak pa... Kalau rajin sesangat buleh la buat...



Bahan-Bahan

-2 tongkol jagung rebus. [ dihiris ]
-1 cawan tepung kastard
-1/2 cawan tepung hoen kwe kuning [ putih pun tak pa ]
-1 cawan gula
-3 cawan santan [ 1/2 biji kelapa ]
-1 1/2 cawan susu cair
-garam

Sos Kastard

-100 ml susu cair
-100 ml air
-1 sudu makan susu pekat [ kalau kurang manis tambah lagi ]
-1/2 sudu makan tepung kastard
-1/2 sudu makan mentega




Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau.
  3. Masak adunan tersebut sehingga pekat dan berkilat. Tutup api.
  4. Tuang dalam loyang atau acuan yang telah dibilas dengan air terlebih dahulu.
  5. Sejukkan dan boleh dinikmati.
  6. Untuk sos kastard, campur dan kacau rata semua bahan sos kastard dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api. Sejukkan dan sedia di hidang bersama puding.



Sedap jugak makan dengan sos kastard...
Selamat mencuba...



Wednesday, 12 December 2012

cili



  Hari ni tak da N3 masak-masak, cuma nak tunjuk buah cabai ni yang baru dipetik kat depan rumah... HUHUUU.... Merahnya... Mesti pedas berasap....

Tuesday, 11 December 2012

Nasi Goreng Tom Yam


    Salam dan selamat pagi semua.... Huh... Dah nak tengahari dah pun. Tapi tak pa masih pagi lagi kan. So aku nak kongsi resepi sarapan pagi la hari ni. Nasi goreng tom yam. Ni nak makan waktu mana pun boleh. Saja nak buat menu sarapan. Sapa-sapa nak cuba, meh tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-2 cawan nasi putih
-5-6 ekor udang sederhana besar
-2 ekor sotong
-2 ulas bawang putih
-1 biji bawang merah
-1 sudu makan perencah tom yam [ Boleh lebihkan ]
-lobak merah
-lada benggala
-3 batang shitake mushroom


Cara-Cara

  1. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakang dan cuci kekotoran. Potong sotong kecil-kecil. Tos dan ketepikan.
  2. Lobak merah dan lada benggala didadu. Potong nipis-nipis shitake mushroom.
  3. Tumis bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan perencah tom yam. Kacau seketika.
  4. Masukan sotong dan udang. Goreng sehingga separuh masak.
  5. Masukkan nasi putih, lobak merah, lada benggala dan shitake mushroom. Gaul rata.
  6. Apabila sayur kelihatan layu, tutup api.
  7. Sedia dinikmati.




Jemput makan


Monday, 10 December 2012

Coffee Bread



   Salam semua.. Hari ni buat roti lagi... Aku amek resepi ni kat blog secubit garam. Klik sini untuk resepinya. Dia pulak amek kat MamaFami's. Klik sini kalau nak tengok resepi dia. Terima kasih la sebab sudi kongsi resepi roti yang sedap nihhh...  Memang gebu roti ni... Tapi kan rupa roti aku ni memang lain dari roti yang depa buat. Macam landak pun ada. Hahahaaa.... Rugi ooo kalau tak cuba... Sekali makan , nak lagi. Tambah-tambah makan dengan kopi panas... Mmmmm.... Lepas ja roti siap masak, terus hujan.... Lagi la syok makan roti panas-panas ni waktu sejuk macam ni.. Jom-jom tengok resepinya....



Bahan-Bahan

-190 g high protein flour (I used multipurpose flour) [ aku guna tepung roti ]
-50 g sugar
-2 g salt
-6 g instant dried yeast [ aku guna yis basah ]
-1/2 teaspoon bread improver
-1 egg yolk
-50 g fresh milk [ aku guna susu cair ]
-12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water) [ aku tak letak ]
-60 g water roux
-1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added) * [ aku letak 1 sudu teh kopi emulco ]
-30 g butter

Bahan Glis

-Lebihan putih telur
-1 sudu makan madu

Bahan Hiasan

-coklat chip
-poppy seed



Cara-Cara
  1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
  2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
  3. Set the Breadmaker to Dough function.
  4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving. [ Aku uli guna tangan ja, Bredmaker tak da. Aku satukan semua bahan kecuali mentega. Uli kejap, lepas tu masukkan mentega. Terus uli hingga tak melekat kat tangan dan doh kelihatan kenyal. Kemudian rehatkan doh selama 50 minit atau lebih ]
  5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
  6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
  7. Leave to proof till double the size. [ Masa ni campurkan kedua-dua bahan glis, kacau sedikit dan sapukan atas roti dan letak coklat chip bersama poppy seed ]
  8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
  9. Once out of the oven, brush with butter. [ Ni aku tak buat ]




WATER ROUX


To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.


Ingredients :

-50g flour
-250g water 
  1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
  2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
  3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter
lasts for 3 days before it goes off.







Cuba tengok....
Betapa gebunya roti nihhh....

Sunday, 9 December 2012

Kek Coklat [ Versi Bakar ]



Assalamualaikum semua..... Hari ni kita makan kek coklat plak. Apa? Tetengahari makan kek coklat... Tak da la, ni entry yang dah lama aku simpan dalam draft. Hari ni baru nak publish. Kek coklan ni pun dah lama tak buat. Sekarang ni dah macam-macam resepi kek coklat. Ada yang bakar, yang kukus, super moist dan macam-macam lagi la. Ni antara resepi yang pernah aku cuba. Kebanyakan kek coklat aku minat jenis bakar. Yang kukus pun sedap jugak. Tapi sekali-sekala makan yang bakar la pulak. Aku suka dekat bahagian yang tepi  kek tu. Ada rasa hangit-hangit sikit. Jom tengok resepiny.....



Bahan-Bahan

-1 1/4 cawan tepung kek
-1 cawan gula perang
-1 cawan mentega cair
-1 cawan susu cair
-2/3 cawan susu pekat manis
-1 cawan serbuk koko
-3 biji telur gred A
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bicarbonate
-1 sudu teh esen vanila


Cara-Cara

  1. Lanserkan loyang 7 x 7 x 3 dan alas dasar dengan kertas minyak. Lanserkan jugak kertas tersebut. Panaskan ketuhar 170c [ ikut oven masing-masing yer... ]
  2. Masak susu cair, susu pekat manis, gula perang, mentega cair dan serbuk koko dengan api sederhana. Kacau dengan whisk sehingga semuanya larut. Sejukkan.
  3. Ayak tepung, baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan.
  4. Pukul telur hingga kembang. Masukkan esen vanila.
  5. Tuang bahan yang dimasak tadi kedalam adunan telur. Kacau rata.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak sedik demi sedikit. Gaul rata.
  7. Tuang kedalam loyang dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dipotong.






Ambik la sepotong...

Saturday, 8 December 2012

Cendawan Tiram Salut Tepung


  Salam semua... Hari ni masak apa...? Mesti masak yang best-best kan. Bukan macam aku ni, cuma masak benda yang mudah-mudah ja... Hari ni aku nak kongsi resepi yang besa aku buat sebelom tengok cerita atau movie kat laptop buruk aku ni. Ganti pop corn... Cendawan tiram salut tepung.  Sebelum ni aku selalu buat sotong, kali ni guna cendawan tiram. Sambil-sambil nonton ada jugak benda untuk dikunyah. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan

-100gm cendawan tiram
-1/3 cawan tepung gandum
-1/2 sudu teh baking powder
-1 sudu teh mix herbs
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-1/2 sudu teh cili flakes
-1/2 sudu teh parsley flakes
-1 biji telur
-sedikit garam
-sedikit lada putih


Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan cendawan tiram. Jika besar, koyak-koyakkan sedikit.
  2. Satukan tepung gandum, baking powder, mix herbs, serbuk kunyit, cili dan parsley flakes dalam satu bekas yang besar. Gaul rata.
  3. Pukul telur bersama garam dan lada putih.
  4. Masukkan cendawan tiram kedalam adunan telur. Gaul rata.
  5. Kemudian, masukkan cendawan tiram tersebut ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Apabila kekuningan, angkat dan toskan.
  7. Hidangkan bersama sos kegemaran atau makan bersama nasi.



Kalau banyak ni, aku sorang ja yang makan...

Friday, 7 December 2012

Som-Som Pandan Manis




   Salam semua..... Hari ni nampaknya masih panas macam biasa. Pagi tadi tengok macam nak hujan sebab sejuk saja. Tapi tak hujan pun. Panas-panas ni kena makan benda yang sejuk di tekak. Baru besttt... So, hari ni aku cuma buat som-som pandan manis saja... Benda-benda simple je.. Moh kita tengok resepinya......


Bahan-Bahan

-60gm tepung beras
-500ml santan
-garam
-5 helai daun pandan

Sirap Gula merah

-70gm gula pasir
-70gm gula merah
-300ml air
-1 helai daun pandan

Cara-Cara

  1. Patong daun pandan kecil-kecil dan kisar bersama santan. Tapis, kemudian bancuh bersama tepung beras dan garam. Tapis kedalam periuk dan masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau dengan whisk supaya tidak berketul. Apabila sudah mendidih dan berkilat, tutup api.
  2. Tuang adunan kedalam acuan yang telah dibilas dengan air. Sejukkan.
  3. Untuk sirap gula merah, Masak kesemua bahan, sejukkan dan tapis.
  4. Keluarkan adunan yang telah beku dan letak dalam mangkuk hidangan. Tuang sirap gula.
  5. Sedia dinikmati sejuk-sejuk.




Simpan dalam peti sejuk dulu baru best....
Selamat mencuba..

Thursday, 6 December 2012

Tiramisu



Salam.... Hari ni rasa nak makan dessert yang tak yah masak. So, aku pun buat la tiramisu. Aku amek resepi ni kat blog Zila4ever. Klik sini. untuk tengok resepinya... Dia buat dalam dulang, aku buat dalam gelas kecik-kecik yang comel.  Nanti senang nak ngappp... Aku buat dapat dalam 5 gelas. Yang gelas ke-5 tu kurang penuh sebab kekurangan bahan.... Memang best makan sejuk-sejuk. Tambah-tambah tengah waktu panas lit-lit [ panas yang teramat ]... Hehehe... Jom tengok resepinya...






Bahan-Bahan

-biskut lady finger secukupnya
-250ml whipping cream
-250gm cream cheese
-esen vanila
-1/2cawan gula halus [ boleh kurangkan lagi ]
-1 cawan air panas untuk bancuh nescafe
-1 sudu makan serbuk nescafe
-serbuk koko untuk hiasan








Cara-Cara
  1. Masukkan cream cheese kedalam mixer.
  2. Campurkan whipping cream, esen vanila dan gula.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu dengan kelajuan sederhana.
  4. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi.
  5. Celup biskut lady finger kedalam bancuhan nescafe. [ celup ala kadar je, jangan sampai hancur pulak biskut tu ]
  6. Susun dalam cawan dan lapiskan dengan adunan cream + cheese tadi atas biskut.
  7. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam peti sejuk sebentar.
  8. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.







Makan sejuk-sejuk memang sedap..
1 gelas ni pun rasa tak cukup...






Yang ni dah separuh kena ngap....

Wednesday, 5 December 2012

Puding Sagu Gula Melaka



  Salam dan selamat petang semua..... Makan apa petang ni...? Aku petang ni masak benda simple saja. Puding Sagu Gula Melaka. Sekarang ni start panas pulak kat perlis ni, so kalau makan benda macam ni memang best. Sejuk saja tekak ni... Mmmmmm..... Slrupppp..... Sapa-sapa nak cuba meh tengok resepinya... Senang saja....


Bahan-Bahan

-2/3 cawan biji sagu
-1/2 periuk air
-pewarna merah

Bahan Gula Melaka

-1/2 keping gula melaka
-60gm gula pasir
-1 helai daun pandan
-150 ml air

Bahan Sos Santan

-250 ml pati santan [ 1/2 biji kelapa ]
-sedikit garam


Cara-Cara
  1. Cuci dan rendam biji sagu sebentar dan toskan.
  2. Masak air dan pewarna merah dalam periuk hingga mendidih kemudaian masukkan biji sagu tadi.
  3. Kacau sehingga sagu kelihatan jernih.
  4. Tuang sagu dalam penapis dan basuh dibawah air yang mengalir untuk menghilangkan kanjinya.
  5. Tos dan tuang sagu kedalam acuan yang telah dibasahi dengan sedikit air. Sejukkan. [ aku simpan dalam peti ais kejap ]
  6. Untuk gula melaka, masak air dan masukkan gula dan gula melaka yang telah dicincang bersama daun pandan. Masak hingga gula larut dan pekat. Sejukkan dan tapis. Ketepikan.
  7. Masukkan garam kedalam pati santan. Kacau rata.
  8. Kelurkan sagu dari acuan dan letak kedalam mangkuk hidangan.
  9. Tuang santan dan kemudian gula melaka kedalam mangkuk hidangan tersebut.
  10. Sedia dinikmati.





Kalau nak sedap, sagu tu simpan dalam peti ais dulu sebelum dihidangkan...
Baru best sebab ada rasa sejuk-sejuk...
Nyaman rasa tekak..


Tuesday, 4 December 2012

soft cheese bagel


Salam... Wah awalnya entry hari ni. Siap buat roti pulak tuu... Ni projek semalam punya. Bangun awal-awal ni sebab nak pi hospital. Ada appointment dengan doktor..... OKkk.... Kali ni start meroti la pulak. Asyik makan kek saja. Nanti gula dalam darah naik lagi... [ peringatan untuk diri sendiri ] Hehehe... Aku amek resepi ni kat blog DTS. Klik sini kalau nak tengok resepi dia... Kalau tengok rupa roti asal dengan aku memang jauh perbezaan. Semacam ja jadinya... Walau rupa comot, janji kenyang di perot. Hahaha.... Apa-apa je la... Meh tengok resepinya....



BAHAN-BAHAN

-150 gram tepung roti (high-protein flour)
-50 gram tepung kek (tepung halus atau tepung gandum)
-Secubit garam halus
-130 ml susu segar [ aku guna susu cair ]
-4 gram yeast [ aku guna 1/2 sudu teh yis basah ]
-1/4 camca teh bread improver
-1/4 camca teh bread softerner (mat tambah) [ aku pun tambah ]
-20 gram gula halus
-30 gram parutan keju cheddar


BAHAN HIASAN

-Telur, dipukul sedikit untuk disapu
-Parutan keju cheddar secukupnya untuk ditabur


CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam mangkuk, gaul rata dan tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, uli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal, kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 1 jam hingga naik dua kali ganda.
  2. Keluarkan doh, tumbuh untuk membuang udara. Bahagikan pada 6 bahagian sama besar, bulat2kan setiap doh tadi. Ambil satu bahagian, leperkan sedikit, tabur tepung dan cucuk bahagian tengahnya dengan jari sehingga membentuk lubang, besar kan lubang tadi dan alih doh dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama untuk baki doh.
  3. Biar 45 minit hingga kembang. Sapu kuning telur dan tabur parutan keju. Bakar pada suhu 200C selama 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan mengikut kreativiti anda..







Rupa memang tak sama dengan resepi asal....
Tak pa, janji sedap...
Nom, Nom, Nom....


Sunday, 2 December 2012

RED VELVET CAKE




   Salam semua...... Hari ni aku nak kongsi resepi RED VELVET CAKE. Aku try belajar buat ni pun bukan apa, nanti kek birthday dah tak payah nak beli. Boleh buat sendiri. Walaupun kek yang aku buat ni tak berapa cantik, tapi rasa tetap sedap di hatiku... Huhuuuu..... Bab hias-hias kek ni memang bukan kepakaran aku. Memang nampak comot. Hahahaa.... Aku amek resepi ni kat blog secubit garam. Resepi dia kat sini. Dia plak amek kat blog rima, resepi kat sini. Aku pun tengok kat blog masam manis, resepi kat sini. Dia pun amek kat dua blog tadi gak. So, kita pakat-pakat kongsi la.... Nanti dapat banyak pahala.. Jom-jom tengok resepinya....



Ingredients

-1 1/4 cup sifted flour
-1/2 tsp baking powder
-1/2 tsp salt
-1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
-1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
-1/4 cup soft unsalted butter - 57g
-3/4 cup sugar
-1 egg
-1/2 tsp vanilla extract
-1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
-1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
-1/2 tsp baking soda


Cream cheese frosting

-125g cream cheese
-50g unsalted butter
-110g powdered sugar - i reduced it to 80g
-1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream


Method
  1.  Preheat oven to 175 degrees Celsius.
  2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
  3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
  4. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
  5. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
  6. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
  7. Let cool on wire rack.
  8. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:

  1. Beat cream cheese with butter until soft.
  2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
  3. Add whipped cream, stir through with a spatula.